Tuesday, October 11, 2011

Cerita MasterChef Aku

Hi,



Eh.. korang suka tak tengok rancangan masak memasak? Yerlah.. asyik tengok Raja Lawak je.. sesekali kita cuci-cucilah mata tengok rancangan MasterChef Malaysia ni. Actually MasterChef Malaysia ni adalah satu rancangan realiti hiburan jugak tau.. Cuma ia berkonsepkan masakan. Kalau kita tengok sekarang pakar-pakar memasak yang hebat-hebat selalunya lelaki kan? Tapi kali ni.. MasterChef Malaysia ni dah round 5 tempat di Malaysia untuk mencari siapakah yang paling master sekali dalam bab-bab memasak ni.


Pada aku rancangan ni memang bagus dan memberi satu kelainan pada program realiti. Yerlah.. kalau tak asik nyanyi-nyanyi.. berlakon-berlakon kan? Kali ni Astro menampilkan sedikit kelainan dengan wujudnya Program MasterChef Malaysia ni. Di tambah pulak, aku memang dari kecik suka tengok rancangan masak-memasak kat TV tu ha.. suka tengok cara Chef perkenalkan bahan-bahan.. then sila masukkan sedikit demi sedikit.. then kacau dengan perlahan.. then bla.. bla.. bla.. Eh.. aku sukalah tengok!

Untuk acara final MasterChef Malaysia ni nanti, seramai 40 peserta yang berbakat dalam memasak telah terpilih untuk bertanding di peringkat akhir nanti. Yang peliknya aku tengok semua peserta ni dari macam-macam bidanglah.. ada pelakon, doktor gigi, pereka grafik, penoreh getah dan pemandu pun ada jugak. Nampak sangatlah tak kira sesiapa pun boleh ada bakat memasak ni kan? Jom tengok senarai 40 peserta yang mempuyai bakat memasak yang terpendam ni..



Dan.. jeng.. jeng.. jeng.. bukan saja pelakon, doktor gigi, pereka grafik, penoreh getah, pemandu tu pun yang boleh memasak tau.. tapi BLOGGER pun ada jugak yang berbakat ok. So.. untuk blogger pun telah dioffer untuk join MasterChef Malaysia ni. So.. ramailah blogger yang pakar-pakar memasak ni telah join. Dan akhirnya.. 10 orang blogger telah berjaya masuk ke peringkat akhir. Oh.. tahniahlah pada 10 orang yang berjaya itu.. lepas ni boleh lah bukak blog masak-memasak yek? Hehe..


Hari tu aku ingat nak join jugak.. tapi bila fikir balik macam tak payah lah kot. Bukan apa.. takut nanti aku masak sepinggan tu tak cukup pulak bila semua dah mintak siap ada yang merayu nak order bagai kan. Haha.. Tapi lah kan.. terfikir jugak.. kalau aku masuk lah MasterChef Malaysia ni.. aku rasa aku nak masak Ketam Masak Lemak Cili Api. Uh.. sodapnyalah kan??


Lepastu aku boleh posing kat dapur dengan bahan-bahan masakan macam ni kan? Uh.. terujanya! Yang lagi bestnya.. mesti aku boleh posing sambil pegang Ketam Masak Lemak Cili Api tu dekat banner MasterChef Malaysia ni kan? Uh.. syoknya!!

So.. kesimpulannya aku rasa MasterChef Malaysia ni adalah fenomena baru dan hangat lah untuk para Blogger berentap. Daripada asik berceloteh sambil tekan keyboard.. now.. berceloteh sambil pegang senduk. Uh.. kelasss!!! Tak sabar aku nak tengok rancangan MasterChef Malaysia ni start nanti. Segala details berkaitan program ini boleh lah tengok kat bawah ni yek :

Program title – MasterChef Malaysia

  • MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)

Mengenai entry ini :-


Ianya di tulis oleh blogger Madammondoq. Seorang ibu muda yang senantiasa ceria dalam berblogging. Banyak menganjurkan contest yang gempak-gempak. Temui beliau di www.madammondoq.com

Terima kasih di ucapkan.

2 comments :

- zuriey - said...

ciklily dapat gak ke masterchef blogger ni..

transformed housewife said...

tak sabar nak tengok MAsterChef Malaysia ni.