Hi Korang,
Saat-saat genting badan mula sakit ni, dapat pulak offer untuk dimanjakan. So of course aku tak akan tolak, terus cakap setuju.
ting tong!
Hari tuh sebelum puasa, sempatlah aku mencilok masa sket ke Tanamera Spa yang terletak di Subang Jaya. Aku sendiri tak sangka yang di tempat yang sibuk tuh, ada terletak spa yang begitu mendamaikan.
minum teh herba dulu
Sesampai je aku di sambut mesra oleh so-called tuan punya Tanamera Spa ni Pn Fauziah, sebab diorang ada partners yang lain jugak. Ktorang sembang-sembang sket pasal background of Tanamera Spa ni, so aku citer sket kat korang lah ek.
Sebuah perniagaan milik keluarga yang diuruskan oleh tiga adik-beradik- Faridah,Fauziah dan Faisal, Tanamera dicipta berdasarkan pengetahuan ibu tersayang, Hajjah Siti Fatimah, yang mula merumuskan rawatan kesihatan dan kecantikan Melayu tradisional dari dapur beliau sendiri. legasi beliau diteruskan oleh anak-anaknya, dengan keazaman dan impian untuk mencipta rangkaian produk yang benar-benar semulajadi untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa.
"Konsep produk kami diilhamkan daripada rawatan kecantikan seluruh Asia terutamanya Malaysia. Setiap rangkaian produk dicipta dengan penuh teliti dan dirumuskan dengan prinsip-prinsip berikut iaitu Mesra Pengguna, Mesra Alam dan Mesra Haiwan. Tidak sedikit pun perwarna tiruan, angian sintetik, pengawet dan bahan kimia berbahaya digunakan alam produk Tanamera. Kami hanya menggunakan bahan 'berkualiti tinggi dari seluruh dunia seperti ekstrak tumbuhan dan bahan mesra alam yang baik untuk alam sekitar dan sudah tentu pada kulit kita di dalam formulasi Tanamera. Kami tidak melakukan ujian ke atas haiwan kerana kami amat menentang perlakuan ini, kami juga berbangga untuk menjadi jenama yang pertama dan mungkin satu-satunya jenama dari Malaysia yang menggunakan pengawet semula jadi" ujar En. Mohamad Faisal Ahmad Fadzil, Pengarah Urusan Tanamera Tropical Spa Sdn Bhd.
jom pilih minyak urut dulu ek
bahan untuk scrub nanti, boleh pilih yang mana satu
Orite sebelum masuk ke bilik rawatan, aku kena pilih minyak essential oil yang aku berkenaan. Setiap minyak ada fungsinya yang tersendiri so aku pilih minyak ginger (halia), yelah untuk rasa tenang bila proses mengurut tu nanti. Memang seronoklah kan.
wow jom mandi
nak mandi sini pun boleh jugak
ini untuk kalau datang spa berdua
Aku ada snap beberapa gambar untuk tatapan korang. Ada bilik VIP dan bilik biasa. Selalunya bilik VIP tuh bagi mereka yang membuat lepas bersalin sebab banyak treatment nak buat kan.
comey
Cantik tak bilik aku? Ewah untuk treatment jelah.
Kita mulakan dulu dengan urutan badan, therapist aku ni kecil molek je orangnya. Baru lepas abis belajar dalam bidang spa ni. Aku rasa tenaga dia memang cukup kuat, betapa kuatnya dia dapat mengurut orang yang saiz badannya 2 kali ganda daripada dia kann heheehe aku lah tuh.
kena tukar apa yang patut la
Bila body scrub tu di sapu pada badan, ermm rasanya macam berdaki-daki yang keluar. Hehehhe itulah hakikatnya kalau jarang dapat pi spa. So time ni lah rasa badan betul-betul di manja sepenuhnya. Rasanya ada dekat 3 jam kot aku duduk dalam bilik treatment, semua urat-urat kembali pulih, salur darah pun lancer je balik hehehe.
Selain daripada spa, Tanamera juga mengeluarkan produknya yang tersendiri. Bermula dengan hanya 8 kepada lebih daripada 200 produk teras, Tanamera menawarkan pelbagai produk dan rawatan dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki yang memenuhi keperluan setiap pengguna.
Cik lily putih bersama dengan Puan Faridah
inilah therapist saya, kecik molek orangnya kan
Ada jugak produk lain keluaran Tanamera gak tau.
TANAMERA PROFESIONAL
Sejak tahun 2003, rangkaian produk Tanamera Profesional telah digunakan dalam spa di seluruh dunia. Produk berasaskan tumbuhan dan berkonsep semula jadi inltelah diterima dengan baik oleh industri kesihatan dan spa,diseluruh duniadan menjadikegemaran dalam kalangn spa-spa mewah
TANAMERA RETAIL
Produk Tanamera Retail memberikan pengguna pengalaman spa o I-Y atau 'Lakukan Sendiri' yang selesa dl rumah. Boleh didapati dalam beberapa kategori termasuk Penjagaan Peribadi, Home Spa, Set lstlmewa, Minyak Pati dan Aksesori Spa. Tanamera mula menjual produk di kiosk se itar Kuala Lumpur pada tahun 2008. Dengan pembukaan rasmi kedai yang pertama di Pasar Seni pada tahun 2009, jenama ini telah berkembahg kepada lebih 20 lokasi runcit menerusi perkongsian dengan gedung,lapangan terbang dan kedai produk organik di pusat membeli-belah.
PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN TANAMERA
Penjagaan selepas bersalin Tananiera dicipta berdasarkan terapi tradisional Melayu, yang membantu ibu-ibu baru untuk menghadapi tekanan selepas bersalin sejak beratus tahun dahulu. Produk tradisional ini merupakan satu amalan yang membantu melegakan dan menenangkan minda serta mempenepatkan pemulihan dalarri masa yang singkat. Dirumuskan dengan bahan-bahan berasaskan 100% hasil tumbuhan, penjagaan selepas bersalin Tanamera menawarkan penyelesaian yang mudah dan komprehensif untuk penjagaan selepas bersalin bagi setiap ibu!
Korang kalau nak datang, ni alamatnya:
Tanamera SPA
B12 - 1, Jalan SS 15/4D, SS 15,
47500 Subang Jaya, Selangor
Phone:+60 3-5633 2180
Hours: 9:30 am – 10:00 pm
Semua produk Tanamera boleh didapati di kedai-kedai seluruh dunia dan melalul rangkaian pengedaran yang terdiri daripada gedung, pusat kecantikan terpilih, kedai Bebas Cukai, ruang menunggu lapangan Terban·g dan· kedai-kedai bebas. Produk ini juga boleh dibeli terus melalui www.tanamera.com.my.
3 comments :
laki boleh ka?
mcm best je.. last cik en gi spa bertahun dulu.. ehhehhe.. kena amalkan smula ni..
owwhhh....ada banyak produk jugak yea brand tanamera ni yea.... tapi betul al awek massage ko tu halus je orangnya...
Post a Comment