Friday, January 30, 2015

Boss Boleh Lah Ek..

Hi Korang,

Nak anto sms kat bos ni. ayat cam ni boleh tak?

Tak boleh nak whatsapp kat bos coz WiFi office tak de hehehhee


hah cam tu lah..

korang rasa ok ke tak ek? dia bagi tak? ermmmm

Lagipun nak keje cam ne kan, satu building tuh. Management bila call plak, tak nak angkat. Cuak la tuh, pagi-pagi buta kena maki hamun kan. 

Jawabnya tunggu jelah.

Tapi lepas 1 jam tak de gak, baik aku pi buat keja luar ek. Untung-untung keja kecik-kecik ni siap, claim mileage pun dapat kan.

ok ok  salam Jumaat korang...


Thursday, January 29, 2015

Makan OISHII Roaster RASAMAS & AYAMAS Sebab Nak Pi JEPUN

Hi Korang,


Rasanya ramai yang tak berapa perasan kedai makan Rasamas dan Ayamas ni kan?


Ermm itulah limited sangat tempatnya, kalau kat KL ni aku cuma perasan kat KL Sentral je. Kalau kedai Ayamas Bangi pun ado kat Seksyen 9 sebelah Domino. Ramai gak orang kalau aku lalu-lalang kat situ. Ayam wei sape tak suka makan kan. Hah u tell me, tell me, tell me lah!!


Bila Rasamas perkenalkan pada ktorang bebudak bloggers ni hari tuh, aku duk tertanya-tanya gak apa plak menda OISHII ni ek. La rupanya OISHII dalam bahasa Jepun adan lah sedap. So ayam sedap lah kan. Hahahahaha ramai yang ooooooooo panjang bila dapat tau makna OISHII ni. 

So OISHII Roaster ni merupakan ayam grill yang diperap dengan sos resipi rahsia dan di drizzle dengan madu sebelum di panggang. Bila nak serving tu plak, di sapu plak teriyaki sauce bersama jus nenas untuk menambahkan lagi aroma yang harum semerbak tu kan.

Apmacam, lazat kan. Itulah masa aku memula tengok ayam tu pun dah rasa lapar semacam.. ermm dasar pelahap..

Ini aku terangkan mengenai PROMOSI MENU BAHARU : OISHII ROASTER ni ek



Untuk set “SUPER-DUPER Deal” ni….


Dengan harga cuma RM46.90 korang akan dapat menu baharu yang diperkenalkan oleh KEDAI AYAMAS iaitu OISHII ROASTER dan pilihan menu ayam istimewa mereka ( samada “golden / pepper / percik ). Yang ni ayam sahaja tau dan boleh di dapati di kedai Ayammas

HIDANGAN MENU di KEDAI RASAMAS


Kalau kat restoran Rasamas pulak, korang boleh dapatkan set OISHII Roaster ni dalam set value meal untuk seorang makan, 2 orang makan dan 4 orang makan. Ada ayam OISHII, sup, mixed vegie, fried tofu dan soft drinks. Ikut menu mana yang korang pilihlah. 

Value meal for 1 = RM10.90 – 1 person 
(1/4 part ayam OISHII, aromatic chicken rice,soup, drink dan ais krim)

Value meal for 2 = RM28.90 – 2 person 
(1/2 part ayam OISHII, aromatic chicken rice, soup,drinks, chicken ball soup, fried tofu and mix vegie)

Value meal for 4 = RM40.90 – 4 person 
(whole ayam OISHII, aromatic chicken rice, soup,drinks, chicken ball soup, fried tofu, ice cream and mix vegie)


Berbaloi ke tidak? Haruslah kan..

Yang aku nak pi JEPUN ni sebab ada contest jugak untuk promosi OISHII Roaster ni. 

Setiap pembelian “SUPER-DUPER Deal” ini, korang layak join contest yang di anjurkan oleh kedai AYAMAS dan berpeluang untuk ke Jepun. Just isi borang dengan lengkapkan butir-butir peribadi dan tulis slogan kreatif kenapa korang suka OISHII Roaster ni. Kemudian stapler je borang penyertaan dan resit pembelian “SUPER-DUPER Deal” ni hantar ke kat kedai Ayammas.

Senangkan.

Beli ayam, makan ayam, isi borang dan berdoa je mintak korang menang hehehhehee….


