Friday, October 30, 2015

OH MY ENGLISH! CLASS OF 2015, pelakon SHAHEIZY SAM Pun Ada Jugak

Hi Korang,

Kepada adik-adik peminat setia rancangan Oh My English ni, ada beri baik untuk korang tau..


Oh My English! Class of 2015 kembali menemui penonton mulai 1 November ini dengan jalan cerita yang lebih menarik berkisarkan persahabatan, tahun akhir persekolahan dan juga masa depan. Dengan mengekalkan misi menjadikan pembelajaran Bahasa Inggeris lebih menyeronokkan, siri popular ini membariskan bintang-bintang ternama untuk berganding dengan watak-watak kesayangan kelas 5 Merah. Episod baharu Oh My English ini akan disiarkan di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135), setiap Ahad, 6.30 petang bermula 1 November 2015

Oh My English Class of 2015 kali ini mengangkat tema persahabatan, tahun akhir persekolahan dan masa depan sebagai tarikan utama. Persahabatan yang kukuh dapat dilihat menerusi ikatan yang dibina antara pelajar kelas 5 Merah yang juga merupakan pelajar tahun akhir sekolah tersebut. Kini sudah tiba masanya mereka memikirkan perancangan masa depan masing-masing. Apabila mereka meninggalkan SMK Ayer Dalam sesudah tamat sesi persekolahan, kenangan manis dan memori bersama sahabat-sahabat lain pastinya menjadi ingatan terindah ketika mereka meneruskan kehidupan.


Episod baharu bermula dengan kisah pelajar-pelajar 5 Merah merindui cikgu Bahasa Inggeris kegemaran mereka, Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) yang memilih untuk terus mengajar di SK Dalam Ayer yang terletak di sebuah kawasan terpencil di Malaysia. Bukan itu sahaja, , malah See Yew Soon (Roax Tan), Mazlee (Zhafir Muzani), Anusha (Kaameshaa a/p Ravindran), Jojie (Nadiya Nisaa), Zack (Juzzthin) dan Taylor (Juliana Evans) kini terpaksa mempelajari Bahasa Inggeris dengan guru Bahasa Inggeris baharu, Miss Nurul (Cristina Suzanne). Ketika asyik menyesuaikan diri dengan cabaran baharu, mereka juga berdepan dengan dilema membuat keputusan memilih haluan karier masing-masing.

Sementara itu, guru-guru di SMK Ayer Dalam juga berhadapan dengan cabaran dan perjalanan penuh emosi mereka yang tersendiri. Apakah perasaan Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) apabila mengetahui Mr Middleton akan terus mengajar di SK Dalam Ayer? Bolehkah Cikgu Bedah (Sherry Al-Hadad) menyesuaikan diri dengan Sarjan (Rahim R2) selepas perkahwinan mereka? Benarkah Miss Soo dilamun cinta dengan kehadiran jejaka tampan lagi budiman lakonan Shaheizy Sam yang buat pertama kalinya tampil dalam Oh My English



Selain Shaheizy Sam, bintang undangan lain termasuklah atlet gimnastik Malaysia yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA, Farah Ann Abdul Hadi dan juga pemain bola sepak Tottenham Hotspur, Eric Dier. Supermodel antarabangsa kelahiran Malaysia, Amber Chia juga akan memperagakan catwalk terbaiknya di SMK Ayer Dalam. Tambah menarik lagi, Sasha Saidin akan membuat kemunculan istimewa sebagai kakak Mr Middleton yang sanggup datang dari United Kingdom untuk melawatnya!


