Hi Korang,
Korang mesti perasan yang aku ada post pasal hang out kat Hard Rock Cafe hari tuh kan? Ermm lepak memang lah lepak but lepak sambil beramal. aku di jemput ke 'Pink Mocktail Night' anjuran Pantai Hospital Klang sempena malam penutup bagi Pink October ni. So aku ajaklah Farra-Eng, Jard, Zurie dan K Ina KL. Alah sesaje je. Nothing to do malam isnin tu kan.
Pink October month ni merupakan acara menyambut Hari Kanser Payudara yang di adakan setiap tahun pada bulan Oktober. Pelbagai acara di adakan termasuk lah 'Pink Charity Run' iaitu larian amal untuk mengutip dana bagi cancer survivor ini.
Acara pada malam itu di hostkan oleh Dato'Yasmin Yusuff iaitu Event Ambassador bagi Pink October ini. Kemudian Mr Stanley selaku CEO bagi Pantai Hospital Klang memberikan sedikit kata-kata alu-aluan mengenai tujuan 'Pink Mocktail Night' di adakan.
Sejurus itu, ada persembahan tarian daripada 'Candy Girls' yang merupakan sebahagian dari Cancer survivor. Boleh tahan jugak, yelah at least they do it something untuk hiburkan para pengunjung yang datang.
Kemudian ada persembahan daripada penyanyi baru Amanda Imani yang menyanyikan lagu Selamilah Cinta nie menyampaikan beberapa lagu english yang best2. Sedap gak suara dia nie. Memang sesuai nyanyi lagu2 omputih kan.
Sambil ktorg di hiburkan dengan persembahan live band, berlangsung acara 'Pink Products Auction', di mana cara lelongan barangan aksesori wanita untuk mengutip dana Kanser Payudara ini. Semua cantik2 tapi sayang aku tak berape nak mampu nak beli kan.
So sambil makan tu sambil layan live band lah. Not tahan jugak resident band Hard Rock Cafe ni, suara not bad dan lagu-lagu yang diorg bawak semuanya ktorg boleh layan lah kan.
Anyway TQ to Ili Nadirah dan Tanzina yang sudi menjemput aku ke event amal sebegini. Juga kepada Pantai Hospital Klang atas godies bag ubat-ubatan tu tau. Sesangatlah aku hargai ek.
Kalau ada event sebegini lagi jemputlah ktorg lagi ek. Suke event2 pasal charity ni. At least ada jugak contribution aku pada society kan.
6 comments :
Lorrr.... majlis amal ker.... aku pun suka gak join keje kebajikan nie.... ;-p
hehehe... lets contribute more!
suka bab2 CLP join event ni...mcm nk join jer...tp i xsefofular u kenn.. ^_^
berkurun tak lepak hardrock... last aku lepak masa valentine's daya tahunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn hehehehe tahun berkurun, ada orang bg aku hadiah bunga ros sekuntum RM20 hahah
best gak g charity event cam ni. My sis pun cancer survivor gak.. mcm2 aktiviti yg diorg buat.
best gak g charity event cam ni. My sis pun cancer survivor gak.. mcm2 aktiviti yg diorg buat.
Post a Comment