Nak tau lebih lanjut, meh klik ke www.rasamas.com.my untuk info lagi ek

Dah aku pulak yang nak pi makan ayam OISHII ni tengahari nanti nie k..



NISSAN X-TRAIL Serba Baharu Kini Di Pasaran

Hi Korang,

Cik Lily Putih dapat invite lagi ke majlis pelancaran dari Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) ni. So cam biasa aku akan wakilkan orang-orang untuk attend event ni coz tak sempat nak apply cuti hari tuh.


Nissan X-Trail serba baharu generasi ketiga telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah di seluruh dunia. Terbaharu, ia dipilih sebagai Kereta Terbaik 2014 Indonesia (Indonesia Car of the Year 2014) daripada majalah Mobil Motor dan Auto Bild Indonesia serta anugerah sama daripada Persatuan Media Automotif Utama di China.

Varian yang terdapat di pasaran Malaysia adalah varian tertinggi 2.5L 4WD dan 2.0L 2WD. Sejak pendaftaran pra-tempahan dibuka di Malaysia pada Disember lalu, Nissan X-Trail serba baharu telah menerima lebih 1,300 tempahan sehingga kini. 


Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng dalam ucapannya ketika majlis pelancaran Nissan X-Trail serba baharu berkata, “Kami berasa sangat berbesar hati kerana dapat memperkenalkan Nissan X-Trail serba baharu kepada rakyat Malaysia. X-Trail generasi sebelum ini sememangnya menjadi ikon kepada para peminat SUV di sini apabila lebih 19,000 unit berjaya dijual sejak ETCM memperkenalkannya pada tahun 2003. Nissan X-Trail serba baharu yang direka semula sepenuhnya menggabungkan warisan 4x4 Nissan dengan idea-idea baharu, gayaan premium dan teknologi perintis – sekali gus menjadikannya antara crossover paling canggih yang dilengkapi kemampuan off-road. Crossover premium inovatif ini merupakan satu lagi bukti komitmen ETCM untuk membawakan tawaran terbaik Nissan kepada para pengguna.” 

Nissan X-Trail serba baharu yang dipasang tempatan ini menampilkan teknologi perintis seperti Active Chassis Control. Ia disifatkan sebagai teknologi pertama seumpamanya di dunia yang memastikan pengalaman pemanduan adalah lancar dan bebas tekanan. 


Sistem Active Ride Control berfungsi mengurangkan rasa bergegar yang dialami oleh para pemandu ketika melalui jalan tidak rata dengan mengawal kuasa tork enjin dan brek demi meningkatkan keselesaan. Manakala sistem Active Engine Brake pula mengubah suai jumlah tekanan brek enjin bagi membantu pemandu mengurangkan kelajuan ketika hendak mengambil selekoh atau berhenti. 


Sebagai tambahan, sistem Active Trace Control – pertama pada kenderaan Nissan – akan mengenakan sedikit kuasa brek kepada tayar-tayar tertentu secara automatik untuk mengurangkan masalah understeer, selain membantu pemandu mengawal kenderaan ketika melalui selekoh. 

Varian 2.5L dilengkapi dengan ALL MODE INTELLIGENT 4x4 System (4x4-i) untuk mode memandu yang berbeza berdasarkan keadaan jalan raya. Ia menawarkan tiga mode iaitu pacuan dua roda, Auto Mode yang menukar pengedaran tork antara roda depan dan belakang secara automotik semasa memandu di jalan yang berturap atau licin, dan Lock Mode untuk pemanduan pacuan empat roda sepanjang masa.


Ciri yang didatangkan pada kedua-dua varian, Hill Start Assist membolehkan para pemandu menukar brake kepada pemecut secara mudah untuk memulakan perjalanan yang lebih selamat di curam bukit. 

Tambahan pula, Hill Descent Control – terdapat di varian 2.5L 4WD - mengawal kelajuan kenderaan (di antara 4km/j -15km/j) ketika menuruni laluan berbukit yang curam atau licin tanpa perlu menekan brek. Ini sekali gus membolehkan pemandu fokus untuk mengawal stereng kenderaan. 