Peminat rancangan ini dijemput bersama-sama meraikan persahabatan dalam Oh My English musim ini melalui kempen istimewa ‘Friendship Awards’. Mereka boleh menghantar foto yang diambil bersama sahabat karib masing-masing untuk memenangi kit persahabatan Oh My English yang cukup eksklusif. Kempen ini bertujuan untuk membuka peluang para peminat Oh My English menyatakan penghargaan mereka kepada sahabat masing-masing. Maklumat lanjut berkenaan kempen ini boleh didapati melalui https://www.facebook.com/OhMyEnglish


Sharifah Noraidah, Penolong Naib Presiden Astro Tutor TV berkata, “ Dalam tempoh beberapa tahun ini merupakan satu perjalanan yang hebat buat keluarga Oh My English! Kami sentiasa fokus untuk menjadikan pembelajaran bahasa Inggeris lebih menarik dan menyeronokkan dengan menyuntik elemen-elemen pembelajaran yang boleh menggalakkan para penonton bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Di samping bersama-sama menambah pengetahuan, peminat dan pengikut baru Oh My English akan turut merasai emosi yang dipaparkan melalui persahabatan di antara pelajar kelas 5 Merah, dalam perjalanan suka dan duka mereka di tahun terakhir persekolahan, sebelum menentukan apa yang ingin dilakukan untuk kerjaya masa hadapan masing-masing.”

Tambahnya lagi, ‘Kami terharu dengan sokongan dan maklum balas hebat yang diterima daripada rakyat Malaysia terhadap Oh My English! Kami telah merekodkan lebh 8 juta tontonan sejak musim pertama. Di rangkaian media sosial, Oh My English telah mencatatkan 18.9 juta tontonan YouTube, 641 ribu peminat di Facebook, 98 ribu pengikut di Twitter dan 44 ribu di Instagram. Awal tahun ini, Oh My English telah mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi pencalonan dalam kategori ‘Children & Young People’, di Anugerah Emmy Antarabangsa 2015 yang merupakan majlis anugerah paling berprestij di dunia. Oh My English terus menawan hati penonton dan kami amat menghargai sokongan padu yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan, pihak media, ibu bapa, kanak-kanak dan tak lupa peminat setia Oh MY English.”

Seperti lazimnya, maraton episod Oh My English! Class of 2015 akan ditayangkan selama 2 hari sebelum bermulanya episod baharu siri ini pada 1 November nanti. Sudah menjadi kebiasaan episod-episod ini ditayangkan untuk memberi peluang peminat menonton kembali 10 episod pertama yang telah pun bersiaran awal tahun ini. Interaksi secara langsung di Twitter bersama peminat dan penonton Oh My English akan turut berlangsung sambil mereka semua menonton marathon ini. Marathon ini akan bermula secara eksklusif, bermula jam 10 pagi, 31 Oktober ini, hanya di Astro TVIQ, saluran 610.

Sebanyak 10 episod bakal memeriahkan musim terbaru Oh My English! Musim terbaharu Oh My English ini menjanjikan lebih banyak keriangan, kejutan dan kaedah baharu untuk memperkasa penguasaan bahasa Inggeris anda. Episod baharu Oh My English! Class of 2015 akan bersiaran secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135), setiap Ahad, 6.30 petang, mulai 1 November 2015. Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 03-95433838 ataupun layari www.astro.com.my.


Thursday, October 29, 2015

CANMAKE - Make Up Terbaru Dari TOKYO

Hi Korang,

Rupanya ada makeup terbaru dari Tokyo Jepun ni.

Warna-warnanya not bad jugak, tak caya meh baca ek


Jenama kosmetik terkemuka Jepun, CANMAKE Tokyo, kini menampilkan aliran mekap terbaharu dari negara yang melahirkan budaya kawaii itu ke Malaysia dengan ketibaan rangkaian warna terbarunya untuk wajah, mata, pipi dan bibir. 


Rangkaian ini diperkenalkan semasa pelancaran istimewanya di Kuala Lumpur yang diadakan bersempena dengan sambutan ke-30 tahun jenama itu.


