Hi Korang,
Sekarang ni ktorang tengah sibuk buat food review untuk Chinese New Year.
Biasalah dah nak masuk bulan Februari ni kan, so banyaklah dapat jemputan majlis makan besar ni.
Tahun ini ialah Tahun Monyet dan untuk menyemarakkan lagi perayaan Tahun Baru Cina, Armada Hotel menganjurkan Reunion Buffer Dinner CNY sempena Tahun Baru Cina 2016 disini.
Memang semuanya nampak sedapkan, itulah ktorang sendiri hari tu pun tak tau nak makan yang mana dulu ek
Yee Sang
Untuk memulakan permulaan tahun baru ini dan juga menaikkan “tuah dan kesejahteraan” dengan pelbagai pilihan Yee Sang. Setiap Yee Sang ini berharaga RM 65.00 untuk sepinggan.
Pilihan yang ada seperti
Pilihan yang ada seperti
· Fruitti Veggie Yee Sang
· Salmon
· Hokaida Scallops
· Soft Shell Crab
· Butterfish Yee Sang
Dessert
Kuih Tradisional Tahun Baru Cina yang biasa di dapati seperti karipap serunding, kerepek , kuih kapit dan lain-lain
Promosi Chinese New Year Reunion Buffet Dinner Armada Hotel ni bermula dari 4hb Januari 2016 hingga 20hb February 2016
Harga buffetnya adalah
RM78++ untuk dewasa
RM39++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)
RM55++ untuk warga emas 60 tahun ke atas
Untuk mereka yang inginkan menu yang ekslusif untuk dinikmati sempena Reunion Buffet Dinner CNY , Chef Chew dan kumpulannya seperti Prosperity Set Menus ( minimum table of 10pax) dimana sesuai untuk “private dinning ” bersama keluarga , kawan-kawan mahupun untuk business.
Harga set menu yang ditawarkan
Blissful Longevity Set Menu RM978+
Everlasting Success Set Menu RM1088+
Bountiful Treasures Set Menu RM 1198+
Golden Health & Prosperity Set Menu RM1308+
Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-7954 6888 ext 4557 Utara Coffee House.
Jom kita ke
Armada Hotel Petaling Jaya
Lot 4, Lorong Utara C, Section S2,
Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7954 6888
Not bad jugak food review kali ni sebab aku banyak belajar pasal adat resam orang Cina ketika menyambut Tahun Baru mereka ni. Rasa cam tak sabar nak terjah rumah bebudak opis aku ni, maklumlah ramai Cina kan
Selamat Tahun Baru Cina Korang...
No comments :
Post a Comment