Hi Korang,
Dalam sibuk-sibuk kerja pun sempat aku ke Magnum Ice Cream media launch baru-baru ni di Aloft Hotel KL Sentral.
Ermm naik train je pun, malas nak bawak kereta kan sebab risau parking takde hehehhe..
Nampak?
Register guna sensor wristband je. Exclusive bebenau ek.
Sebelum masuk ke ballroom tuh, mingle around dulu. Amik-amik gambar, borak-borak dengan orang yang lama tak jumpa sambil makan-makan kan, kira macam cocktail party gituh tapi ktorang minum mocktail la kan heheheehe
Sedikit Info Mengenai MAGNUM PINK DAN MAGNUM BLACK
Sebuah kelahiran terbaru dari MAGNUM yang bakal memenangi hati setiap Pleasure Seeker, MAGNUM PINKmengetengahkan keenakan perisa Buah Delima Merah Jambu yang sungguh mengasyikkan digabung dengan sos Buah Delima. Di bahagian luarnya ialah salutan Coklat Belgium berona merah jambu yang terkenal di seluruh dunia memenuhi setiap inci aiskrim premium ini. Bukan itu sahaja, rasa Buah Delima yang membangkitkan jiwa serta warna merah jambu yang ceria mencerminkan mood yang gembira, teruja dan penuh dengan semangat.
MAGNUM BLACK pula melambangkan kemewahan yang sebenar. Rasa Espresso yang pekat menyelusuri setiap pelusuk aiskrim Vanila yang enak dan lembut serta disaluti dengan lapisan coklat Tanzania yang tebal, menghasilkan rasa yang hebat serta menarik perhatian para peminat kopi gourmet dan coklat.
Once pintu ballroom dibuka, ktorang pun apa lagi dengan seronoknya main TAG sensor di setiap kaunter untuk merasai aiskrim MAGNUM PINK DAN MAGNUM BLACK ni. Ada 4 station yang merekod mood ktorang tau samaada cenderung ke Pink ataupun Black.
Black Espresso Mocktail
Panna Cotta
Pop cakes
Strawberry Mocktail
Magnum Pink Ice Cream
Bermula dengan ujian interaktif yang terletak di kiosk MAGNUM MOODOLOGY, kitaorang mengambil bahagian untuk menentukan samada tergolong dalam rona merah jambu atau hitam. Apabila kitaorang melangkah masuk ke dalam ruang acara dan dipersembahkan dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan mood seperti MAGNUM PINK & BLACK PLEASURE BAR yang menyediakan aneka pemanis mulut dan minuman yang diinspirasi daripada kedua-dua aiskrim terbaru itu. Selain itu, sebuah stesen MAKE MY MAGNUM turut diadakan bagi kitaorang yang berminat untuk mencipta sendiri hiasan MAGNUM PINK & BLACK menggunakan topping eksklusif berwarna merah jambu dan hitam. Kitaorang juga turut berpeluang mengambil gambar mereka di photobooth MAGNUM MOMENT.
“Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada para konsumer dengan inovasi yang berterusan. Kenikmatan dan kemewahan sememangnya tiada batasan, begitu juga dengan aiskrim Magnum. Kami berasa amat bertuah kerana mempunyai pengguna dan peminat setia dan kami tidak akan berhenti dari memanjakan mereka dengan lebih kenikmatan dalam bentuk yang unik dan serba baru,” kata Encik Rakesh Mohan.
Kitaorang dihiburkan dengan persembahan tarian video mapping yang dinamik, memaparkan mood PINK dan BLACK dalam bentuk gerakan, tempo dan pencahayaan khas, sebelum memulakan pelancaran MAGNUM PINK & MAGNUM BLACK. Disamping menikmati keenakan kedua-dua perisa baru yang unik, kitaorang juga disajikan dengan pelbagai hiburan, bermula dengan persembahan medley yang mencerminkan elemen-elemen mood warna PINK dan BLACK oleh penggesek biola terkenal Dennis Lau.
dengan pelakon Diana Danielle
dengan Kinah yang giler-giler
Bagi menutup tirai acara pelancaran pada malam itu, kitaorang turut dihiburkan dengan persembahan mantap dari penyanyi sensasi tanah air Ning Baizura. Beliau menyanyikan sebuah medley dengan rentak yang diinspirasikan dari mood warna PINK & BLACK. Sebagai tanda kenangan, kitaorang pulang dengan cenderahati istimewa yang dipadankan dengan mood yang tertera pada tag di pergelangan tangan memasing tau.
Dengan pelancaran MAGNUM PINK & MAGNUM BLACK, reputasi MAGNUM sebagai jenama ais krim dan coklat premium di dunia sememangnya tidak dapat disangkal lagi, justeru menjadi satu pencapaian yang membanggakan dalam sejarah jenama MAGNUM. Pelbagai promosi dan roadshow bakal dijalankan untuk memperkenalkan kedua-dua variasi aiskrim ini kepada Pleasure Seekers di serata pelusuk Malaysia.
Website :
Facebook :
Instagram :
2 comments :
lom rasa lagi ni! :)
Baru dapat rasa yang pink pomegranate. Sedapnya la hai. Yang Magnum Black belum sempat rasa lagi.
Post a Comment