Tema ‘Glossy & Shiny’ menjadi pilihan bagi musim berparti yang bakal tiba, menjanjikan anda bagai ratu yang mempesonakan. Kulit yang tampak semula jadi, cerah dan bersinar mencipta seri yang bercahaya, menjadi tarikan yang memikat, diserlahkan lagi dengan bibir berkilat yang membangkitkan warna semula jadinya. Ciptakan semula penampilan anda dengan trio pembayang mata Juicy Pure Eyes (RM39.90), Your Lip Only Gloss (RM39.90) dan Matte & Crystal Cheeks (RM49.90).

Satu lagi aliran yang kini popular di Jepun adalah ‘Colour Coordinate’ di mana bibir dan pipi dikoordinasikan dengan warna yang sama menggunakan CANMAKE Lip & Cheek Gel (RM49.90) baru. Tekstur yang cair dan licin ini boleh disapukan di kedua-dua bibir dan pipi, menjadikannya produk 2 dalam 1 yang memberikan warna penuh yang boleh diaplikasikan dalam lapisan bagi menambahkan lagi kepekatannya. Bagi membuat sentuhan kawaii yang comel, pemerah pipi bergel dioleskan tinggi pada pipi, betul-betul di bawah mata bagi mencipta rupa wanita jelita dari timur. 

Lengkapkan penampilan wajah dengan palet pembayang mata Secret Colour Eyes (RM45.90) yang menampilkan bayang merah bagi mencipta seri warna pada kelopak mata bawah yang menambahkan seri kulit wajah, sementara kontur mata dapat digelapkan dengan menggunakan penggelap dan penyerlah palet.

"Dua aliran mekap terkini yang semakin digilai di Jepun ini sememangnya disyorkan untuk wanita Malaysia kerana mereka dapat menampilkannya dengan begitu jelita sekali. Ada beberapa persamaan antara kedua-dua budaya apabila kita menyentuh mengenai gaya mekap seperti pilihan umum untuk mekap yang lebih nipis bagi memberikan penampilan yang tampak semula jadi," kata Kaori Anzai yang bertanggungjawab ke atas pasaran luar negara bagi CANMAKE Tokyo.


CANMAKE yang dilancarkan di Tokyo pada tahun 1985, kini boleh diperoleh di 13 negara termasuk Malaysia. Populariti dan kejayaannya bercambah dari komitmennya bagi membawakan gaya dan aliran pada harga mampu milik tanpa menjejaskan kualiti produk yang dicipta dan dihasilkan di Jepun itu.

"Di Malaysia, terdapat pengikut yang besar bagi gaya dan aliran Jepun. Dari fesyen manga dan seni kostum kepada hiburan dan fesyen, tidak ada keraguan bahawa kita dipengaruhi oleh budaya fesyen Jepun. Inilah antara sebab utama mengapa Teeni Enterprise memperkenalkan jenama yang mengikut perkembangan fesyen ini yang berpatutan harganya untuk pasaran Malaysia,“ kata Joyce Au, Pengurus Jualan dan Pemasaran Teeni Enterprise Malaysia, yang merupakan pengedar eksklusif CANMAKE Tokyo.

Di acara tersebut, CANMAKE Tokyo turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang peraduan “Fly to Japan” yang dianjurkan sempena Ulang Tahun ke-30 syarikat tersebut baru-baru ini.


Ho Yee Xin, 30, dari Johor memenangi Hadiah Utama iaitu lawatan 5H4M untuk dua orang ke Jepun, manakala Hadiah Kedua dimenangi oleh Gong Li Wan, 26, dari Sabah dan Pemenang Ketiga adalah Tan Hui Shee, 19, dari Selangor yang masing-masing membawa pulang telefon SONY Xperia M4 dan kamera digital Casio EX-MR1 selain produk CANMAKE.

Rangkaian kosmetik CANMAKE Tokyo boleh didapati di cawangan SASA dan AEON Wellness terpilih seluruh negara.

