Friday, January 29, 2010

Tender Oh Tender

Bile tender datang cam nie lah rupa opis aku tau.

Sekarang nie tengah sibuk pasal project Jotun kat Nilai, so banyak tender keluar untuk bagi kat subcon. Semua orang sibuk termasuk gak lah aku yang paling sibuk sekali tau. Sebab kerja-kerja yang memerlukan komunikasi nie kenalah bagi kat aku. Keje deal2 dengan orang2 nie, diorg suke bagi kat aku coz aku nie suker bercakap... khakahkahkahakhakha.. sambil suker gelak.

Mintak2 lah boleh settle sebelom weekend nie, kalau tak... aku kene wel-wel sambil bawak kavadi dalam opis je nanti....

p/s : takut kene cucuk, korang takut tak?

Thursday, January 28, 2010

FuhyooFM - Menarik


FuhyooFM, Korang penah dengar ke?

Dah lama aku perasan pasal  web nie. Dan dah beberapa kali aku cube bukak tapi tak leh, al maklumlah ntah berapa lapis agaknya server opis aku nie pasang firewall.

Tup-tup pagi tadi, sambil buat keje tetiba, aku teringat nak try bukak lagi sekali. Uisk! tetiba leh bukak plak. Wah ini sudah menarik nie. Bile aku dengar lagu2 diorg nie up to date gak. Lagu lelama pun ade gak.Tapi yg paling penting kurang buffering okeh!. itu yang aku suke tuh.

So apa lagi berdondang sayang lah aku kat opis aku nie sambil buat keje sambil melalak2 menyanyi. Nasib baik bilik aku nie bertutup kalau tak naya siot!

p/s : aku suke melalak2 nie, korang suke ke? Nak challenge? Jom Kotak Merah nak?

Wednesday, January 27, 2010

Di Waktu Panas Begini

Cube tengok cuaca kat luar?

Cam nie punya panas kan? Uisk leh rasa terbakar je bila jalan bawah panas nie.

Tapi kan, bile pekena nie dan ini, trus hilang rasa panas tu kan. Hah itulah manelah nak dapat bende2 cam nie time nie ek?

p/s sedapnya dpt makan nie,sejuk tekak

Kelab Diet Mr Bam



Aku bloghopping malam tadi dan aku terjumpe blog Mr Bam Nie

So aku rasa baik aku join kelab nie, at least ade gak geng untuk kuruskan badan ye tak? Ala cuba je, mane tau leh kurus sket kan.

Cara menjadi ahli Kelab Diet Mr Bam


1. Follow blog Mr Bam - DONE
kenapa kena follow..Mr Bam akan selalu update blog dan tiap bulan akan mintak feedback, berat latest dari ahli kelab, so kalau anda tak mau follow, make sure anda letak link di blog anda utk memudahkan anda mengetahui entry baru yang diupdate oleh Mr bam ye:)..

Pic taken - Dec 2009

2. Buat satu entry pada blog anda (tajuk Kelab Diet Mr Bam)-tak perlu sticky post - DONE
    Latest photo - DONE
    Nickname - CIK LILY PUTIH
    Berat badan - 87kg (ari-ari timbang tau)
    Ketinggian - 155cm

   Tulis juga target berapa kg yg anda nak turunkan dalam tempoh 3bulan - 60kg (kalau boleh)
   Nyatakan anda adalah pengguna Jus Mate 5 atau bukan pengguna Jus Mate 5 - Bukan JusMate User

   Copy gambar kelab Mr Bam kat atas, paste di entry anda dan link kan gambar itu ke entry ini--    http://mrbam5.blogspot.com/2010/01/kelab-diet-mr-bam-2010.html
    Letak link blog anda di ruangan komen dalam post ini. - DONE
Contoh entry, sila klik link Mrs Bam. Mrs Bam adalah peserta kelab yg pertama:)..tapi eliminated sebab dia pegnen skang:)..
3. Jika anda tidak mempunyai blog, boleh email/fb Mr Bam gambar/berat/tinggi/target anda.

