Hi Korang,
Diperkenalkan di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu, Bio-Oil telah mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama pilihan penjagaan kulit yang memiliki kepakaran untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kulit seperti parut, kesan regangan kulit semasa kehamilan dan kulit tidak sekata serta penuaan dan kulit kering.
Keberkesanan Bio-Oil
yang telah memenangi pelbagai anugerah ini telah melonjakkan kedudukannya
selaku produk parut dan regangan kulit No. 1 di Malaysia, kedudukan sama yang
turut diraih oleh 23 buah negara lain yang juga menjual Bio-Oil.
“Kulit merupakan
anggota yang amat terdedah kepada pelbagai perubahan sepanjang perjalanan hidup
kita, tidak kira sama ada ianya kesan parut kecil dari kecederaan dari zaman
kanak-kanak, parut jerawat ketika zaman remaja, kesan regangan kulit semasa kehamilan,
kulit tidak sekata mahupun pigmentasi yang disebabkan oleh faktor-faktor
persekitaran mahupun hormon atau sekadar mengalami kesan penuaan dan kulit
kering. Setelah sekian lama, Bio-Oil yang terbukti secara klinikal telah
membantu beribu-ribu rakyat Malaysia menangani masalah-masalah kulit yang
mereka alami,” kata Pengurus Bahagian Bio-Oil Malaysia dan Singapura, Ms. Low
Hooi Wan.
(LtoR) Low Hooi Wan, Dr. Nazirin Ariffin & Stephanie Ng
Menerusi satu
ujian klinikal yang dijalankan di proDERM
Institute for Applied Dermatological Research Hamburg, Jerman, sejumlah 92%
subjek melaporkan kesan parut semakin pudar selepas lapan minggu; manakala 100%
subjek melaporkan pengurangan kesan regangan kulit, lama dan baru, dalam tempoh
waktu yang sama.
“Kulit merupakan organ terbesar dan paling terdedah pada
tubuh seorang manusia, sebarang kecacatan pada kulit boleh menjejaskan
keyakinan diri terutama jika ianya jelas dilihat orang ramai. Bio-Oil memahami kesan psikologi yang dialami
dan mensasarkan untuk memberi jalan penyelesaian yang mampu mengembalikan
keyakinan diri melalui kulit yang sihat berseri,” ujar Ms Low selanjutnya.
Dr. Nazirin Ariffin, Pakar Perunding Residen Dermatologi di Hospital
Pantai Kuala Lumpur turut berkongsi pengetahuan beliau mengenai bagaimana
keyakinan diri seseorang boleh terjejas akibat dari keadaan kulit yang tidak
sempurna. Dalam pembentangan beliau
berjudul “Be Skin Confident Through The
Decades”, beliau mengulas mengenai penggunaan minyak topikal sebagai bahan
rawatan yang berupaya menangani pelbagai masalah kulit yang dialami seseorang
sepanjang kehidupannya.
Stephanie Ng sharing product benefits with her audience
Sesuai untuk
kulit sensitif, Bio-Oil dirumus secara unik daripada 7 bahan – ekstrak tumbuhan
seperti Kalendula, Lavender, Rosemary dan
Kamomil serta Vitamin A & E,
dan bahan unggul PurCellin Oil™, yang membantu kulit menyerap
khasiat dengan cepat agar kulit sentiasa halus dan lembut tanpa kesan melekit.
Sebuah laman web
baharu - www.myskinconfidence.com - juga turut
dilancarkan bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapat akses mudah kepada
pelbagai maklumat serta aktiviti terkini dari Bio-Oil.
(LtoR) Dr. Nazirin Ariffin, Low Hooi Wan, Dr. Nazirin Ariffin & Stephanie Ng cutting the Bio-Oil 10th Anniversary cake together
Bio-Oil boleh diperolehi dalam 3 saiz berbeza, botol 60ml yang mudah
dibawa kemana-mana (RM34.95), botol ekonomi bersaiz 125ml (RM58.25) dan botol
200ml (RM79.45). Bio-Oil kini dijual di
semua rangkaian farmasi serta kedai penjagaan diri terkemuka di seluruh negara.
Sempena ulang tahun ke-10 Bio-Oil, para pengguna boleh menikmati
penjimatan istimewa sebanyak RM10 bagi pembelian Bio-Oil 60ml pada harga
promosi RM24.95. Dapatkan Bio-Oil di
semua rangkaian farmasi serta kedai penjagaan diri yang mengambil bahagian di
seluruh negara, tawaran akan tamat pada 31hb Mac 2017.
Tahukah anda? Sebagai pemenang yang sehingga kini merangkul sejumlah 332 anugerah
penjagaan kulit dari seluruh dunia, Bio-Oil turut digunakan oleh selebriti
terkenal seperti Kate Middleton, Kim dan Khloe Kardashian, Victoria Beckham,
Mel B dan Sienna Miller yang telah menggunakan Bio-Oil untuk menangani pelbagai
jenis masalah kulit.
#mybiooilis10
#biooilmy
4 comments :
lama dah rupanya bio oil
dalam tak sedar dah 10 tahun ya dalam industri malaysia
biol oil ni mmg best
assalamualaikum CLP...best jenama ni kan...
** Mama Maszull
Post a Comment