Wednesday, October 28, 2015

Tips Bergaya dengan Kasut Murah

Hi Korang,


Kasut dan wanita sememangnya tidak boleh dipisahkan dan jangan pelik jika seorang wanita pastinya mempunyai lebih daripada sepasang kasut di rumah mereka. Berbeza dengan kaum lelaki, wanita biasanya memakai kasut yang berlainan bagi acara-acara yang tertentu. Misalnya, untuk menghadiri majlis istimewa seperti undangan perkahwinan, kaum wanita akan memakai high heels atau wedges untuk kelihatan lebih menyerlah dan memilih untuk memakai sandals di hujung minggu apabila keluar membeli-belah. 

Namun, ini bukan bermakna kaum wanita harus berbelanja lebih untuk memenuhi kehendak berfesyen tetapi bijak memilih koleksi kasut murah yang juga boleh digayakan oleh mereka ke mana sahaja. 

Sebagai contoh;


Tidak perlu membeli sepasang kasut yang berharga ratusan ringgit untuk tampil menawan di majlis istimewa. Cukup dengan membeli sepasang classic pumps seperti berikut untuk tampil menawan dan kasut jenis ini amat sesuai untuk digayakan dengan pakaian pilihan anda sempena majlis yang istimewa itu. 


Tips kedua pula dengan membeli ‘kasut 3 in 1’ seperti berikut yang boleh anda gayakan ke mana sahaja. Untuk langkah yang selamat, beli koleksi kasut yang berwarna gelap seperti hitam atau biru tua untuk memudahkan anda memadankan dengan apa jua warna pakaian. 


Dan untuk tips yang ketiga, pastikan anda memiliki sepasang sandals dengan rekaan yang cukup ringkas seperti berikut tetapi tampak ‘mahal’ apabila dipakai. 

Simple is more!


Pengembaraan Wizard Of Oz Kini Di Hello Kitty Town, Puteri Harbour

Hi Korang,

Para pengemar Hello Kitty mesti suka giler dengar berita baik ni kan…


Hello Kitty Town yang terletak di bandar Nusajaya Johor sememangnya menarik ramai pengunjung tempatan dan luar negara. Bertemakan karektor Hello Kitty dan rakan-rakan, pengunjung cilik dapat bermain pelbagai aktiviti yang menarik, selain daripada melihat sendiri gelagat karektor comel yang berlegar-legar ceria di taman ini.

Atas sambutan pengunjung setiap tahun begitu menggalakkan, untuk tahun 2015 kali ini Hello Kitty telah membuat penampilan khas bersama "Great Witch of Oz". Filem yang diadaptasi dari novel yang cukup popular tetang pengembaraan seorang ahli magis ke sebuah negara unik dengan pelbagai karektor menarik kini dibawa secara esklusif ke Hello Kitty Town!

Pelancaran Pengembaraan Oz di Hello Kitty Town ini telah diadakan di kompleks membeli belah terkemuka iaitu Quill City Mall. Yang mana telah dihadiri beberapa ahli media seperti bloggers dan wartawan.


Encik Fahruddin Najumudeen, Pengurus Besar SANRIO HELLO KITTY TOWN memberi ucapan dan juga sedikit penerangan mengenai projek Pengembaraan Oz. Apa yang menarik pemilihan cerita "Great Witch of Oz" adalah disebabkan cerita itu sendiri mempunayi kekuatan pengembaraan yang mengujakan. Pelbagai watak baik dan jahat, tegas dan melucukan sekaligus segala aktiviti yang bakal dilakukan bersama ahli keluarga boleh melibatkan ibu-bapa dan juga kanak-kanak.

Pengembaraan di sini akan diketuai oleh Hello Kitty, the Scarecrow (orang-orang jerami), the Cowardly Lion (singa penakut) dan orang tin akan bersama-sama berganding bahu untuk menyelamatkan Oz. Dalam misi menyelamatkan Oz ini, pengunjung perlu mencari watak-watak tertentu dan membantu mereka melaksanakan misi.




