Hi Korang,
Renungan di hari Jumaat yang mulia ni
Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...
Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....
Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...
Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku..
.
Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam..
.
Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian...
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar...
Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa...
Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...
Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku...
Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata..
..
Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus
nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....
Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI
Ketika telefon isteriku berdering di malam hari.
..
Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...
Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya..
.
Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan...
Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....
Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....
Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ..
.
Kini,
aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?
Kesimpulannya :-
Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap
dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan
diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila
hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.
Cilok dari FB kengkawan aku semalam...
6 comments :
Betul lah tu sangat!!!
entry nasihat yang berguna untuk pasangan suami isteri....
Setuju...
Eh blog akak dah lain.. sweet comel jer kaler biru lembut.. ;)
nice message. anyway ceria gambar korang berdua tu hehehe !
Setuju 100%...
Nice sharing CikLilyPutih..
sabar ya sobat, semua ada hikmahnya
Post a Comment