Hi Korang,
Ada berita baik bagi kaki-kaki rockers kat luar sana tau.
Erti sebuah kebebasan merupakan suatu mercu tanda sebenar bagi memahami apakah maksud di belakang nama ‘Merdeka’. Dalam menyambut sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 58 tahun, perkhidmatan penstriman digital di bawah naugan Astro Radio iaitu RAKU akan bekerjasama dengan pihak DiGi bagi mempersembahkan barisan pemuzik dan band tempatan terbaik negara untuk beraksi secara langsung di seluruh Malaysia demi menyemarakkan lagi pentas negaRAKU@HardRockCafe Tour 2015.
Terdapat sepuluh (10) pemuzik tanahair termasuklah kumpulan rock dan indie terbaik di Malaysia akan membuat persembahan di empat (4) lokasi Hard Rock Café sendiri iaitu pada setiap hari Ahad di sepanjang bulan Ogos ini , dan di minggu pertama pada bulan September. Kepada mereka yang tidak dapat meluangkan masa untuk menyaksikan persembahan artis- artis kegemaran, mereka masih boleh menikmati persembahan tersebut secara langsung dengan membuka aliran negaraku@HardRockCafe Tour 'live' di aplikasi RAKU (www.raku.my)
Di setiap lokasi persembahan pula, acara akan berlangsung selama empat (4) jam dari pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam pada hari Ahad, bertempat di Hard Rock Café, Melaka (9 Ogos 215), Hard Rock Café, Pulau Pinang (16 Ogos 2015), Hard Rock Café, Sabah (23 Ogos 2015) dan menutup tirainya di Hard Rock Café, Kuala Lumpur pada 6 September 2015.
Barisan artis yang akan membuat persembahan juga merupakan pemuzik yang sangat berbakat di Malaysia. Antaranya, kumpulan Bittersweet yang berasal dari Ipoh, kumpulan rock metal Massacre Conspiracy, Tres Empre, Love Me Butch, Plague of Happiness dan kumpulan ‘Rap & Rock’ Dragon Red. Selain itu, artis seperti Pretty Ugly, Bil Musa, Hazama dan Misgiven turut terlibat dalam persembahan ini.
RAKU menampilkan keunikan dengan memenuhi citarasa muzik tempatan melalui isi kandungan (playlist) yang dihasilkan sendiri oleh pengguna. Dalam erti kata lain, pengguna boleh menyusun lagu-lagu kegemaran mereka mengikut kepada genre pilihan masing-masing dan mendengarnya kembali pada waktu-waktu yang dingini. Pada masa yang sama, RAKU turut berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan menyiarkan persembahan-persembahan muzik secara langsung terus ke peranti pintar atau komputer melalui kaedah penstriman secara langsung (live streaming).
Selain itu, RAKU juga bekerjasama dengan lokasi-lokasi yang menawarkan pesembahan muzik secara langsung seperti Backyard, Laundry, Rootz dan No Black Tie bagi membolehkan penstriman secara langsung dengan objektif utama untuk mengenengahkan artis tempatan kepda umum. Pada masa yang sama, matlamatnya adalah untuk membolehkan setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira lokasi menikmati pengalaman muzik yang unik dan tidak dapat dilupakan.
"RAKU menawarkan sesuatu yang unik untuk pelanggan dengan menggabungkan beberapa artis antarabangsa dan tempatan. Justeru itu, di atas faktor ini jugalah kami melihat kolaborasi di antara Digi dan Astro mempunyai potensi besar untuk memartabatkan industri muzik melalui platform baru dan pada masa yang sama menawarkan keunikkan apabila menawarkan perkhidmatan ini melalui penstriman digital", kata Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Christian Thrane.
Digi merupakan penyokong setia bakat –bakat dan kandungan tempatan. Baru-baru ini, Digi menjalinkan kerjasama berbentuk muzik bersama penyanyi Elizabeth Tan yang popular dengan lagu Knock-Knock, juga bersama artis –artis popular yang lain seperti Shawn Lee, Diandra Arjunaidi dan Narmi, kumpulan Genji serta kumpulan yang berbakat besar dan begitu dikenali ramai iaitu Bunkface.
Dengan adanya Digi Music Freedom, pelanggan Digi boleh mendengar muzik sepanjang hari melalui telefon pintar mereka tanpa terikat kepada isyarat WiFi atau bimbang tentang bil bulanan mereka. Mulai hari ini hingga 30 September, pencinta muzik boleh mengaktifkan perkhidmatan ini secara percuma dan menikmati pentsriman muzik tiada had selama 120 hari.
Menurut Jake Abdullah, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, "RAKU telah menawarkan ciri-ciri yang amat sesuai kepada pendengar termasuklah dengan menawarkan fungsi-fungsi tersendiri seperti mendengar di luar talian, stesen radio digital dan pemain web (web player) yang sedia ada di laman web RAKU. Lebih menarik lagi adalah, kandungan video (video content) juga akan ditawarkan kepada pengguna tidak lama lagi demi membenarkan mereka mendapatkan akses kepada muzik tanpa bantasan dan secara langsung pada setiap masa”.
Sejak pelancaran RAKU pada bulan Mei baru-baru ini, muat turun aplikasi ini telah meningkat sebanyak dua kali ganda sehingga mencecah sejumlah 87,000 muat turun. Pada masa yang sama juga, bilangan lagu di RAKU telah meningkat dengan mendadak dari catatan awal sebanyak 2 juta buah lagu kepada 8.5 juta buah lagu hanya dalam masa lebih kurang tiga (3) bulan. Dengan jutaan lagu yang disediakan oleh platform RAKU ini, kami yakin ia mampu menarik lebih ramai penggemar muzik dan pengguna penstriman radio untuk meluangkan lebih masa melayari RAKU di masa-masa yang akan datang.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai RAKU, pengguna digalakkan untuk memuat turun aplikasi ini melalui iOS dan Android seterusnya mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan muzik, konsert dan promosi terbaik Malaysia, atau layari www.musicfreedom.my untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Digi Music Freedom.
No comments :
Post a Comment