Varian tertinggi, 2.5L 4WD dikuasakan oleh enjin QR25DE-k2 dengan sistem Twin CVTC. Ia mampu menjana kuasa sehingga 171 PS @ 6,000rpm dan tork 233Nm @ 4,000 rpm. Varian 2.0L 2WD pula dibekalkan dengan unit enjin MR20DD dengan sistem pancitan bahan api dan Twin CVTC yang berupaya menghasilkan kuasa mencecah 144PS @ 6,000rpm dan tork maksimum 200Nm @ 4,400rpm.

Kedua-dua varian enjin ini dipadankan bersama kotak gear Xtronic CVT generasi seterusnya bersama mode manual 7 kelajuan untuk pemanduan lancar dan prestasi yang penuh kuasa; serta Mode ECO bagi menawarkan penjimatan bahan api lebih baik. 


Dengan reka bentuk kemas dan penuh gaya yang memastikan kehadirannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja, Nissan X-Trail serba baharu nyata mengambil sejumlah rekaan signatur Nissan. Misalnya, lampu nyalaan siang LED berbentuk Boomerang, gril Nissan berbentuk V yang tersendiri dan kombinasi lampu belakang yang standard pada kedua-dua varian. Keistimewaan varian 2.5L 4WD ialah lampu utama LED yang pertama dalam kelasnya dengan fungsi Auto serta lampu isyarat membelok LED. Roof Rails dan rim aloi bersaiz 17 inci pula memberikan Nissan X-Trail serba baharu penampilan yang menarik dan mengagumkan.
  
Konfigurasi tempat duduk 5+2 sememangnya menawarkan keluasan kabin yang luar biasa, terutamanya apabila tempat duduk tambahan diperlukan untuk kanak-kanak. Kapasiti kargonya juga mengagumkan iaitu 1,520 liter (apabila tempat duduk baris kedua dan ketiga dilipat rata) dan 550 liter (jika tempat duduk baris ketiga dilipat sepenuhnya). 

Nissan X-Trail serba baharu hadir bersama satu rangkaian sistem keselamatan yang dipasang sebagai ciri standard untuk semua varian. Ini termasuklah dua beg udara SRS di bahagian hadapan, Vehicle Dynamic Control (VDC), Traction Control System (TCS) dengan Active Brake-Limited Slip (ABLS), Anti-Lock Braking System (ABS) dan Electronic Brake Force Distribution (EBD) dengan Brake Assist (BA). 


Semasa majlis pelancaran, ETCM turut menyerahkan kunci kepada tiga pemilik pertama X-Trail serba baharu di Malaysia iaitu En. Chea Yaw Hwa, Ahmad Sulhi bin Ghazali dan K.B Moganarajan A/L K.T Balakrishnan.

X-Trail serba baharu ditawarkan pada harga RM165,800 untuk varian 2.5L 4WD dan RM142,800 bagi varian 2.0L 2WD (harga di atas jalan termasuk insurans di Semenanjung Malaysia). Ia didatangkan dalam lima warna – perak (Tungsten Silver), hijau (Titanium Olive), hitam (Diamond Black), biru (Graphite Blue) dan putih (Brilliant White).


Sempena pelancaran Nissan X-Trail serba baharu, ETCM menawarkan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). Ia turut hadir dengan servis penyelenggaraan percuma selama tiga tahun untuk setiap pembeliannya.

Untuk maklumat lanjut, para pelanggan boleh menghubungi talian Tol PERCUMA Khidmat Pelanggan Nissan: 1800-88-3838 atau layari laman web: www.nissan.com.my.

APPENDIX

AKSESORI PILIHAN: ALL-NEW X-TRAIL
No.
Alat Ganti
Unit Harga (RM)
1.
Tinted filem keselamatan - V-Kool Elite Security
4,400.00
2.
Tinted filem - V-Kool Armorcoat
2,850.00
3.
Tinted filem – Solar Gard
1,450.00
4.
Tempat Duduk Kulit
2,800.00
5.
Ultra Glass Body Coating NEO           
2,350.00
6.
Multimedia Navigasi
3,800.00


Wednesday, January 28, 2015

Yana Samsudin Duta Terbaru Produk SOFEEYA DIAMOND

Hi Korang,


Cam biasa dapat jemputan untuk Cik Lily Putih cover event kan.


