Saturday, July 5, 2014

WATSONS Dalam Drama 'RAYA NI MESTI KAHWIN’ Raya Ini

Hi Korang,

Last week, aku sempat je Bijan Restaurant di Bukit Ceylon ni untuk majlis pelancaran WATSONS dalam drama 'RAYA NI MESTI KAHWIN’ pada hari raya nanti.

Hebat WATSONS siap ada drama lagi tau.


Meh ikuti sedikit cerita mengenai projek drama ni ek, sorry memang kena amik direct dari press release coz banyak fakta penting dalam tuh.

Watsons Malaysia sekali lagi menganjurkan kempen Hari Raya istimewa sempena Jualan Mega Malaysia hari ini. Jenama runcit terkemuka produk kesihatan dan kecantikan ini berkerjasama dengan Media Prima, TV3 untuk drama bersiri eksklusif mereka, Raya Ni Mesti Kahwin sebagai sebahagian daripada kempen.

Kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk menonton drama Raya Ni Mesti Kahwin di TV3, membeli-belah di stor Watsons dan berpeluang bertemu bintang utama - Nina Iskandar, Amar Asyraf dan Azlee Khairi serta memenangi hadiah menarik. Di samping itu, Watsons juga menganjurkan Jualan Mega Raya dari 24 Jun - 6 Ogos dengan diskaun sehingga 50% bagi membantu pelanggan kelihatan ceria, rasa hebat Raya ini.

Dengan berbelanja RM80 dan ke atas semasa tempoh kempen, 1,000 orang pelanggan pertama yang RSVP akan berpeluang bertemu dan membeli-belah dengan bintang Raya Ni Mesti Kahwin di tiga stor terpilih. Selain itu, semasa sesi ‘bertemu dan menyapa’, tiga pemenang bertuah di setiap stor akan memenangi baucar bernilai RM200 untuk membeli-belah dengan bintang drama.


Watsons juga menganjurkan satu peraduan digital bertajuk #watsonssiapanakkahwin di Facebook dan Instagram, di mana satu (1) pemenang akan memenangi hadiah utama berupa pakej penginapan 3H2M di Holiday Villa Cherating dan pakej kecantikan untuk dua orang dengan hanya memuat naik gambar bersama pasangan ke Facebook Malaysia Watsons atau Instagram dengan #watsonssiapanakkahwin.


Di majlis pelancaran itu, bintang utama Raya Ni Mesti Kahwin Nina Iskandar, Amar Asyraf dan Azlee Khairi turut hadir untuk berkongsi cerita penglibatan mereka dalam kempen yang menarik ini dengan Watsons

"Raya Ni Mesti Kahwin, mempunyai jalan cerita yang menarik dan pasti akan menarik minat peminat. Saya melakonkan peranan utama sebagai Nana yang berada dalam dilema apabila kedua-dua teman serumah telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan tiga minggu selepas Raya. Jadi Nana berjanji kepada dirinya sendiri untuk mencari seorang lelaki idaman dan berkahwin Raya ini. Cerita ini akan membuatkan penonton tertanya-tanya dengan siapa Nana jatuh cinta dalam perjalanannya mencari cinta sejati," kata Nina. Episod pertama drama bersiri ini akan disiarkan di TV3, Ahad ini, 29 Jun, jam 9.30 malam.


Untuk meningkatkan kesedaran mengenai kempen ini, Watsons turut menghasilkan empat (4) kapsul satu minit yang akan ditayangkan semasa tayangan drama di sepanjang tempoh siaran di TV3. Kapsul ini menggabungkan unsur kecantikan, penjagaan kulit, kesihatan & penjagaan diri untuk lelaki dan wanita dan juga elemen-elemen penting untuk kelihatan ceria, rasa hebat di Hari Raya.


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Jualan Mega Raya Watsons sila hubungi Danny Hoh, Pengawal Pemasaran Watsons Personal Care Stores Sdn Bhd di dannyhoh@watsons.com.my atau Chui-San di chuisan@watsons.com.my atau lawati Facebook Watsons www.facebook.com/watsonsmalaysia/ laman web rasmi Watsons www.watsons.com.my rasmi.

2 comments :

Suria Amanda said...

Watsons tetap menjadi pilihan....

maszull said...

assalamualaikum CLP...mmg terbaik la...;)