Hi Korang,
Malam tadi sempat jugaklah pi tengok premiere screening 'SUPER 8' kat TGV Klcc kan. Ala Nuffnang yang bagi. Nak mintak dengan orang lain tak dapek lah kan.
Dah lah hujan on the way ke KL kan di tambah plak dengan jem lagi. Mr Big seronoklah dapatlah dia tidur kan. Ktorg kalau ada aktiviti memalam ni aku yang jadi driver coz dia memang letih nak drive kecuali kalau aku x larat nak bawak.
Sesampai amik tiket dulu. Hampir x jumpa kaunter Nuffnang coz orang lain yang jaga. Nasib baik nampak button NN tu, terus je beratur. Dah tiket seat cantik plak. Then terus je ktorg pi makan. Ala kat food court atas tu je coz rindu nak makan fried wantan. Hah sekali order 2 mee kari tambah kerang dengan fried wantan sepinggan. Terus makan tak ingat kan.
Kemudian pi TGV balik, mak oi ramai gila orang. Aku memang x pernah lagi dapat screening kat Klcc ni. Itu yang cam terperanjat jugak kan. Sampai nak usha2 blogger yang aku kenal pun tak nampak. On the way masuk tu terjumpa Jamar. Borak jap then masuk. Korang nak tau seat aku D13 & 14, so confirm atas kan. Tup-tup kat bawah plak. Rupanya system numbernya terbalik. Angin lah kejap aku. Mana tak nya 4 baris dari depan. Tak ke sakit hati ko, bila collect tiket bukan main awal but dapat seat depan, jahanam geram betul. Malas nak argue banyak ktorg pun duduk lah.
Once dah duduk tu, tak de rasa depan sangat. Cam just nice jelah. Bila wayang start, dapat tengok clear gila movie nie. Nampak dekat betul pelakon citer nie.
Dah, penat membebel nie, layan sinopsis SUPER 8 nie ek
Ia mengisahkan perlanggaran keretapi Tentera US dengan sebijik truck di sebuah pekan di namakan 'Lilian' dan pelanggaran itu di saksikan oleh sekumpulan remaja yang sedang membuat pengambaran filem untuk projeck sekolah mereka. Bermula dari situ pelbagai kejadian aneh yang berlaku di pekan tersebut sehingga seluruh penduduk terpaksa di pindahkan ke tempat yang selamat.
Seorang daripada remaja yang menyaksikan perlanggaran tersebut sedaya upaya cuba untuk menyelesaikan apakah misteri yang terdapat di dalam keretapi tersebut sehinggakan pihak tentera US menghalang pihak polis 'Lilian' membantu dalam kes ini.
Apakah yang ada dalam keretapi tersebut? Alah baik korang tengok sendiri lah. Bestttt
Bagi aku citer ni best. Sound effect memang sangat mantap. Terbaek wok!. Memula je aku dah terperanjat2 okeh. Jalan citer simple senang nak faham. Yelah citer pengembaraan remaja, pasal family, kasih sayang, part kelakar pun ada memang simple lah.
Mr Big cakap rating untuk movie ni 3/5 but sound system 5/5. So sesapa yang sakit jantung ke, mudah lemah semangat ke baik bawah ubat semasa menonton tau.
Seronok gak sekali sekala tengok citer cam ni kan, at least jantung aku leh exercise sket.. hehehehe
9 comments :
wahhh mmg plan nak tgk citer ni..bleh redeem tiket besday...hehehe
kitorang tgk esok kat Pavilion. dah lama tunggu movie nie. sejak thn lps!
xdapek la aku ngajak adam nengok citer berat mcm ni kat cinema
@kancilbiru
hah best tu tiket freee
@liz
uit lama tu tunggu, sesuai utk bebudak citer nie
@belle
aku rasa lil adam yg tertidur bile kat panggung kan
aini dpt jgk tiket ni dari nuffnang,tpi xdpt pergi so pass kat mmber,.sadis btol!!(T___T)
hahahaa....aku pun dah terkena masa tengok screening dylan dog aritu.... TGV punya seat terbalik kot aturannya.....
eh ko satu hall dgn aku ker smlm? aku tgv yg ajak
Post a Comment