Syarat2 menyertai Kelab Diet Mr Bam:
1. Jujur dan ikhlas - JUJUR

2. Tergolong dalam kategori overweight (BMI >25) dan obesiti (BMI>30) - anda bleh gunakan gadget di sidebar blog ini utk mengira bmi  - 36.2, CONSIDER OBESE

2.5 Atas permintaan ramai, Mr Bam membuka pintu Kelab Diet Mr Bam ini kepada mereka yang memiliki BMI normal yang mempunyai kesedaran utk maintain berat badan dan kekal sihat:)..

3. Ingin menurunkan berat badanSenang je kan? Cepat join Kelab Diet Mr Bam skang..Mr Bam akan meminta ahli kelab utk update berat anda setiap bulan melalui blog/fb dan The Biggest Loser untuk bulan itu akan diumumkan:)

Hadiahnya berbentuk topup kepada pemenang setiap bulan manakala hadiah Jus Mate 5 sekotak kepada The Biggest Loser selepas setahun..Mr Bam harap ramai yang akan menyertai Kelab ini, untuk membantu diri kita sendiri utk menguruskan badan demi fizikal yg lebih menarik dan hidup yang lebih sihat.

Senarai ahli kelab akan diletakkan di sticky post Mr Bam. Kepada sesiapa yg berinteraksi dgn Mr Bam boleh gunakan chat box, email, ym atau di facebook. Sebarang cadangan atau komen amat dialu-alukan..Sapa2 yg nak menggunakan Jus mate 5 boleh cepat2 dapatkan dari Mr Bam.
 
p/s : jgn gelakkan aku okeh! aku nak kurus nie tau!

Tuesday, January 26, 2010

Saya Nak Cuti - Bangkok


Aku ingin ke Kota yang digelarkan 'City Of Angels' iaitu Bangkok, Thailand.

Ramai orang kata segala-galanya boleh di dapati di kota ini, baik dari segi makanan, pusat pelancongan, hiburan dan sebagainya. Jadi aku mencalonkan diri aku sendiri untuk kesini.


Jadi aku ingin ke kota Bangkok ini untuk menikmati segala-gala yang diceritakan oleh mereka ini. Aku ingin melawat salah satu daripada kuil-kuil yang tersergam indah di bandar ini, ada lebih kurang 400 buah kuil di sekitar Bangkok ini. Aku juga ingin menyusuri Sungai Chao Phraya sambil menikmati keindahan kota Bangkok ini dan singgah di Grand Palace,Wat Pho and Wat Arun sampai terus ke Old Bangkok untuk melihat perkampungan terapung.


Aku juga ingin ke pasar harian sambil menaiki tuk-tuk yang menjual haiwan-haiwan pelik yang dijadikan makanan ruji, sambil itu aku ingin membeli belah di Patpong Night Market dan juga di Chatuchak Weekend Market, mereka kata banyak yang menarik di sana.


Tak ketinggalan juga, aku ingin melihat pertunjukan budaya, cabaret show, thai boxing dan merasai thai spa yang terbaik sekali di Kota Bangkok ini.

Tapi mr Big tak nak ke sini. Tahun lepas aku hampir-hampir ke sini, tapi disebabkan mr Big kata susah nak makan, maka terbatal lah niatku ini kemari. Dan kali ini aku ingin mencuba nasib didalam peraduan Saya Nak Cuti anjuran MasTraveller nie.


Selain korang masuk untuk diri sendiri, kalaulah korang berhajat nak mak/bapak/sedara-mara/good frens korang pergi bercuti, boleh jer buat karangan kenapa calon korang tu kena pegi melancong. Apa yang penting kena submit sebelum 31 Januari ya!!


p/s : mintak2 la dapat yer.. tak sabo nie tak pegi

KudaKu Lari Gagah Berani


Aku dan kuda? Ishk korang nie tak caya ke?
Tengok nie..

Terrer kan aku naik kuda?

Bangga siot aku bile dapat naik kuda. Sebab ape aku bangga? Yelah tengoklah badan aku yg besau cam gajah nie kan bole naik kuda.


Masa nie ktorg kat Eagle Ranch Resort tengah bercuti memadu asmara nie. Petang pas bangun dari tido tak tau nak buat ape so ktorg jejlnlah kat dalam resort nie then ternampaklah horse riding center nie.

