Monday, January 14, 2013

Restoran Teppanyaki Bukit Bintang

Hi Korang,

Dengar nama pun dah tau dah, Teppanyaki ni adalah makanan Jepun.

Ktorg kalau pi area Bukit Bintang ni, memang selalu akan pi makan kat sini. Senang, mudah dan cepat.


Korang kalau masuk kedai ni jangan terperanjat pulak. Actually tempat duduk makan kat sini berbentuk kaunter. Kita boleh tengok secara LIVE tukang masak ni masak depan kita guna kuali besi empat segi yang rata dan hitam.

Sebab apa aku cakap cepat?

Bawah kuali besi lebar tu, ada dapur gas boleh kawal saiz api. So lagi banyak masak lagi besar lah apinya dah cepatla makan. Betul tak? Tapi jangan bimbang, ada gak dining table yang biasa macam kat umah tu bagi yang tak biasa duk kat kaunter ni.

Japanese Tea (RM1.20 - bottomless)

Untuk minuman, aku akan order Japanese tea yang panas tuh sebab green tea nya sedap tak delah rasa pelik pun.

Fuji Snow (RM5.90)

Ini memang specialty bagi Restoran Teppanyaki ni. Dia macam ais yang diblend dan di kepalkan, letak sirap gula, bahan-bahan seperti ABC, laici, logan, jagung banyak dan memacam lagi lah. Tak dela manis sangat pun, sedang-sedang aje.

Chicken Teppanyaki (RM9.50)

Makan plak, aku order Chicken Teppanyaki . Tengok ayam di goreng dengan butter dan sikit minyak dan juga bawang goreng, ada sayur kobis dan taugeh, nasi semangkuk dan lobak asin. Makan kena panas-panas baru terangkat.

Beef Teppanyaki (RM10.90)

Lelain semua sama cam aku punya but ayam tu di ganti dengan daging. Rasa daging tu tak delah kering sangat, ada lagi juicy taste.

SUKIYAKI (RM9.90)

Sup sayur gituh lah but ada telur udang, daging sket dan ayam sket. Sedap gak, adalah berkuah sket ktorg makan. Letak plak dalam kuali comel periuk tanah kot, so senantiasa je panas bila makan. Time demam ke, sejuk-sejuk elok makan.


Restoran Teppanyaki ni ada banyak outlet kat area Klang Valley ni. Ada lebih kurang 10 outlet yang aku perasan lah. Tapi yang ktorg suka pi kat sini lah

PUB-S1, 2nd Floor, Sungei Wang Plaza,
No. 009, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Aku pernah try kat outlet tempat lain but rasanya tak sama dan tak best macam kat Sg Wang ni. Walaupun tukang masaknya bangla but tastenya a bit different la. Alah yang penting, kenyang dan sedap masuk tekak.

Harga tak delah mahal sangat pun berbanding restoran jepun yang lain. Kira ni macam the cheapest one. Kalau nak belajar-belajar makan makanan jepun, meh try makan kat sini dulu tau.

Selamat makan korang!


11 comments :

Ma'am IEDA said...

Hahaa.. zaman dating2 dulu slalu makan kat sini... Now, 'teppanyaki' kat umah jerrr... huhuuu

SHILAZIZI said...

Makan panas-panas memang heaven!

Unknown said...

wahhh lapar tengok
http://nurulnamasaya.blogspot.com/

hazman aka species1980 said...

aku kalau pegi Mid Valley selalu je singgah kat TEPPANYAKI nie...cuma tak singgah je sebab ramai benor orang... huhuhu

AyuArjuna BiGoshh said...

tgk cara mr big tenung makanan dah tahu sedap :)

Ahlam Miera Shafie said...

wahhh... macam best saya xpernah lagi try makanan jepun...

beta kupu said...

pergh mmg heaven klu mkn fuji snow time pns mcm nih!

dri segmen Mak Dara =)

Suria Amanda said...

Suka beef tepanyaki...the best i pernah makan kat Jusco Kepong....

boni kacak said...

huish... macam menarik je tu...

ida =) said...

alamak..... blog ni kalo buat review, memang terbaik la!

Afasz said...

sukiyaki tu nampak sedap je. mcm siezuka plak :D