Terdapat 4 aktiviti antaranya:-

WOOD FACTORY
Mencabar kekuatan dan kesungguhan yang mana kita perlu membatu "Orang Tin" membelah kayu. Lagi banyak kayu dibelah, semakin hampir kita untuk menyelamatkan bumi Oz.

CORN HOUSE
Berada di Oz beberapa jam, akan membuatkan kita menjadi lapar. Jadi kita perlu menuju ke "farmer's humble abode", cari jagung dan tolong salaikan. Tapi perlu berhati-hati, jika tersilap langkah membuatkan kita menjadi lebih lapar!

KUROMI's TENT
Tempat pengumpulan harta karun. Di mana segala harta seperti barang kemas yang berkilauan berada di sini. Pengunjung perlu mengikut segala arahan, terutama berkaian dengan cabaran ingatan unuk melepaskan kuasa "Great. Witch Mighty Dark".

EMERALD CITY
Di sini terdapat "Great Book" dan juga "Emerald City Machine". Bersama 2 item ini boleh menyebabkan dunia Oz terus berjalan. Hadapi cabaran untuk menembusi Emerald City dan seterusnya menggunakan mesin untuk menghapuskan segala perkataan negatif yang terdapat di dalam "Great Book". Sekaligus misi ini mampu menyelematkan bumi Oz dan memberi peluang menyelesai misi untuk pulang ke rumah.

Menerusi dengan tema pengembaraan Oz ini, beberapa item esklusif turut dijual kepada orang ramai. Antaranya seperti item-item comel di bawah.







Semuanya boleh didapati secara esklusif di SANRIO HELLO KITTY TOWN Nusajaya Johor.

Oh yeahhh!!


Aku pun telah menerima jemputan untuk merasai pengembaraan Oz di Hello Kitty Town...

Tak sabar rasanya!!

Jika korang nak serta kami di pengembaraan Oz di Hello Kitty Town, bolehlah mendapat tiket di Hello Kitty Town Nusajaya Johor Bahru. Untuk pengembaraan Oz ini akan bermula 31 Oktober 2015 ya! 


Boleh juga mendapatkan tiket ini secara online di www.playtime.com.my

Ok, keterangan lanjut boleh layari :- 

Tuesday, October 27, 2015

Kempen Kebajikan 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP & MYDIN

Hi Korang,

Last week aku ada event bersama TOP dan Mydin


TOP, yang diiktiraf sebagai jenama pencuci pakaian No. 1 di Malaysia telah bekerjasama dengan MYDIN bagi melancarkan kempen pengumpulan dana kebajikan yang bertujuan menyediakan keperluan persekolahan kepada 400 kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh negara untuk menyambung pelajaran mereka.


Program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) yang bertemakan ‘A Brighter Future with TOP and MYDIN’ atau ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP dan MYDIN’ dilancarkan di MYDIN Mall USJ oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun di sini pada hari ini. 


Kempen ini akan menyaksikan 30 sen daripada jualan produk-produk terpilih TOP di semua cawangan MYDIN di seluruh negara bermula 12 Oktober hingga 13 Disember 2015 akan disalurkan bagi membeli kelengkapan sekolah seperti baju seragam, beg, stoking dan kasut sekolah untuk 400 orang kanak-kanak yang mungkin lebih kerap tidak menghadirkan diri ke sekolah disebabkan oleh kekurangan kelengkapan sekolah untuk digunakan sepanjang tempoh persekolahan. 

Dengan kenaikan kos barangan keperluan sekolah, kempen ini berhasrat untuk mengumpul lebih daripada RM40,000 yang memberi manfaat kepada 400 orang anak yatim berusia 7 hingga 17 tahun daripada 18 buah rumah kebajikan di seluruh negara. 