Nasib baik hari tuh dapat balik awal so sempatlah singgah ke Tv3 untuk majlis pelancaran produk terbaru Sofeeya Diamond iaitu d-collagen, Fairly Sofeeya, d-babesjuice dan d-berryfibre bersama duta terbarunya pelakon Yana Samsudin.


Bermula dengan penghasilan produk minuman kesihatan, d-collagen pada 2013 yang menjadi bualan hangat serta mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna wanita termasuk lelaki, Sofeeya Diamond terus mengambil inisiatif tersebut untuk memperluaskan cabang produknya dengan menghasilkan minuman keintiman wanita, d-babesjuice khusus untuk kaum hawa.



Setiap produk yang dihasilkan itu melalui proses penyelidikan dan pembagunan (R&D) selama setahun dan produk terbaharu keluaran Sofeeya Diamond merupakan minuman Detox, d-berryfibre yang akan berada di pasaran bermula hari ini.



"Malah kami mensasarkan jualan sebanyak 250,000 unit d-collagen pada tahun ini, kami amat optimis untuk mencapai sasaran berkenaan kerana kita tahu kehendak pengguna sekali gus ia menjadi pendorong ke arah penghasilan produk berkualiti tinggi menggunakan bahan berkualiti.

"Kini menerusi pelantikan artis terkenal tanah air, Yana Samsudin sebagai duta produk Sofeeya Diamond dan pelaburan iklan TV, media cetak dan radio sebanyak RM 3.8juta, sasaran peningkatan 200 peratus mampu dicapai dalam tahun 2015,'' Menurut Pengasas Sofeeya Diamond, Hamka Shahar.



Dalam pada itu, Hamka memberitahu, Sofeeya Diamond juga akan memperkembangkan jualan dengan mengeksport barisan produknya ke luar negara seperti Singapura, Dubai dan China.

Misi kami untuk menjadikan Sofeeya Diamond sebagai jenama halal hub yang mensasarkan produk yang berdaftar, berkualiti, patuh syariah serta mematuhi piawaian semasa.






Untuk sebarang maklumat lanjut berhubung produk Sofeeya Diamond, anda boleh melayari laman web rasmi di alamat www.sofeeyadiamond.com

Tuesday, January 27, 2015

RM5 Je untuk Personal Pan Pizza Hut

Hi Korang,


Kalau time keje ni, kalau ada keje luar of courselah makan tengahari pun kat luar jugak. Jelak wei makan kat Sapura tuh walaupun cekodok pisangnya sedap ya ampun kan..


So masa keluar pi Puchong ari tuh, ternampaklah promosi pizza hut RM5 ni kat bawah office ni. Memula cam tak caya, bila ditanya la confirm rupanya RM5 untuk personal pan pizza (potong 4), RM10 untuk regular saiz (potong 6) dan RM15 untuk large saiz (potong 8).


Hah terus order personal pizza yang kecik ni. Yelah saiz kecik boleh order banyak so dapatlah rasa pelbagai flavour. Beli 4 terus tapi yang makan 2 orang je, siap kedekut nak share dengan orang lain tuh. Teruk punye perangai kan.





Sudahnya tak abis makan gak dan bawak balik, dapatlah Mr Big merasa 2 keping kan..

Ni nak pesan sket ni, untuk TAKEAWAY dan PICK UP sajor tau, pizza DELIVERY ngakk boleh dong!!

Ermm aku suka Hawaiian Chicken, korang plak?


Patung Comel Snug- a-Plush dari Aloft Hotel KL Sentral

Hi Korang,

Sesuatu yang ciut miut confirm akan jadi kesukaan korang kan. Tak kiralah tua ke muda, semuanya sukakan


Walaupun aku ni dah masuk ala-ala remaja purba, aku tetap jugak nak collect anak-anak patung yang comey ni, bukan apa pun sebab masa kecik tak de peluang nak memain patung-patung ni coz parent tak mampu so dah tua bangka nilah baru ada peluangkan.


Hari tuh Aloft Hotel ada buat pelancaran koleksi anak patung Snug-a-Plush di WYX Bar ni.

Diorang suka buat sesuatu yang comey-comey supaya dapat menambat hati para guest yang menginap di sini. Actually anak patung comel adalah hasil idea kreatif pelukis grafik terkenal Orkibal




Beliau banyak dah hasilkan lukisan-lukisan dan doodle untuk corporate company terkenal tau. Aku pun baru tau, lepas view blog dia untuk tengok hasil kerjanya, ermm memang cantik.


