Thursday, November 15, 2012

AVERINE ‘Age Defy’ Collection Menangani Masalah Penuaan


Hi Korang,

Orang pompuan memang tak abis-abis cautiously dengan penjagaan kulit muka. Maknanya lagi berusia lagi lah kena menjaga kesihatan kulit kita ni. Skincare memang tak jadi masalah kot coz melambak di pasaran.


But how about make-up? Pernah jumpa ke yang protect kulit muka kita?


So AVERINE telah memperkenalkan satu rangkaian mekap yang menggabungkan teknologi penjagaan kulit anti-penuaan dengan warna yang menarik. Di kenali sebagai koleksi Age Defy, yang berupaya melawan penuaan kulit dengan rangkaian lengkap mekap, merangkumi mekap asas hinggalah kepada warna untuk mata dan bibir.


Sesampai je lepas register, ktorg boleh bermake-up dengan produk AVERINE ni. Ada 5 orang make-up artist dah sedia menunggu untuk menyolekkan guest yang datang kan. 


Aku pun tak ketinggalan gak, sempatlah touch –up sedas dua kan. Lepas tu terus jadi cantik noks!


Dalam ucapannya sewaktu pelancaran Age Defy, Roderick Chieng, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Esthetics International Group Bhd, menyatakan bahawa koleksi mekap serba baharu ini diinspirasi oleh wanita hari ini yang dikagumi kerana berwawasan, berkeyakinan dan miliki kekuatan untuk menempuh pelbagai cabaran dalam membina karier dan mengimbangi kehidupan keluarga, namun tidak lupa mengambil berat tentang diri sendiri.

“Dalam erti kata lain, semangat juang wanita moden telah memberi inspirasi kepada AVERINE untuk membangunkan koleksi mekap revolusi, Age Defy, sebagai ‘perisai’ untuk melindungi daripada tanda-tanda penuaan pada kulit,” kata Chieng.


Koleksi warna-warna berseri Age Defy dicipta untuk menyerlahkan ciri terbaik seseorang di samping memelihara dan melindungi kulit.  Koleksi ini termasuklah mekap asas yang melicinkan, bedak debu & kompak, gincu yang mempunyai serum, pengilat bibir, penggaris mata, maskara melebatkan dan seleksi pembayang mata yang cantik.

Yang paling penting sekali, rangkaian ini selamat dan bahan-bahan serta formulasi termajunya membantu kulit menentang kesan penuaan kulit untuk tempoh lebih lama. 

Nude Collection

Smokey Product

Tidak seperti mekap lain dalam pasaran, AVERINE menggunakan bahan semulajadi dan memelihara kulit seperti sari tumbuh-tumbuhan, vitamin dan mineral.

Hasil produknya: 

  • 100% tidak komedogenik (tidak menyumbat pori-pori)
  • hipoalergenik (selamat untuk kulit sensitif);
  • bebas daripada minyak mineral (tidak menyebabkan milia dan akne akibat kosmetik);
  • 100% bebas wangian (tidak merengsakan kulit);
  • bebas lanolin (tidak merengsakan kulit);
  • tanpa alkohol (tidak menyebabkan kulit kering dan wajah kusam);

Dengan ciri-ciri penjagaan kulitnya, kosmetik Averine sesuai untuk semua jenis kulit, terutama sekali kulit sensitif atau yang mudah mendapat akne.


Acara pelancaran Age Defy diserikan lagi dengan kehadiran Anita Aziz berusia 39 tahun, model fesyen veteran tanahair dan selaku duta jenama AVERINE Age Defy Makeup. Anita juga ditemani oleh dua orang wanita cantik menawan, yang diberi penghormatan oleh jenama mekap penjagaan kulit ini sebagai AVERINE Age Warriors


Mereka adalah model fesyen dan seorang yang berjaya menempuh barah servikal, Genevieve Sambhi berusia 38 tahun; dan Jo Moo, model dan juga seorang ibu, berusia 29 tahun.

Erm macam menarik kan? Haruslah girl. Siapalah nak tua sebelum waktunya kan.

Koleksi mekap AVERINE Age Defy boleh didapati di semua AsterSpring Signature, AsterSpring dan pengedar sah AVERINE di seluruh negara mulai 1 November 2012.


Thanks Averine coz menjemput aku ke beauty event ni, haruslah mencuba produk yang dibekalkan dalam goodies bag ni ek

Yeah…


5 comments :

Qashmere said...

Produk baru lain dari yang lain..Harga okay tak??

Macam best je

Blog Qashmere
Style Me Gorgeous By Qashmere For Plus Size Fashion

boni kacak said...

averine?? wah.. nama brand dia pun best la..

Cik Lily Putih said...

@mummy akmar
not bad gak dalam range yang berpatutan

Cik Lily Putih said...

@boni
nanti ko ade makwe belikan dia satu tau

Choi Yen said...

For age like me anti aging cosmetic definitely something I need!