Memula mr Big x kasi aku naik kuda tuh coz risau gak takut kuda tu patah tulang dia nanti tapi setelah di yakinkan oleh in house trainer tuh, merasa gak lah aku naik kuda nie. Nama kuda nie Ummi, kuda betina tu. Memula nak naik tu, aku seram2 gak maklumlah takut kuda tu melenting je. Then the trainer cakap, bila dah duduk atas saddle tu, lembutkan badan dan ikut gerak gaya rythm kuda tu jalan pas tu semua berjalan lancar.


Untuk 1st round tu, dalam hati memang seram gak lah, then follow je apa yang trainer tu cakap then ok, for 2nd round plak, trainer tu tak yah pegang pun tali tu, coz aku dah leh tunggang sendiri. Uisk bangga sesangatlah dalam hati nie. Setelah beberapa kali round nampak aku dah serasi dgn kuda nie, bila trainer ckp nak belajar berlari anak dgn kuda  tak? Aku cakap nantilah dulu, aku lom biasa lagi. Later2 lah ye..


Walau apa pun, pengalaman naik kuda amat menyeronokkan. Dan nampaknya mr Big kene pegi carikan tempat belajar tunggang kuda kat our area nie untuk aku. khakhakhakhahkahk... tak kira nak gak...

Monday, January 25, 2010

Token Dari LittleMama..


Ini adalah sebahagian goodies bag yang aku dapat masa event semalam..Banyak gak kan.


Ambassador pun dpt gak token dari LittleMama sempena MBP 1st Gathering nie.


Tak sangka ade gak habuan untuk ktorg nie.Walaupun tak dapat bag dari Gin & Jacqie tapi aku dapat camera pouch pun dah kira okeh. Ade gak fridge magnet & bookmark.

TQVM, Little Mama

Bila Bersua

Pertemuan ini tidak dirancang. Ia berlaku secara tiba-tiba. WangsaWalk menjadi saksi.

Bile berjumpa, inilah yang terjadi melepak di kedai kopi disepanjang petang.


Apa-apa pun aku sayang kamu semua.

Aku & MBP 1st Anniversary Gathering


Ermm awesome event!


A Big thank you kepada K Ros selaku founder of MBP, the 5 crazy ambassadors Hanz, Nia, Jiji, Juan termasuk aku and 6 helpful comitee AdD, Nini, IlaFidTifa dan Lyna.

Aku tak leh nak menulis ape lagi mengenai event nie, keletihan semalam belom abis lagi sebenarnya tapi disebabkan ade keje pasal project baru nie aku kene gak datang opis huhuhuhu... lenguh segala anggota tubuh badan lom abis lagi nie.

What a wonderful event, semua MBP members tersangat sporting, memberikan kerjasama yang baik sekali. Bile suruh register, diorg register, bile suruh amik gambo, lagi diorg suka,bile suruh makan,berpinggan2 diorg tambah, bile suruh join main game, berlari2 ke arah aku untuk meregisterkan diri dan ahli keluarga mereka.


Berkenalan dengan mereka semua amat menyeronokkan, aku langsung tak leh nak cam muka2 mereka, tapi mereka2 menegur aku macam dah kenal lama.


Mengacarakan permainan/telematch untuk mereka sungguh mencabar sekali, bercakap menggunakan mic beso tu pengalaman yang mengerikan sebab tetiba aku leh jadi kepoh sekali, bercakap bercakap dan terus bercakap tanpa henti. Baik ibu,ayah,anak memberikan sokongan yang bagus sekali. Mendengar arahan dengan teliti tanpa sebarang masalah.


Terima kasih diucapkan dari kami Lily + mr Big kepada semua yang hadir pada event yang best, semoga berjumpe lagi di next gathering (kalau aku jadi ambassador lagi lah kan hehehehhehe...)

p/s camera buat hal, nasib baik dah transfer gambo kat K Ros, nanti nak 1 copy ek

Friday, January 22, 2010

Tolong!Cari Rumah Sewa


Yelah, aku tengah cari apartment for rent untuk kawan aku Wan nie.


Wan yang mane? ala Wan yg nie lah. Ezuan anak si sdfkfgkjgkfjgk tulah


KL? bukan lah luar dari KL. Tapi di sini. Disebabkan dia tak pandai area nie, dia paksa aku + mr Big ikut dia esok.

So jawabnya terpaksalah aku bangun awal esok coz kul 8am dia datang amik ktorg kat umah.
Ohh tidakkkk!!!!

Thursday, January 21, 2010

HatiKu Pecah!

