Hi Korang,
Sorry lambat
sket update, terlupa nak publish plak.
Last week
aku ke media launch bagi kereta terbaru keluaran Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd
(ETCM) iaitu Nissan ALMERA. Actually benda ni dah heboh since awal Ogos hari
tuh dan pun secara rasmi keluar dan dijangkakan akan meneruskan rekod cemerlang
dan tradisinya dalam segmen yang cukup kompetitif di Malaysia ni.
Actually
bila baca dalam invitation theme nya ‘smart casual’. Tapi bila sampai semua
orang berpakaian formal. Hah ko semuanya ‘in black’. Kata Evelyn maybe dealer2
or branch manager Nissan kot, sebab tu diorg berpakaian cam tu. Imej korporat
lah katakan.
Majlis yang
di acarakan oleh Serena C ni bagi aku cukup simple. Di mulakan dengan sejarah
Nissan di Malaysia, speech dari Pengarah Urusan Tan Chong Motor Holdings
Berhad, Dato’ Tan Heng Chew dan Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng
mengenai Nissan ALMERA.
Jeng jeng
jeng..
Once ktorg
dipersembahkan dengan video mengenai features untuk Nissan ALMERA. Keluarlah
kereta tersebut di pentas. Hah ko total memang cantik sangat. Walaupun kereta
ni nampak mewah dan esklusif but harganya amat berpatutan, memang sesuai di
jadikan kenderaan yang lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia dari pelbagai
latar belakang.
Nissan
ALMERA ditawarkan dalam tiga gred berbeza iaitu E, V & VL serta versi lebih
sporty, Nissan ALMERA Talaan IMPUL. Nissan ALMERA dibina di atas
platform versatil “V” global baharu yang menggunakan kerangka ringan dan tegar.
Kereta itu dikuasakan oleh enjin HR15DE terbaharu Nissan bersesaran 1.5 liter
yang menampilkan sistem Continuously Variable-valve Timing Control
(CVTC) dengan kecekapan bahan api yang cemerlang iaitu 14.9km/l untuk transmisi
automatik dan 15.9km/l untuk transmisi manual (kitaran gabungan berdasarkan
ujian Nissan) serta pemanduan yang mantap.
Nissan
ALMERA ditawarkan dalam tiga gred berbeza iaitu E, V & VL serta versi lebih
sporty, Nissan ALMERA Talaan IMPUL. Nissan ALMERA dibina di atas
platform versatil “V” global baharu yang menggunakan kerangka ringan dan tegar.
Kereta itu dikuasakan oleh enjin HR15DE terbaharu Nissan bersesaran 1.5 liter
yang menampilkan sistem Continuously Variable-valve Timing Control
(CVTC) dengan kecekapan bahan api yang cemerlang iaitu 14.9km/l untuk transmisi
automatik dan 15.9km/l untuk transmisi manual (kitaran gabungan berdasarkan
ujian Nissan) serta pemanduan yang mantap.
Nissan ALMERA
dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti front airbags, anti-lock
braking system (ABS), electronic brake distribution (EBD), brake
assist dan ISOFIX Child Seat System, tergantung pada gred
masing-masing. Semua gred Nissan ALMERA ditawarkan dalam pilihan warna emas (Bronze
Gold), hitam (Sapphire Black), kelabu (Twilight Grey), perak
(Tungsten Silver) dan putih (Brilliant White).
“Para
pelanggan pasti akan terkejut dan gembira dengan reka bentuk mewah, ciri-ciri
dan keselesaan yang memberikan lebih gaya ,
teknologi serta ruang. Nissan ALMERA bukan sekadar direka bentuk dengan penuh gaya , malah apa yang
membezakannya dengan pesaing lain adalah ciri-ciri premium yang dimilikinya.
Sebagai contoh, ruang kaki dan but yang terbaik dalam kelasnya serta teknologi-teknologi
premium,” jelas Dato’ Dr Ang.
Beliau turut
menjelaskan bahawa selain daripada harga Nissan ALMERA yang menarik,
unsur-unsur lain seperti penggunaan bahan api yang ekonomi, selang servis pada
setiap 10,000km dan kos alat ganti yang berpatutan adalah pendorong utama
menjadikan jumlah kos pemilikan ALMERA menjadi amat memberangsangkan.
Maklumat
lanjut, sila hubungi Hotline
Perkhidmatan Pelanggan kami di talian BEBAS TOL: 1800-88-8368 atau layari laman
web: www.nissan.com.my Pandu uji boleh
diatur di bilik pameran Nissan berhampiran anda!
Ok not bad
kan Nissan ALMERA ni, ermm korang tunggu nak aku citer pasal test drive aku ke
Melaka 2 hari dengan Nissan ALMERA.
Memang
terbaik oooo
9 comments :
wow..cantik, smart, handsome...x terkata la..tp confirm i x mampu...
Kalau dapat yang model IMPUL tu memang terbaik la.. Yang penting minyak kena jimatkan.
Harga dia macam mana ye? bonet besar tak?
teringat lak aku iklan ALMERA nie yang Tian Chad share....cool giler...
@SURIA AMANDA
ermm nanti mampu Gak, simpan duit sket demi sket ye
@Hazmin Hamudin
memanG jimat minyak pun, dah terbukti
@Myvitrd
tu kan ada harGa aku letak tu... boleh letak Harraz dan bapak Harraz sekali tau...
@ hazman aka species1980
bestkan iklan dia... comey nau rasanya
Salam kak Lily, kat mano nak test drive ae? kak lily da test drive? syok x?
Post a Comment