Wednesday, April 20, 2016

Bunga sebagai Hadiah, Just Order Online Je

Hi Korang,

Siapa suka bunga?
Meh cepat angkat tangan lelaju ek... 

Aku pun suker bunga sebab tu lah nick name aku Cik Lily Putih sebab aku suke lily putih, harum wei baunya bila time ianya nak mengembangkan tu kan hehehhee


Hari ni aku nak cerita sikit pasal bunga. 

Bunga biasanya diberikan kepada orang yang kita sayang. Mungkin bunga juga adalah hadiah yang paling popular di dunia, sama ada sekuntum bunga atau sejambak, ia pasti memberi makna kepada penerima. Bunga ni memang secara semulajadi cantik dan memikat hati sebab tu bunga mampu dijadikan medium untuk menyampaikan pelbagai mesej kepada orang-orang yang kite sayang. Kite boleh jadikan bunga sebagai simbol kasih, cinta, friendship, tanda minta maaf, tanda simpati dan juga hiasan untuk majlis-majlis tertentu.


Aku rasa bunga ni memang versatile la. 

Sebab tu sesuai sangat dijadikan sebagai hadiah kepada kekasih, hadiah birthday, hadiah pada ibu on mother’s day, hadiah opening ceremony untuk kedai-kedai, hadiah graduation dan pengantin perempuan mesti nak ada hand bouquet wedding samada fresh flowers atau bunga plastik. Anyway korang kena tahu, setiap ciri-ciri atau jenis bunga ada maksudnya. Contohnya ros merah memang sinonim untuk menyampaikan rasa cinta pada kekasih hati, ros kuning untuk menghargai persahabatan dan carnation putih lambang cinta yang suci murni. Tetapi bergantung juga pada warna kegemaran pasangan korang. Maybe pasangan korang sukakan warna-warna yang rare macam dark purple atau biru. Bonus bagi korang untuk tahu warna kegemaran dalam pemilihan bunga untuk dihadiahkan.


Untuk Mother’s Day yang akan datang, kalau korang takde idea nak bagi ape, maybe boleh bagi basket of flowers dengan coklat or buah-buahan. Nak bagi bunga saja pun boleh. Selalu mak-mak kite tak harap apa-apa sangat dari kita, tapi kalau kite bagi diaorg bunga sebagai penghargaan kasih dan sayang, mesti diaorg suka.


Nak cari bunga fresh senang je sekarang. Samada kite cari dekat kedai-kedai bunga yang ada di tepi jalan atau dalam mall, atau google je subang jaya florist. Kalau rasa malas nak keluar, cari je flower delivery kuala lumpur. Pilih dan beli online, kemudian kite tunggu je diaorang deliver. Dalam banyak-banyak florist, Bloom2u yang boleh hantar nationwide. Tak payah susah-susah dah aku nak cari ikut negeri orang yang aku nak hantar bunga tu.


Sapa-sapa yang nak hadiah free untuk bagi pada mak or nakkan bunga tu jadi hiasan atas meja, Bloom2u tengah adakan peraduan Mom & Me Lookalike Photo Contest. Senang je nak join. 


Post gambar korang dekat Facebook Bloom2u dan ajak kawan-kawan untuk like, share atau komen gambar tu. Lagi banyak like, share dan komen, lagi banyak point yang korang dapat lagi cerah peluang korang nak menang hadiah bunga bernilai RM200. Nak tau lebih lanjut, pegi kat website www.bloom2u.com.

5 comments :

Julia Johari said...

Sis lily...cantik yer bunga dan buah dalam basket tu...lawaaa...

Unknown said...

Bunga lily ada bau ya? hehe tak tahu pula

Last pegang bunga ni masa kawen 5 tahun lepas kot..kalau la suami hadiahkan bunga setiap bulan best juga ni

Eliss said...

husband aku cakap pada beli bunga baik beli makanan..sabar jer la..hahaha. nasib baik dulu dia dah pernah bg bunga masa aku konvo. first n last la tu..nampaknya kena sambung master pulak la mcm gini..

OKje said...

Lelaki lelaki romantik kat luar sana patut tahu website nilah CL hihi...

hasliynda umairah beauty said...

sweet je bunga2 tu,mesti harumkan