Saturday, March 8, 2014

Dynas Mokhtar Duta Johnson’s Baby Milk and Rice, Baik Untuk Bayi dan Ibu

Hi Korang,

Memang Johnson & Johnson ni terkenal dari aku kecik dulu.


Especially baby yang baru lahir, mak-mak confirm beli produk Johnson & Johnson ni kan. Kira brand no. 1 dalam market kalau produk untuk baby kan.

Sekarang ni Johnson & Johnson memperkenalkan rangkaian baru Johnson’s baby Milk and Rice. Ianya di perkaya dengan ekstrak beras, rangkaian baru ini membantu memberi khasiat menyeluruh untuk kulit dan menjadikannya lebih lembut dan mulus, selepas hanya 1 kali penggunaan je.

Aku sendiri dah pun cuba masa media launching hari tuh.




Sementara nak tunggu guest lain sampai, aku sempat pi singgah ke booth urutan yang di sediakan. Lega betul rasanya bila dapat mengurut, walaupun kat tangan je tapi best oo. Orang plak tak de, so dapatlah urut kedua belah lengan. Terbaek ooo


Cik Eunice Tan, Pengurus Komersial Johnson & Johnson Malaysia, berkata dalam ucapannya bahawa para ibu sememangnya ingin menumpukan perhatian mereka pada anak-anak mereka, walaupun mereka mempunyai jadual yang padat demi menguruskan kerja dan keluarga pada masa yang sama.



Duta baru untuk rangkaian baru Johnson’s®baby Milk and Rice dan ibu kepada dua orang anak, Dynas Mokhtar merupakan simbol wanita moden yang sibuk untuk mengimbangkan kehidupan peribadi serta kerjayanya. Walaupun memainkan pelbagai peranan, antaranya sebagai hos TV, pelakon, model, dan usahawan, dia berasa adalah penting untuk menjalin hubungan yang unik dengan kedua-dua orang anaknya, Khyra Khalyssa, 4 tahun, dan Mohamed Haqaish, 1 tahun setengah.


Dynas juga berkongsi bahawa Mandian Johnson’s® baby Milk and Rice merupakan mandian kegemaran anak-anaknya. Mereka menggemari wangiannya yang lembut dan menenangkan serta kelembutan kulit mereka selepas mandi.


“Selain daripada mematuhi standard yang ketat, rangkaian produk Johnson’s® baby mempunyai tanda perniagaan Clinically Proven Mildness®. Tanda ini meyakinkan para ibu dan pakar kesihatan bahawa produk ini sesuai bagi kulit bayi yang sensitif,” kata Tan.



Rangkaian baru Johnson’s® baby Milk and Rice kini boleh didapati dalam bentuk mandian, losyen dan bedak dan boleh didapati di semua pasar raya di seluruh negara. 


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/iLoveJohnsonsBaby.com.

No comments :