Saturday, August 27, 2011

Saya Ingin Sertai ‘My Selangor Story 2011’

Hi Korang,

Rasanya ramai bloggers yang tertunggu-tunggu kehadiran pertandingan ‘My Selangor Story’ yang akan di adakan tidak lama lagi. Saya juga begitu teruja sekali dengan pertandingan ini.


‘My Selangor Story’ ini merupakan pertandingan tahunan yang di anjurkan oleh Tourism Selangor dengan kerjasama beberapa badan korporat yang sudi menjadi penaja untuk pertandingan kali ini.

Peta_negeri_selangor

Pertandingan ini di buka kepada bloggers dari Malaysia dan juga dari Singapura, Indonesia dan juga Thailand. Panel dari ‘My Selangor Story’ akan memilih 30 peserta dari 4 negara tersebut untuk mengembara seluruh negeri Selangor selama 5 hari 4 malam bermula dari 28hb September 2011 hingga ke 2hb Oktober 2011. Sepanjang pergembaraan ini, para bloggers di kehendaki menulis dan juga membuat video mengenai segala bentuk kegiatan yang di lakukan di blog masing-masing untuk di kongsikan dengan pembaca mereka.

Kenapa Saya Ingin Sertai ‘ My Selangor Story 2011’ ?

Setelah membaca pelbagai kenangan manis pahit para peserta yang menyertai MSS 2010, saya telah menyimpan angan-angan untuk menyertai pertandingan ini sejak dari tahun lepas lagi.


Saya rasakan pertandingan ini mencabar saya untuk berfikir ‘out of box’ dari kotak pemikiran saya. Selalunya saya menulis mengikut emosi dan perasaan dan kali ini saya dikehendaki menulis mengikut fakta yang disediakan.

Walaupun saya tinggal di Selangor tetapi saya belum pernah lagi berkunjung ke daerah-daerah di seluruh negeri Selangor. Dengan ini saya dapat lebih mengenali mendalam lagi tempat bersejarah, budaya, tempat peranginan, pantainya, tempat makan yang sedap di dalam negeri yang saya tinggal sejak 3 tahun lepas ini.

paya indah wetlands
Paya Indah Wetlands, salah satu tempat rekreasi di Negeri Selangor

Bagi saya, ianya bukan sekadar pertandingan biasa tetapi ia lebih merupakan percutian pengembaraan yang di taja sepenuhnya untuk mengenali lebih dekat lagi mengenai Negeri Selangor ini. Melalui pertandingan ini juga, saya dapat menjallinkan persahabatan dengan lebih erat lagi dengan para bloggers dari negara lain.




Semoga saya terpilih ke Top 30 untuk pertandingan ‘My Selangor Story’ bagi 2011. Di harapkan kengkawan bloggers yang lain sudi menyokong saya untuk pertandingan ini.

Untuk info lebih lanjut mengenai pertandingan ini:

8 comments :

Myvitrd said...

join jgn tak join nanti boleh bersaing dengan mat tiger.. hehehe

hazman aka species1980 said...

harap2 ko dapat terpilih la yea...aku rasa nak apply gak tapi kena cuti panjang tue....akan difikirkan...

kak ina kl said...

good luck...rasa cam nak masuk gaklah..
klu byk biskut oreo tu boleh derma kepada ketua dan geng tali barut

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Go CLP GO!!!
Hang sure terpilih punya lah! hang blogger aggresiv.. hehehe

dok pikiaq nak pi masok ke idak.. eheheh~

JAI said...

Cayalah ciklily..All the Best Semoga terpilih

SHILAZIZI said...

dah vote!! boleh menang ni.. Malaysia terbaiklah!!!

Geng Borak said...

no worries.. aku dah vote!!!
shakiddo.com

Ester said...

Salam kenal :)
Berharap bisa sama2 pergi kesana :)
Good luck :)
anyway....hobby potografi yah :)