Monday, January 16, 2012

HyppTV Wayang Pacak @ Bukit Kiara Equestrian Club

Hi Korang,

Rezeki datang lagi. Kali ni menang tiket tengok wayang pacak kat Bukit Kiara. First time masuk area Bukit Kiara ni dan first time gak tengok wayang secara berjemaah ni.


Prepare lah apa yang patut, makan minum, air dah sejukkan dalam chiller bag, tempat nak lepak aku dah pre-order kat Paperlounge. Tinggal bayar je masa show nanti. Sampai-sampai je ya allah parkingnya boleh tahan jauh gak.


Berpeluh gaklah ketiak berjalan kan eventho ada shuttle disediakan. Ktorg jalan slow-slow sambil bercamwhore kat area ni. Mentang2 riding school punya tempat, berlambak2 kuda aku nampak but semua tengah makan dinner.


Sesampai je kena register dulu, then baru dapat masuk indoor arena tuh. Masuk2 je terus nampak satu kawasan lapang yang dah ramai orang duk berpiknik depan screen beso. 


Aduiyai rupanya ada menda yang aku lupa bawak, which is 'TIKAR'. Mampus aku, menda penting aku leh lupa. So nak tak nak, duk jelah kat kerusi yang ada. So tak dapat lah rasa cam ne feel tengok wayang pacak kan. huhuhuhuhuhu.


Malam tu ada tiga filem yang di tayangkan iaitu KungFu Panda 2, Thor dan The Unborn Child.  Ktorg cuma tengok 2 movie je coz yang ketiga tu citer hantu. Takut ooo.


Ermm gerai jual makanan memang banyak sungguh. Dari popcorn sampai ke baked potatoes, eh macaroon pun ada but dia jual mahal lah. Ada ke sekeping tu RM5 henggit. Sapo nak beli kan.


Anyway thanks to Hypp TV coz sudi bagi ktorg tiket wayang ni. Mintak-mintak ada lagi peluang tengok wayang pacak yang best ni kan.

CLP notes : Tak abis pun bekal makan aku bawak, air je abis coz haus sangat walaupun berangin malam tuh.




3 comments :

blog-tips-kurus said...

CLP ni murah rejeki betol. asik dpt jemputan je. bila nak ajak saye? ohoho! ;)

hazman aka species1980 said...

hurmm.... wayang pacak nie patutnya kasi la citer romantik or citer hindustan baru la best skit...hik3x

Zaidong said...

ingatkan outdoor...rupanya indoor..hehehe