Sunday, May 29, 2016

‘DIDI & FRIENDS’

Hi Korang,

Bagi peminat Didi & Friends terutama sekali anak-anak lah kan heheheh

Meh baca ni ek


Siri lagu kanak-kanak popular, Didi & Friends buat julung-julung kalinya memperkenalkan saluran lagunya yang pertama di Malaysia! Menerusi kerjasama Astro First,20 buah lagu baru yang dihasilkan khas untuk peminat setia Didi & Friends bakal menemui penonton Astro di rumah mulai Khamis, 26 Mei 2016 ini, di mana anak-anak dan ibu bapa berpeluang menyanyikan dan menari kesemua lagu-lagu terbaru ini secara eksklusif di saluran 480. Menerusi langganan serendah RM 15.90 (termasuk GST), pelanggan Astro boleh menyanyi bersama Didi dan rakan-rakannya tanpa henti, pada bila-bila masa sahaja selama lima hari berturut-turut.


Saluran istimewa ini turut membolehkan penonton di rumah menyanyikan kesemua 46 lagu Didi & Friends termasuklah 20 lagu baharu sama ada menggunakan pilihan vokal atau karaoke, yang boleh dipilih menerusi pilihan audio di alat kawalan jauh Astro masing-masing. Dengan tagline ‘Jom Nyanyi! Hora Horey!’, kesemua 20 lagu baharu dalam Bahasa Malaysia ini merupakan adaptasi lagu kanak-kanak dan rakyat popular daripada bahasa lain termasuklah Tepuk Amai Amai, Jambatan Sedang Roboh (Lagu Bahasa Inggeris – London Bridge), Keldai Comel (Lagu Bahasa Mandarin – Xiao Mao Lu), Pak Beruang (Lagu Bahasa Tamil – Karadi Mama) dan juga Bermain Dalam Bulatan (Lagu Bahasa Indonesia – Bermain Dalam Lingkaran). 

Sharmin Parameswaran, Penolong Kanan Naib Presiden, Saluran Astro First & Astro Best berkata, “Kami amat gembira apabila siri Didi & Friends yang disiarkan di saluran Astro Ceria sejak Disember lalu mencatat sejarah sebagai program kanak-kanak paling banyak ditonton di kesemua saluran Astro. Ibu bapa di luar sana memberikan maklum balas positif di mana anak-anak mereka cukup terhibur dengan lagu-lagu yang dinyanyikan Didi dan rakan-rakannya dan rata-ratanya mahukan lebih lagi kandungan. Maka dari situ, tercetuslah idea untuk menghasilkan saluran karaoke ini di mana ia memberi peluang kepada anak-anak di rumah menyanyikan lagu-lagu Didi & Friends yang biasa mereka dengari. Kami begitu teruja menantikan reaksi anak-anak dengan adanya edisi karaoke istimewa ini. 



Peminat Didi & Friends turut boleh merasai pengalaman saluran karaoke ini secara eksklusif di acara Fun Escapade 2016, 28 dan 29 Mei 2016 ini bertempat di Sunway Pyramid. Selain booth karaoke Didi & Friends, pengunjung juga boleh beramah mesra dengan maskot Didi & Friends yang akan menemui adik-adik semua. Pelbagai aktiviti pentas melibatkan Didi & Friends turut menawarkan hadiah menarik untuk dimiliki pengunjung.

Sinan Ismail, Pengasas Digital Durian pula berkata, “Kami amat gembira apabila siri Didi & Friends diterima baik semua lapisan masyarakat di luar sana. Peluang berkerjasama dengan Astro dalam menjadikan Didi & Friends ke dalam format karaoke menunjukkan bidang animasi di Malaysia kini sesuatu yang boleh dibanggakan. Terima kasih kepada pihak MDEC dan MAC3 yang telah banyak menyokong siri animasi Didi & Friends. Sudah pasti, elemen pendidikan menerusi penerapan nilai-nilai murni dalam lagu Didi & Friends di samping pemantapan bahasa Melayu yang kita tampilkan dalam lirik lagu Didi & Friends antara faktor yang berupaya membantu perkembangan minda anak-anak di rumah”.

Kesemua 26 lagu Didi & Friends yang terdahulu juga telah dialih bahasa ke Bahasa Mandarin dan disiarkan di saluran ‘edutainment’ kanak-kanak berbahasa Mandarin, Astro Xiao Tai Yang. Di masa hadapan, Didi & Friends juga dijangka akan menemui penonton setia di rumah dalam format siri animasi yang lebih panjang dan lebih interaktif. 


Khas untuk peminat Didi & Friends di luar sana, kesemua 26 lagu siri pertama akan turut menemui penonton dalam format DVD di mana ia boleh didapatkan di kedai-kedai muzik terpilih mulai 27 Mei 2016.

No comments :