Hi Korang,
Rasanya tak abis lagi citer aku pasal Astro Blogger MasterChef kan. Hari tuh aku da citer pasal Invention Test. Now aku sambung citer pasal Skill Test.
So ktorg di tunjuk ajar dulu oleh Chef Ryan. Masak Poached Egg ni, kene ada timer. Baru jadi kalau tak hancus jawabnya. Lepas 2 kali dia demo kat ktorg, so terus je ktorg di arahkan ke dapur memasing untuk cuba resipi ni kan.
Masak ikut timer, kau hadoh!
Ermm aku pun ikut lah instruction yang di ajar tadi. Memula masak air sampai mendidih, kemudian kacau dan tutup api. Pas tu curah je telur. Then jadilah. Tapi tulis memang senang kan but nak buat bukan main payah ok. Lotih dibuat ek.
Hampir 3 kali aku test, baru lah jadi kan. Ermm bukan main payah dibuatnya. Lepas dah siap, hiaskan sket. Kasi lagi cantikkan. Then terus je pi anto kat judging table. Hah, kat situ pelbagai bentuk dan rupa telur aku boleh tengok kan.
Lepas masa tamat, judging proses pun dimulakan. Bila time aku je, Chef Ryan kata good tau. Menjadi poached egg den nie. Senyum sampai ke telinga. Sampai semua telur kena judge, ktorg dah mula resah gelisah. Maklumlah nak tukar top 5 kan. Yang borak sambung borak, yang pi berasap sambung berasap, anak2 kecil dah penat dan ada yang siap tertidur lagi.
Suker nau bergambo kan
Dapat hadiah saguhati je, jadilah kan
Aku dengan Kak Jem je yg kaki senyum kan
Masa Top 5 diumumkan, ktorg sesama sendiri dah boleh agak dah sapa yang boleh masuk. Tup tup bila MC announce blogger Jejai dapat masuk, lagilah tak sangka. Ermm congrats jejai dan blogger lain. Hopefully korang buat yang terbaik lah untuk final nanti.
Sayang betul apron nie x leh bawak balik plak lah
Ermm itu jelah kot aku boleh citer kat korang pasal Astro Blogger MasterChef ni. Memang banyak pengalaman pahit manis masa competition ni. Semua ini aku akan jadikan kenangan yang paling indah dalam dunia berblogging ni.
Sket info mengenai MasterChef Malaysia :-
Program title – MasterChef Malaysia
MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
Program Channel – Astro Ria (Channel 104)
Official Site URL - http://www.astro.com.my/portal/master-chef
Facebook Page - http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
Twitter Link – www.twitter.com/MasterChefMY
Korang, war-warkan tau..
5 comments :
Wah tak easy nak buat telor tu ya.. i also want to learn!
Beb....memang ade skil la masak egg poached ...relax je tangan masuk poket apron tue...hehehe
Terbaik, pengalaman tu yg penting. Menang kalah belakang cerite... Chef Biskutmarie? Chef ke..? haha
Chef CLP.. boleh masakkan untuk GTB laaa pas nih.. cayalah!
alamak syokya join aktiviti dengan bloggers.. teringin akak
Post a Comment