Kempen mengumpul dana ini bermula daripada satu kaji selidik ringkas yang dijalankan oleh TOP mengenai keperluan serta-merta yang melibatkan sejumlah rumah kebajikan. Kaji selidik itu juga selari dengan konsep jenama TOP yang menggalakkan gaya hidup bersih sejak dari usia muda. 

Memahami keadaan kebanyakan kanak-kanak kurang bernasib baik yang sukar untuk mendapatkan pakaian bersih berbanding orang lain, jenama pencuci pakaian No. 1 di Malaysia¹, TOP telah menganjurkan kempen mengumpul dana ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP dan MYDIN’. 

Objektif kempen ini adalah untuk menggalakkan kehadiran dan penyertaaan aktiviti di sekolah dengan cara menyediakan sokongan sewajarnya dalam mendapatkan pendidikan. Di samping menyediakan keperluan sekolah dan pakaian seragam seperti pelajar lain, ini pasti dapat meningkatkan keyakinan dan imej diri, selain mengajar mereka tentang kemahiran hidup seperti membasuh pakaian dan hadir dengan penampilan yang bersih serta kemas. 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun memuji TOP dan MYDIN kerana melibatkan rakan perniagaan serta pelanggan mereka dalam membawa tanggungjawab sosial kepada yang kurang bernasib baik, bersatu padu menolong mereka yang memerlukan dan secara tidak langsung memupuk masyarakat yang bersatu dan penyayang. 


“Di dalam persekitaran perniagaan yang berdaya saing, dimana banyak organisasi hanya mementingkan keuntungan, TOP dan MYDIN telah bersetuju bahawa kejayaan sesebuah perniagaan dan tanggungjawab sosial adalah selari. Ketika kita bergerak kehadapan sebagai satu negara, adalah penting agar lebih banyak korporat dan sektor swasta bekerjasama, mengambil bahagian secara aktif dan mengajak lebih ramai menyokong tangungjawab korporat sosial,” beliau menambah. 

TOP yang dibangunkan oleh LION Corporation Japan cukup dikenali kerana sentiasa mengutamakan konsep kehidupan bersih menyuluruh. Ia menggalakkan cucian yang lebih bersih, selesa dan kehidupan lebih baik menerusi inovasi berterusan teknologi termaju Jepun. 

Pengurus Kanan Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd, Carmen Foo menyatakan bahawa TOP telah mengubah industri pencuci pakaian di Malaysia melalui pelbagai teknologi inovatif serta pengenalan konsep kehidupan bersih menyeluruh untuk bertahun lamanya. 

Selaku peneraju dalam industri pencuci pakaian, TOP komited untuk kembali menyumbang kepada masyarakat dan membantu mereka yang memerlukan. 


“Sebagai pengguna, kita boleh melakukan perubahan dengan mengamalkan gaya hidup bersih menyeluruh bersama TOP. Ia merupakan hadiah yang cukup bermakna untuk diri kita dan keluarga melalui pembelian produk TOP ketika kempen ini, kita boleh membantu kanak-kanak kurang bernasib baik memperoleh masa depan lebih cerah dengan memperkenalkan amalan kehidupan bersih menyeluruh sejak kecil lagi, disamping mengembalikan maruah dan sifat kebanggaan dalam penampilan mereka,” kata Cik Carmen. 

Kanak-kanak dari Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) dan Rumah Kanak-Kanak Ini Di Sayangi (KIDS) turut membuat persembahan istimewa. Ini jelas membuktikan bahawa kanak-kanak kurang bernasib baik yang diberi bimbingan juga mampu bersinar. 


“Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP dan MYDIN ini mampu melibatkan pengguna dan mendidik mereka mengenai kehidupan bersih menyeluruh. Mari bersama kami menyumbang sebanyak 30 sen melalui setiap pembelian produk-produk TOP terpilih di semua cawangan MYDIN di seluruh negara mulai 12 Oktober hingga 13 Disember 2015. Ia demi memberikan masa depan lebih cerah kepada 400 orang kanak-kanak dengan memberi keperluan persekolahan yang lengkap,” kata Foo mengakhiri bicara. 