Ada 5 jenis Snug-a-Plush yang sangat comel untuk korang miliki. Kalau jadi menginap di hotel ni, ada termasuk sekali dalam pakej tau anak patung comel ni. Tapi kalau dah minat sangat, boleh je pi beli kat Aloft hotel pada harga RM35 each.

Comey kan.. I likeeeee….

Monday, January 26, 2015

Makan Cold Noodles Di BIG SPOON, Setiawalk Puchong

Hi Korang,


Cold noodles memang bukan makanan orang-orang kita ni kan. Aku ni pun belajar daripada tengok rancangan tv Korea. Itulah kemaruk Running Man sangat kan hehehehhehe..

So bila aku dapat jemputan ke restoran BIG SPOON kat Setiawalk ni, first sekali aku google dulu apa makanan yang harus di makan kan. Ermm not bad ni, ok ok can’t wait.


Khamis lepas, aku dengan MrBig, blogger chef MADI, food blogger HAZMAN dengan tuan besar SOHOQ ke Setiawalk Puchong ni. Taklah jauh sangat dari rumah lepas maghrib baru bertolak, nasib baik jalan tak jem ek. Ikut WAZE je senang, belok kiri, belok kanan then sampai.

Hah simple je kedai Big Spoon ni ek.

Ok meh aku citer sket mengenai Big Spoon restaurant ni ek.

Big Spoon is a new dining restaurant opened at SetiaWalk Puchong and Subang Jaya serving Chicken Cold Noodle & Dumplings in House Special Souce with a very big spoon (as big as your hand palm). The new and fresh concept has manage to attract huge crowd from their opening till today.

Semuanya di hidangkan dalam sudu besarrrr huge spoon ok. Cubalah masuk dalam mulut korang, mau koyak rabak dibuatnya kan. Hahahaha



Simple je kedai ni ek. Alah tak yah nak deco gegaya sangatlah janji makanan sedap ye tak?




Mehlah tengok apa yang ktorang makan malam tuh

Strawberry Buttercream Prawns

Udang goreng yang disalut buttercream dan dihidangkan sekali dengan strawberry. Manis masam katanya.


Chicken Cold Noodle RM1.90

Mee sejuk or cold noodle, yang dihidangkan sekali dengan ayam carik. Nak makan kene letak special sos diorang ni memang umpph


Dumpling in house Special Sauce RM3.90

Hah aku makan gituh je, makan panas-panas kan. Kalau cicah sos lagi sedap.

Tofu Rice RM1.90

Tofu di masak secara sweet sour. Nak makan kena gaul dengan nasi yang sejemput tuh,baru layan.

Spring Onion Pancake RM1.90

Lempeng sebenarnya, di goreng garing-garing dan dicicah dengan sos.

Sweet Soup RM3.90

Pemanis mulut simple, tapai yang di jadikan sup panas. Memang melegakan tekak.

Yogurt Drink RM6.00
Pear With Rock Sugar RM4.00

minyak bijan, pepper corn, kicap, minyak cili

Memang harga cam tu coz portionnya kecil. So korang boleh makan seberapa banyak yang korang mau. Sesuai jugak dengan orang-orang tengah berdiet, boleh makan sket. 

Janji makan katanya kan.



Tengok bertingket-tingket jugak ktorang makan. Mr Big ni lagi lah, pantang ada depan mata, terus je masuk mulut. Sedap sungguhlah kata dia. Simple but marbeles.

Korang cam rasa kecur air liur tuh boleh la ke


D-7-G, Block D, 
SetiaWalk, 
Persiaran Wawasan, 
Pusat Bandar Puchong, 47160 Selangor

Opening hours : 11am - 10pm

(located directly opposite Subway, nearby Tokyo Kitchen)

Landmark : Cari Setiawalk Puchong dulu. Bila masuk parking cari Block D, tiang warna hijau. Hah boleh parking kat situ coz senang. Naik ground floor. Nanti nampaklah kedai ni berhadapan air pancut kat dalam Setiawalk ni.

Kalau rasa jauh tuh, ada jugak Big Spoon outlet di Aeon BIG Subang Jaya. Diorang baru je bukak dan sambutan pun not bad jugak.