Hi Korang,
Sabtu lepas kan EARTH HOUR..
So Hartamas Shopping Centre pun take part untuk celebrate sekali kan
Nampak cam seronok je pengunjung yang berada kat situ pada malam hari tuh
Aku?
Cam biasa anto wakil untuk cover event ni kan
Kempen Earth Hour adalah salah satu bentuk kerjasama dari seluruh pelusuk dunia untuk menyelamatkan bumi. Langkah yang diambil oleh WWF ini adalah bagi meningkatkan lagi kesedaran manusia untuk membantu perubahan iklim. Bagi menjayakan kempen ini, Pusat Beli-belah Hartamas akan meraikannya dengan cara mereka yang tersendiri.
Ketika lampu ditutup, sebuah kumpulan etnik muzik akan mendendangkan beberapa lagu etnik Borneo dalam kegelapan, tetapi pada masa yang sama, masih boleh dilihat oleh pengunjung. Cat bercahaya dalam gelap akan menunjukkan pergerakan kumpulan etnik tersebut, jesteru mewujudkan pemandangan yang menarik sambil ditemani alunan etnik muzik.
Berbekalkan kemahiran dan kelincahan tangan, tiga pemuzik dari Sarawak ini hanya menggunakan Sape’ dan Djembe, iaitu alatan muzik tradisional yang popular di Sarawak dan juga Afrika Barat bagi persembahan tersebut. Bagi menaikkan lagi perasaan penonton, kumpulan tersebut akan mempersembahkan beberapa lagu sepanjang sesi persembahan tersebut.
Bagi menambah lebih umph, lilin wangi akan disusun dan dinyalakan ketika tempoh lampu ditutup. Selain itu, sebuah papan petisyen disediakan berhadapan dengan kaunter informasi bagi pengunjung menyatakan mesej-mesej berunsur mersa alam menggunakan pen yang bercahaya dalam gelap.
Bagi mereka uang hadir awal, boleh turut serta ‘bercahaya dalam gelap’ dengan mendapatkan cat muka yang bercahaya dalam gelap secara percuma.
Apcam? tengok gambar dah seronok kan. Kalau aku dapat join lagi best. Tak per tak per next year kalau ada kesempatan aku mesti join gak ek
1 comment :
bagus, illy sokong ajar budak dari awal pasal earth hour ni :) bagi lebih meluas awareness
Post a Comment