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-0133.

Sunday, October 25, 2015

Duta Terkini Tudung FAREEDA – AMYRA ROSLI

Hi Korang,



Ini info menarik bagi peminat setia Tudung FAREEDA dan juga fans bagi pelakon Amyra Rosli


Bermula pada 19.10.2015, pelakon drama yang cukup popular di Malaysia iaitu Amyra Rosli telah dilantik sebagai ‘Faces of Fareeda’ yang terbaru. Sebagai ‘Faces of Fareeda’ Amyra Rosli akan memperagakan koleksi-koleksi terbaru dari Fareeda sekaligus mempromosikan keluaran butik Fereeda yang terkini.


Pada sidang media yang dijalankan baru-baru ini, Amyra Rosli telah menggayakan tudung koleksi terbaru daripada Fareeda iaitu ‘Fareeda Persia’ dihiasi dengan diamonds yang bermutu tinggi. Manakala, baju pula adalah daripada jenama Mawar™ FAREEDA PERSIA.

Untuk pengetahuan semua, pakaian dan tudung terbaru keluaran Fareeda adalah diilhamkan oleh Puan Faridah Zakaria, iaitu Pengasas Fareeda sendiri dengan mengambil kira kesesuaian serta keinginan wanita masa kini yang ingin tampil anggun dan bergaya tetapi pada masa mahu kelihatan sopan.


Rekaan unik berasaskan selendang beropol yang dijahit sekali dengan badan tudung sememangnya dengan hanya sekali pusingan lilitan yang boleh di sesuaikan dengan saiz dan bentuk muka pemakai. Selendang beropol di hasilkan dengan mencantumkan kain berasingan kepada helaian selendang kemudian di jahit dengan cantuman zig zag luaran yang rumit untuk menghasilkan ropol-ropol yang hebat.


Teknik rekaan ropol dengan jahitan zig zag serta cantuman selendang ropol tersebut terhadap badan tudung telah memberikan status keunikan tudung ‘Fareeda Persia’ ini. Rekaan selendang beropol di tepi tudung adalah di ilhamkan dari gaya selendang yang di pakai oleh golongan bangsawan empayar Parsi dimana perkataan Persia ini menggambarkan kehebatan sebuah empayar yang luas dengan gaya wanita bangsawannya yang mewah dan gah.

Tudung ‘Fareeda Persia’ ini di datangkan dengan warna-warna polos pastel kain chiffon berkualiti tinggi samaada satu “tone” atau “dwi-tone”. Untuk “dwi-tone” pembahagian warna adalah badan dan selendang ropolnya berbeza warna tetapi tetap menggunakan warna-warna polos pastel.


Istimewanya tudung ‘Fareeda Persia’ ini ianya diberikan penataan tambahan aksesori dengan batu-batu kilauan “diamonds” tampalan import berkualiti. “Diamonds” tampalan ini di tampalkan di bahagian jahitan zig zag yang merangkumi separuh bahagian di sebelah kiri kepala tudung tersebut.Tudung‘Fareeda Persia’ yang didatangkan bersama dengan aksesori hebat “diamonds” tampalan ini umpama “Princess of Persia” dengan aksesori “Arabia Diamonds Crown”. Pasti membuatkan pemakai tudung ‘Fareeda Persia’ ini sangat gah, hebat dan sudah tentu menggamit mata memandang seolah-olah Puteri Parsi yang di gilai. Setiap tudung yang dikeluarkan oleh Fareeda didaftarkan di Perbadanan Harta Interlek Malaysia (MyIPO) untuk melindungi hak rekacipta.