Aku memang tak suke menulis bab-bab pasal emo nie. Aku takut bile aku menulis mengenai hal nie, banyak hati yang terluka. Especially bagi kedua2 belah family aku & family mr Big.


Sebenarnya banyak benda yang kalau boleh aku nak ceritakan berkaitan hati & perasaan nie. Selama nie orang mesti ingat aku nie sentiasa happy & senang, gelak ketawa setiap masa kan tapi sebenarnya segala duka, kesusahan, kepayahan aku simpan dalam hati aku sendiri. Bukan apa, aku tak berapa suke untuk berkongsi hal2 berkaitan kesedihan, kelukaan, kedukaan dengan orang lain even dengan mr Big sekali pun.
Bagi aku perkara2 sebegini harus diselesaikan sendiri bukan dengan bantuan orang lain, kerana kesedihan, kelukaan ini datangnya dari aku sendiri maka aku haruslah menyelesaikannya sendiri.
Tapi dalam soal anak/pregnant nie, aku tak boleh tahan sabar lagi coz aku memang amat sensitif. Kalau yang menyindir tu kengkawan aku & mr Big tu, aku tak kisah sangatlah. Ini orang2 yang paling ku sayangi dan hormati. Aku memang tak sangka mereka2 ini sanggup memburuk2kan sambil memerli aku & mr Big depan orang ramai. Kalau korang kat tempat aku, apa yang korang rasa? Sakit hati kan!. Kalau tak kenangkan mereka2 nie adalah saudara rapat ktorang berdua, dah lama rasanya aku sepak terajang diorg nie.
Mak adalah penawar bagi segala penderitaan aku nie, dia selalu suruh aku bersabar banyak2 mengenai hal nie. Ayah juga tak pernah mengungkit hal nie. Diorg faham belum ade rezeki lagi, nak buat cam ne kan.
Untuk mengelakkan pertegangan urat, pertelingkahan, perselisihan faham mengenai hal nie. Kalau korang perasan, majoriti entries yang aku tulis langsung tak berkaitan dengan families kann? Sebab ktorang jarang join event2 yang membabitkan saudara mara terdekat. Eventho dijemput sebagai tetamu khas sekali pun ktorg tak akan pergi. Bukan buang saudara tapi biarlah kami dengan cara hidup kami sendiri.
Wahai saudara mara ku sekalian, jika korang terbaca entry nie ( aku tau ade cousin2 aku baca as silent reader) diharapkan jangan berkecil hati dengan tindakan aku nie. Sebab bukan aku yang mulakan dulu, korang semua yang cari pasal kann!

p/s : korang ingat aku tak de hati ke hah!!!

Hadiah Dr Seberang Laut

Ooi jauh tu hadiah datang, dari seberang laut naik kapal terbang lagi tau. Hah itulah dia orang lain yang pergi bercuti, aku yang untung. Nak tau sebab aper? Mesti diorg nie belikan favourite aku fridge magnet.


2 ari lepas aku jumpe geng 3 sekawan. Wida,Wan & Aerian. Diorg nie adalah good frens aku masa aku kat Inai dulu. Evntho ktorg dah keje lelain company, tapi hang out selalu gak lah.


So Wida nie bagi aku nie, trip dia pegi Phuket dengan kengkawan dia


Wan plak bagi aku nie, trip dia pegi London dengan cousin2 dia.

Si Aerian bawak ktorg jejln naik kete baru dia, alamak gambo kete baru dia lupe nak amik plak.

Diorg nie memang kaki berjalan, tiap-tiap 2-3 kali dalam setahun pegi oversea bercuti.Maklumlah anak2 orang kaya kan. Ops! terlebih sudah, kang aku kene pukul plak bukak tembelang diorg nie.


Then opismate aku Ms Lai bagi aku nie plak, trip dia pegi Cambodia dengan kengkawan dia gak.


So semua nie aku letakkan di sinilah, dimana? kat fridge umah aku la dol!tak kan kat umah korang plak kan..

Wednesday, January 20, 2010

Astro Byond Bloggers Nite


ermm aku rasa akulah yang paling last update pasal event nie. aku tengok geng2 bloggers lain dah buat pun entry pasal nie, cume aku je yang belom. Korang tau pasal ape? Pasal gambo2 yg aku amik ari tu dr camera aku, ntah cam ne aku boleh terdelete. Bongok kan! Dah lah nak amik gambo punyalah susah dengan senang ati aku leh boleh delete plak. Uisk! sesuatu perkara yang amat bodoh sekali dapat aku katakanlah.

