Tuesday, March 8, 2016

Jom Sambut EARTH HOUR 2016 Di The School JAYA One

Hi Korang,

Dah bertahun bertahun-tahun kita sambut EARTH HOUR ni tapi aku still tak de kesempatan nak pi celebrate dengan kengkawan kat luar kan.


Ok ok ni ada berita baik aku nak kongsikan dengan korang ni ek

Bersempena dengan sambutan Earth Hour ini 19 dan 20 Mac 2016, The School di Jaya One akan memulakan Pusat Latihan Eco-Schools dengan kerjasama Program Eco-Schools oleh WWF-Malaysia (World Wide Fund for Nature Malaysia) di bahagian Aras Bawah. 


Orang ramai boleh menjangkakan pelbagai bengkel pendidikan dan pameran mengenai kehidupan lestari, persembahan secara langsung oleh artis-artis tempatan yang berbakat, bazar makanan dan healthy living eco-camp sepanjang dua hari ini.

Di antara aktiviti yang diadakan oleh Pusat Latihan Eco-Schools adalah,

Kids having fun planting seeds and plants

Kids learning more about plants under the supervision of a certified WWF trainer

Kids were taught how to dispose waste properly as part of the Eco-Schools Programme by WWF-Malaysia

Kids were taught how to draw flora using their own creativity

Mayor of Shah Alam, Y.Bhg Dato' Ahmad Zaharin bin Mohd Saad visiting students' exhibition that showcases the nine eco themes

Students of Eco-Schools Programme were taught how to grow and plant


“We are very excited to be working with the Eco-Schools Programme by WWF-Malaysia to bring forth this meaningful initiative to all the families in The School. We hope that this training centre will help shift mindset and empower the young generation to start recycling their waste as well as to educate them that every little step counts in making the world a better place,” kata Charles Wong, Pengarah Eksekutif Tetap Tiara Sdn Bhd, pemaju bagi Jaya One dan The School.

Semua aktiviti adalah terbuka kepada orang ramai dan akan bermula dari pukul 11 ​​pagi hingga 9.30 malam pada hari Sabtu, 11 pagi hingga 4 petang pada hari Ahad. Untuk semua penggemar makanan or kaki makan, acara dua hari ini tidak boleh dilepaskan kerana ia juga menghidangkan pelbagai hidangan gastronomi menampilkan artisanal penjual makanan dan trak makanan (food truck) yang terdiri dari kegemaran tempatan untuk pencuci mulut buatan sendiri.

Bestnya ada makan-makan, kan aku suka bab makan ni ek. Confirm perut mengembang masa 2 hari ni ek


Pada 19 Mac 2016, di sebelah petang pula, di adakan hiburan yang bakal dimeriahkan oleh Megan Tan, personaliti TV yang terkenal yang menghiburkan orang ramai. Akan ada jua persembahan yang menarik dan penampilan daripada learning tenants The School serta pelbagai penghibur terkenal seperti Dina Nadzir, Baki Zainal dan Shawn Lee serta ramai lagi.

Apabila jam tepat 8.30 malam, The School ini akan ditukarkan kepada tempat perkelahan di dalam keadaan gelap selama satu jam demi menyokong Earth Hour selama 1 jam, gerakan di seluruh dunia untuk meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim dan isu-isu alam sekitar yang lain .

Apmacam apmacam seronok kan!

Itulah aku pun dapat rasakan mesti awesome punye lah. Makan dalam keadaan suram bertemakan pelita comel ermm romantic gituh ekk hehehhe

Untuk info lanjut, korang boleh check it out di

The School Earth Hour 2016, 

Website at 

or 

The School’s Facebook page at www.facebook.com/theschool.my





No comments :