Monday, June 11, 2012

Nasi Goreng Cina Simple

Hi Korang,

Lama tak citer pasal makan kan. Yelah asyik event je boring gak korang baca kan? Betul tak, sila angkat tangan. Hakhakahka aku bukan nampak pun yang korang angkat tangan tu kenape kan.

Semalam balik dari SuperGT dari petang, maklumlah berkampung dari pagi lagi. Balik2 je kemas apa yang patut dan tidur jap. Bangun tidur je perut lapar. Nak kuar pi dinner  dah malas. So selongkar jelah apa yang ada dalam fridge tu kan.

Bahan-bahan nak masak Nasi goreng Cina simple, yang mudah dan tak remeh nak cari kan


Bawang putih di cincang
Fillet ayam – Udang tak de so ganti ayam je.
Mixed Veggie – so ada lah sayur dan colour sket kan
3 biji telur – sedap letak bebanyak ni

Cara nak masak :


Tumis bawang putih yang cincang sampai nak bau keharumannya. Kemudian masukan ayam untuk di masak. Letak lah perasa ikut tekak korang. Nak masin ke manis ke, masam ke ka




Masukkan mixed veggie dan seterusnya masukkan telur dan kacau hingga nampak cam nak masak kan.


Masukkan nasi dan kacau hingga sebati dan masak.


Dah siap pun. Senang mudah dan ringkas. Cuma kurang warna sket lah sebab aku tumis tak de letak cili kan. Dah nama pun nasi goreng cina mesti lah warnanya putih keperangan gitu lah.

Nak cilok resipi? Amik jelah. Aku tak kisah pun. Nak pesan sket masa tumis tu aku guna minyak bijan so memang ada bau-bau masakan cina lah. Sedap ooo.

Ok, balik kang korang leh la cuba kan sesuai untuk isteri2 pemalas seperti aku ni hehehehhe

CLP notes : Janji Mr Big kata Ok so aku pun ok lah kan.



12 comments :

esmiera said...

terus lapar nie... hehhe

Rinna said...

Simple pun yg penting masak sendirikan..dan hubby pun suka makan iye tak.. :)

Ruby said...

wow.. delicious!

xoxo!
www.rabiatuladawiyah.com

biskut chipmore said...

alamak!! puasa ni.. tengok makan terus kena cakap "cobaaannnn"

Myvitrd said...

Bak mai sepinggan.. He3

Unknown said...

wah!! walaupun simple, tapi sangat2 menarik dan mempersonakan la

Unknown said...

Uiiihhh sedap ni kak...

AJ said...

bila nak jemput ke rumah ni?

Anonymous said...

Sedapnyaaa..
Mudah dan ringkas je cara membuatnya :D hee

hazman aka species1980 said...

menarik jugak nie beb untuk orang bujang cam aku... takpe2x since aku dah tahu kat maner umah ...nanti aku datang bawak mangkuk tingkat untuk tapau yea....

♥MAMASYAZA♥ said...

errmmm sedap, tapi kalo anak2 akak, mmg kena kasi pedas ckit, baru cepat habis nasi goreng tu...hehehehe

Anonymous said...

pg nie aku nk try utk breakfast dlm 20 org punya makan.. hahaha thankz a lot