Nasib baik lah my hero, Daydeck86 email gambo kat aku dan aku cilok dr beberapa blogger lain. Credit kat korang tau.

Ceriteranya berbunyi begini :-


Pada 13hb Januari lepas bersamaan Rabu malam, aku dengan terkocoh-kocohnya dari opis di Cyberjaya trus ke Modestos Seri Hartamas. Korang tau aku sampai kul berape? Kul 6pm tau tak, pukul 6. Korang jangan nak gelakkan aku plak, actually aku takut jem & lambat sampai. Sampai staff nuffnang cakap akulah orang yang paling awal sampai. Sementara nak tunggu kul 7.30pm, aku lepak kat KFC sambil berwiffi di situ.


So around 7.15pm aku check in kat Rain Club lobby. Pas check2 nama, dapat lah goodies dari astro. Pas tu plak kene tulis resolution aku untuk tahun baru nie. Masuk2 gelap, banyak plak tv2 kat stage tuh, dah lah aku tak kenal sesape, nasib baik ternampak K Ina KL & Aus. So tegurlah diorg nie pas tu trus duduk semeja. Then datang plak Amy, Daydeck and Byzura. Lepaklah ktorg semeja sekali. Borak punya borak datang lagi plak, Bean, Matjoe,Tini, Jard. So penuhla meja ktorg nie. Yang borak ade, yg tukar2 url, yg camwhore, pendek kata mcm2lah yg dibuat sementara tunggu opening ceremony nie.


Rupanyer malam tu, ktorg nie diantara 200 bloggers yang diberi peluang 1st time tengok Astro Byond HD commercial adv nie. Seronok gak lah sangat, kagum pun ade, bangga pun ade gak lah. MC for the event is Aanont Wathanasin ala host Deal or No deal gameshow tulah.


Pas tu COO Astro Byond, Mr Henry Tan bagi speech everything pasal Astro Byond nie, bile dia bagitau itu ini then barulah aku faham apa dia Astro Byond nie. Pas tu plak ktorg dipertontonkan buat pertama kali nie Astro Byond commercial adv nie, lebih kurang 2.30minit mulut aku ternganga gak lah. Siap diorg repeat for 2nd time lagi. Pas tu plak ade slot for top bloggers, diorg pun dah masuk dalam Astro Byond HD nie tau.


Ermm makan time, nasib baik meja yang ktorg dekat dengan buffet table. So k ina KL cakap baik cepat, nanti ramai so tanpa berfikir panjang straightlah ktorg beratur reramai sekali semeja. Makanan not bad, menu western, simple tapi sedap oooo. Sambil makan nie, sempat lagi borak2, amik2 gambo makanan plak.


MC announce ada game plak pas makan, so dia nak 20 groups consists of 5 bloggers. So cepat2 aku ajak Daydeck, Bean, Aus, Matjoe bagi nama kat MC. Berebut2 lah ktorg dengan orang2 lain kat stage yg sempit tuh.
Ktorg diberi task untuk menyelesaikan misteri pembunuhan yg berlaku kat situ. So berusahalah ktorg nie utk selesaikan kes nie. Yang menyangkung ade, yg menelek ade, yg amik2 gambo, yang tukang pegang pen & kertas ade akulah tu hehehe. Last team lain iaitu Team Kenny menang dulu. Actually susah gak tau nak cari jawapannya, sebab ape susah, sebab hadiahnya adalah Astro B.yond set, a 32" LG HDTV plus a one year subscription to Astro B.yond until December 2010. Ala kalau korang nak main game nie, korang masuk je kat facebook astro, dalam tu semua details ade.



So event dah abis, tapi ktorg tak balik lagi tau. Sibuk bergambo2 beramai, bergambo dengan top bloggers such as GTO, Fara,  Redmummy , Nara dan lelain lagi lah. Tak lupa gak ktorg bergambo reramai kat luar Modesto's, sampai sesape je yang lalu situ, semua pandang dan senyum kat ktorg.



Memang happy la malam tu. Thank to Nuffnang and Astro.