Selain dari rekaan terbaru tudung dan pakaian, kali ini Fareeda mengorak selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan Shampoo by Mawar™. Untuk pengetahuan semuaShampoo by Mawar™ adalah jawapan kepada masalah wanita bertudung dimana ianya amat bersesuaian dengan cuaca di Malaysia. Tiada lagi masalah keguguran rambut dengan penggunaan Shampoo by Mawar™ malah menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat. Shampoo by Mawar™ yang diformulasikan dari Habbatus Sauda bersama wangian bunga Mawar adalah penyelesaian terbaik bagi masalah wanita bertudung. Yang paling penting, dengan penggunaan Shampoo by Mawar™ secara berterusan akan memberikan kesegaran sepanjang hari, dan menjadikan rambut hitam bersinar. 

Shampoo by Mawar™ akan mula diedarkan secara rasmi bermula 19.10.2015 dan para peminat boleh mendapatkannya di Butik Fareeda Exclusive, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi (03-89267164)

Friday, October 23, 2015

Dah Rasa Pun MEADOW GOLD Ice Cream Ni Tau

Hi Korang,


Ingat lagi tak promosi ais krim daripada Meadow Gold ni kan? Hah yang tu lah, korang baca kat LINK ni ek.


Masa pi ke roadshow kat Plaza Mont Kiara hari tuh, dapat aku bawak balik 4 perisa ais krim Meadow Gold ni iaitu Bold Chocolate Decadence, Delectable Caramel Pecan, Heavenly Macadamia dan Lush Red Velvet. Slogan Meadow Gold adalah “Make Pleasure A Habit” bermakna jadikan kenikmatan ais krim sebagai suatu tabiat. Wow wow…


Jom kita cuba satu per satu ek


Meadow Gold Bold Chocolate Decadence

Gabungan aiskrim coklat susu dengan fudge coklat dan juga ketulan coklat.Rasanya sangat awesome dan mewah. Pekat dan enak serta tulen coklatnya.


Meadow Gold Delectable Caramel Pecan 

Keenakan kacang pecan dan karamel di dalam aiskrim vanila susu yang mewah. Bagi aku ianya ada tekstur yang tersendiri serta lembut dan manis, Delectable Caramel Pecan akan membuktikan ia sukar ditolak oleh mereka yang gemarkan sesuatu yang manis.


Meadow Gold Heavenly Macadamia 

Diperbuat daripada krim susu segar dan dicampur dengan kacang macadamia panggang, teksturnya yang lembut dan rangup pada masa yang sama, boleh rasa gigitan kacang tu kan


Meadow Gold Lush Red Velvet 

Aku consider ni as a dessert coz rasa red velvet tu macam makan kek pulak kan dan ada pulak marshmallow. Memang betullah ais krim ni hot selling kan


Saje aku tinggalkan ais krim ni kat office so boleh share sesame kengkawan office kan. Yang ni Delectable Caramel Pecan, so too sweet. Sedap


Nampak tak kemewahan coklatnya aummm jom makannn

Koleksi Mewah Meadow Gold terbaru ini boleh didapati di pasaraya-pasaraya utama di Semenanjung Malaysia. Setiap tab premium 750ml dipasarkan pada harga RM21.90 (termasuk 6% GST).


Korang nak teringin sangat nak dapatkan ais krim Meadow Gold dengan harga promosi boleh check it out di jadual roadshow yang aku attach ni, still sempat lagi ni ek

21th- 25th October at The Empire Shopping Gallery (10am-10pm)

26-Oct Monday 8.30am-4.30pm Astro Bukit Jalil

27-Oct Tuesday 11.30am -6.30pm Media Prima Berhad, Sri Pentas

29-Oct Thursday 11.30am -6.30pm Wisma Ali Bawal

3-Nov Tuesday 10.00am-5.00pm UTAR Sg Long

4-Nov Wednesday 11.00am-6.00pm Jaya 33



Baik korang follow 

facebook MEADOW GOLD Malaysia dan sila layari www.meadowgold.my jugak untuk dapatkan info terkini mengenai promosi ek hehehhe