Thursday, September 8, 2016

Asalnya Nak Beli Rempah Je

Hi Korang,

Ahad lepas..

Memang tak de apa nak buat so duduk rumah jelah.

Bila tengah hari tuh, kengkonon nak masak lah kan. So buka fridge tengok apa yang ada. Eh ada ayam, ikan, telur kentang dan sayur bakchoy sket

Cari-cari rempah kari tak de plak..

Terus je Mr Big ajak, mehlah pi HALFEST beli rempah kari.


Ko bayangkan semata-mata nak beli rempah kari je kitorang ke HALFEST ni, ermm nasib baik dekat je dengan rumah so oklah. Walaupun kereta banyak dan jem sket tapi parking ada je cuma kena jalan sket lah.

Memasuk je register dulu.

Then masuklah ke hall yang beso tuh. 




Bayangkan 541 booth yang nak kena lalu, mostly produk makanan jelah yang banyak. Pusing kiri rasa susu kambing, pandang kanan rasa ais krim, jalan ke depan rasa frozen food, pandang belakang makan kepok leko plak. 

Memang betul-betul kenyang dibuatnya. 


Poket pun bocor gak, sebab dek asyik membeli je kan. Pantang benda sedap terus beli. Kordial beli berbotol-botol.

Dapatlah jugak beli rempah.


Kemain memacam rempah aku beli sampai Mr Big cakap, ni kalau tak masak tak tau lah kan. Rempah kari, rempah ikan bakar, rempah kurma, rempah asam pedas, rempah, gulai kawah ewah kemain ada hati nak masak gulai kawah ni hauhauahuahuaa

Sudahnya balik rumah tak jadi masak kari, aku masak ayam goreng berempah dengan sup cendawan je, settle dinner hari ahad lepas.

hehehehehe....


6 comments :

sitirohaida said...

wah..syok ea...janji masak jugak kat rumah kan...kalau pergi event macam tu,confirm keluar poket punya..

Kakzakie Purvit said...

Kalau kakak dekat nak kakak pergi berkali-kali dik
Untunglah boleh beli bebanyak
Senang dah ada rempah tu bila-bila nak masak just guna yg sedia tu aje..

Dkna Abza said...

banyak gile booth kat sana... tak tau nak singgah mana.. dkna pun sempat rembat kek sarawak tu hahaaa

suria lekatlekit said...

memborong sakan rempah ratus.. boleh buat stok sampai hujung tahun tu.. biasa la tipikal perempuan ni. Niat tu satu tapi yang di beli memang lebih dari satu. saya pun selalu je macam tu. selalu gagal mengawal nafsu membeli hahaha

Unknown said...

Lain yag dicari lain yang dibeli ye cik lily?

Hehe

Eray Majid said...

perghh beli rempah kat halfest, hehehe. biasalah bila pergi event macam tu, memang jangan haraplah rempah je yang dibawa balik. hihihi.