Monday, August 15, 2016

OBERMAIN Meraikan Pelancaran Gedung Utamanya Yang Berkonsep Serba Baru Di Malaysia

Hi Korang,

Kaki fesyen mesti tau jenama Obermain ni kan. 


Aku kenal pun sebab Mr Big suker bebenau brand ni, dia kata special sket barang-barangnya lain daripada yang lain.


Obermain, jenama warisan Jerman yang telah bertapak di Malaysia semenjak 1974, hari ini telah melancarkan pembukaan gedung teraju utamanya yang berkonsep baru di Malaysia. Kedai yang terletak di F-057, tingkat satu Mid Valley Megamall Kuala Lumpur, di hias dengan kombinasi konsep “retro”& “modern industrial” dan inspirasi gaya ini pasti menggamit perhatian pelanggan untuk menikmati pengalaman membeli belah penuh bergaya di situ. Untuk menjayakan tema retro kontemporari ini, kedai seluas 1227 kaki persegi itu mendalami sepenuh hati konsep gabungan elemen yang kontras dari pelbagai sudut, termasuklah kombinasi maskulin dan feminin, kontras warna, dan kontras dari segi tekstur bahan. 








Gedung teraju utama Obermain yang berkonsep segar ini dilengkapi dengan pelbagai produk menarik. Selain dari koleksi kasut yang terbaru dan mantap buat lelaki dan wanita, ia juga mempamerkan koleksi tas tangan wanita dan aksesori kulit kecil buat lelaki. Paling menarik sekali, pelancaran kedai konsep baru ini juga menjadi titik lahirnya koleksi pakaian lelaki Obermain. Koleksi pakaian ini diinspirasikan oleh gaya maskulin yang “timeless,” dan buat masa ini terdiri dari koleksi kemeja formal dan kasual yang memang suai gaya dengan kehendak lelaki urban.


“Obermain memastikan produk jenamanya sentiasa berkualiti tinggi, dan jenama ini terus giat untuk mencipta produk harian yang terbaik dengan menggunakan bahan asas yang bagus, dan dibuat dengan teliti dengan “finishing” yang mantap. Koleksi pakaian sulung Obermain ini memang suai gaya dengan lelaki urban berkerjaya pelbagai umur, tidak kira sama ada masih 20an atau sudah menjangkau 50an. Selagi dia seorang lelaki yang menjaga penampilan, dan punyai kalendar hidup yang aktif, pakaian Obermain pasti menepati citarasanya, apa lagi dengan harga yang berpatutatan diantara RM89 ke RM229 sahaja”, menurut Encik Chong King Foon, Ketua Pengurus Operasi Transmarco Lifestyle Sdn Bhd.

Kasut lelaki pertama Obermain telah berada dipasaran Malaysia pada tahun 1974, dan semenjak itu Obermain telah mantap bertapak sebagai jenama yang dikenali dengan barangan yang bergaya, selesa dan direka bentuk dengan teknologi Jerman. Kasut wanita nya pula telah diperkenalkan ke pasaran pada tahun 2012 dengan konsep berteknologi “reflex-zone-bed” dimana alas kaki nya memberi stimulasi lembut pada tapak kaki pemakainya. Teknologi ini telah direka dengan bahan asas semulajadi yang lembut, dan membuat pemakai menjadi lebih selesa sepanjang hari dengan menggalakkan pengaliran darah sempurna yang memantau kesihatan seluruh badan.


Selain dari itu, beberapa koleksi terpilih kasut Obermain direka untuk mengandungi teknologi “Active Flex” yang memberikan kasut itu sifat kebolehlenturan yang hebat. Teknologi ini membenarkan kaki pemakai untuk melentur langkah kaki dengan sempurna di setiap arah gerakan, terutamanya di bahagian depan kaki. 




Pelbagai koleksi menarik ada dipamerkan di kedai konsep terbaru ini, dan buat peminat kasut lelaki, ada empat koleksi yang amat bersesuaian. Untuk yang bergaya “rugged” kasut but Rainor sangat sesuai, terutamanya bila dipadankan dengan kemeja flannel dan jeans. Untuk lelaki yang lebih sukakan gaya sartorial yang kemas & klasik, kasut bertali Clement sangat cocok dengan kemeja berkolar “button down” & denim “slim” berwarna biru tua. Kalau “preppy” adalah gaya pilihan pemakai, Andrew, kasut loafer yang dibuat dari kulit lembut lembu muda, sangat ranggi bila digayakan. Untuk situasi semi formal, kasut loafer berhias rumba seperti Cale juga amat bersesuaian.




Buat wanita pula, koleksi Blute I dan Blute II, kasut bertapak flatform wedges yang direka dengan cetakan corak “floral” yang indah, memang sesuai untuk mereka yang sukakan gaya yang lebih feminin. Buat mereka yang mencintai gaya romantik ala “hippy” 70an, Jude II adalah kasut platform pilihan. Untuk mereka yang merancang untuk bercuti musim panas, kasut sandal kulit Livana III and Livana IV sememangnya yang paling sesuai gaya dan ianya wujud dalam variasi terus sarung atau berikat “ankle strap”dan pelbagai warna menarik seperti merah, biru dan lain lain lagi.



Pelancaran pembukaan gedung ini juga diseri dengan penampilan, penyanyi popular Indonesia, Afgan yang akan mengadakan konsertnya pada tarikh 3 September yang juga dipersembahkan oleh Obermain. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti “new faces” seperti Daler Yusuf, Puteri Aishah, Daniel Woodroof dan Amelia Henderson yang turut memeriahkan pelancaran yang bermakna ini. Majlis ini ditutup dengan satu peragaan koleksi terbaru Obermain yang merangkum semua kategori produk digedung tersebut, yang melambangkan keseriusan jenama tersebut melangkan ke arah baru.





###


ABOUT OBERMAIN

Obermain diasaskan di negeri Jerman pada 1888 dan terkenal kerana rekaan kasut yang bergaya lagi selesa. Rekaannya merangkumi pakaian, kasut dan aksesori. Rangkaian kedai Obermain boleh didapati di Singapura, Malaysia dan Indonesia. Azam untuk membuat pembaharuan dalam rekaan kasut dan meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan telah menghasilkan penemuan teknologi mutakhir membuat kasut, termasuk Active Technologies dan ikon Air Cool technology. Kini, Obermain meneruskan legasi dan kejuruteraan Jerman dengan menitikberatkan penghasilan kasut serta aksesori yang bergaya, inovatif dan keselesaan untuk kepuasan pelanggan yang bijak.


No comments :