Hi Korang,
Aku kan suka fikir menda-menda yang pelik-pelik sket ni.
Yelah suker fikir kenapa orang pakai jaket motor terbalik bila bawak motor, kenape still lapar walaupun dah kenyang, camne boleh kita boleh kentut dan memacam yang merapu lagi kan.
Hahahahhaaha bengong dia ni.
Hari tu masa aku nak kuar rumah nak pi cari makan, tup-tup boleh jem plak depan gate beso ni. La ada 2 lori sampah tengah duk sibuk buat kerja mengangkat sampah-sarap ktorang yang duduk rumah burung merpati ni. Sekejapan je diorang buat keje, maybe dah expert kan. Maklumlah bertahun buat kerja.
sumber:google.com
nampak lori sampah terbalik, banyak sangatlah tu kan...ishk ishk
nampak lori sampah terbalik, banyak sangatlah tu kan...ishk ishk
Terus aku terfikir camnelah proses pembersihan sampah ni di lakukan ek. Tak kan campak je kat tempat sampah dan tinggalkan begitu je, gilerlah kalau cam tu kan
Balik je daripada makan, terus aku on laptop dan google pasal cara pelupusan sampah ni.
Gituh rupanya. Ok ok baru paham sket.
Abis takkan tinggal begitu je sampah tu kat tapak pelupusan? Biar benerr.. kang sampah lagi tinggi daripada umah aku ek.
So google lagi..
Aku terjumpa pulak mengenai kaedah pelupusan dan teknologi rawatan terkini iaitu Waste To Energy. Ianya merupakan loji pelupusan yang menggunakan teknologi terkini dan terbukti sebagai salah satu penyelesaian untuk merawat sisa pepejal bagi menghasilkan tenaga seperti elektrik, haba dan bahan api bagi kenderaan (contohnya diesel)
Antara jenis-jenis loji yang merujuk kepada Waste To Energy seperti Insinerator, Anaerobic Digester, Gassification, Plasma dan lain-lain lagi. Mak datuk makin complicated pulak kan. Ermm sambung baca lagilah untuk lebih pemahaman kan.
Cam nie cam nie, kira cam kita bukak kilang untuk proses semua sampah-sampah ni kan.
Tengok ni,
Spittelau incineration
plant is one of several plants that provide district
heating in Vienna.
Sweden's waste incineration plants generate 20
percent of Sweden’s district heating. (Photo by Vattenfall via Flickr CC.)
A waste-to-energy plant in
Germany. By Norbert Nagel (Own work)
Gambar-gambar kilang ni merupakan Loji Waste To Energy di luar negara. Wah kemain cantik lagi ek. Location kat dalam bandar pun ada. Nampak siap ada lukisan mural bagai ek.
Wei jangan ingat oversea je ada Kilang Waste To Energy ni, negara kita Malaysia tanahairku yang tercinta pun ada jugak tapi Loji Rawatan Termal Mini jelah yang terletak di Cameron Highland. Langkawi, Pulau Pangkor dan Pulau Tioman.
Dan kini, aku baca lagi ni.
Ada cadangan tapak projek bagi pembinaan Loji Waste To Energy di Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Taman Beringin, Kuala Lumpur. Belum siap lagi, baru tapak pembinaan sajor.
Ermm nantilah kalau ada kelapangan aku nak pi tengok jugak cam no rupa tempat tu ek.
Tapi kenapa pilih tempat ni?
Cam ni citernya. Dalam pengurusan sisa pepejal, pelaksanaan pengurusan sisa pepejal yang efektif, prinsip ‘proximity’ adalah sangat penting untuk meminimakan kis dan impak kepada alam sekitar. Menurut ‘Proximate Principle’, sisa perlu dirawat di dalam kawasan penghasilan sisa pepejal. Dalam erti kata lain, bahan buangan yang dihasilkan dari Kuala Lumpur perlu di rawat di Kuala Lumpur.
Mesti ramai yang cuak tentang kewujudan Loji Waste To Energy di tengah bandar ni kan sebab takut timbul pelbagai masalah kesihatan, ekonomi dan memacam lagi kan. Jangan bimbang, pihak kerajaan especially Jabatan Kesihatan Alam Sekitar tahu apa yang boleh dan apa yang tidak. Kalau tak camne boleh dapat kelulusan untuk buat loji ni kan.
Penat plak aku rasa membebel pasal sampah ni kan.
sumber:google.com
Bukan apa, kita ni kalau buat sampah bukan main senang cuba kalau kena kutip sampah kemain malas memasing kan. Alah tak yah cakap orang, aku sendiri pun ada perangai cam tu gak terutama sekali sampah yang bukan aku buang. So sikap-sikap cam ni lah yang perlu di perbaiki demi menyelamatkan bumi kita ni.
sumber :google.com
Tup-tup rasa cam professor plak kan citer pasal info sebegini, ada aku kisah. Yang penting korang baca dan tambah ilmu, mana tau ada pulak tapak Loji Waste To Energy ni nak bukak kat tempat korang, at least korang dah tau serba sedikit..
Dah start belajar asingkan sampah ek!
1 comment :
Lepas Ni kena lah belajar asingkan sampah kita ek.. :)
Post a Comment