Wednesday, August 19, 2026

Madam Kwan’s Meraikan Legasi Kepercayaan dan Keenakan Rasa dengan Dua Pencapaian Penting

Hi Semua,

Siapa tak kenal dengan jenama Madam Kwan ni kan!


Sebut sahaja Madam Kwan's, ramai rakyat Malaysia membayangkan wanita kulinari istimewa di sebalik jenama ini. Berkaca mata besar, bertopi comel dan tersenyum ceria, di sisi hidangan kegemaran yang disediakan dengan penuh kasih sayang hasil nukilan resipi yang tidak lapuk ditelan zaman. Daripada resipi istimewanya, Nasi Lemak dan Char Kway Teow kepada sajian ikonik Nasi Bojari, restoran ini memiliki reputasi dalam menyediakan hidangan kegemaran rakyat Malaysia yang terkenal dalam kalangan pelbagai generasi dan menjadi pilihan ramai sejak penubuhannya pada tahun 1999.

Kini, jenama restoran tempatan ini meraikan dua pencapaian penting yang mencerminkan warisan yang dibina berasaskan keenakan rasa dan kepercayaan bertahun-tahun lamanya. Ia bukan sahaja menandakan pengiktirafan nasional oleh Malaysia Book of Records menerusi hidangan ikonik Nasi Bojari Madam Kwan’s, tetapi juga komitmen berterusan jenama berkenaan terhadap kualiti dan jaminan melalui pencapaian pensijilan Halal JAKIM di semua restorannya.

Ciptaan air tangan Puan Kwan Swee Lian sendiri, Nasi Bojari terus menjadi hidangan istimewa sejak penubuhan restoran tersebut. Diilhamkan daripada resipi gaya diraja, hidangan enak ini mengetengahkan nasi tiga warna yang harum, berserta lauk-pauk iaitu paha ayam goreng, udang assam, rendang daging lembut dan telur rebus. Hidangan ini sudah menjadi salah satu ciptaan Madam Kwan’s yang paling dikenali dan pilihan yang digemari pengunjung daripada pelbagai generasi.

Baru-baru ini kak lily sempat menghadiri majlis pengiktirafan anugerah kepada jenama Madam Kwan’s di salah satu restorannya di ibukota Kuala Lumpur.


Bagi mengiktiraf popularitinya yang berterusan, Madam Kwan’s menerima anugerah daripada Malaysia Book of Records untuk "Nasi Bojari yang Paling Banyak Terjual Dalam Setahun", yang mencatatkan jualan sebanyak 245,362 hidangan di seluruh negara.


Anugerah berkenaan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Book of Records, Christopher Wong kepada Ketua Pegawai Eksekutif Madam Kwan's, Datin Maureen Ooi, bersama pengasas Datuk Rudy Foo dan empunya nama restoran berkenaan, Puan Kwan Swee Lian berusia 92 tahun, yang membuat penampilan istimewa pada majlis keraian pencapaian terbaharu jenama tersebut.


Majlis berkenaan turut meraikan satu lagi pencapaian penting iaitu, sebagai tambahan kepada dapur utamanya, sebanyak 17 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia sudah memperoleh pensijilan Halal JAKIM dengan cawangan baharunya di AEON Tebrau, Johor dijangka akan melengkapkan pensijilan terbabit dalam masa terdekat.


Pensijilan itu mengukuhkan komitmen jenama berkenaan untuk menyediakan bahan-bahan halal yang berkualiti, prosedur pengendalian yang tepat dan piawaian kebersihan yang ketat sepanjang operasinya. Ini sekali gus memberi keyakinan yang tinggi setiap kali pengunjung menjamu selera di Madam Kwan's.

Datin Maureen Ooi, Ketua Pegawai Eksekutif Madam Kwan's, berkata, "Majlis keraian hari ini melangkaui dua pencapaian berkenaan. Ia menggambarkan perjalanan Madam Kwan's yang dikongsi bersama rakyat Malaysia selama hampir tiga dekad. Pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records ini merupakan bukti sajian kegemaran sekian lama iaitu hidangan istimewa kami, Nasi Bojari, manakala pensijilan Halal JAKIM pula mengukuhkan keyakinan para pelanggan terhadap kami setiap hari. Semua pencapaian ini mencerminkan perjuangan Madam Kwan’s iaitu, legasi kepercayaan dan keenakan rasa sajian kegemaran rakyat Malaysia yang terhasil melalui keaslian, konsistensi dan komitmen tanpa kompromi terhadap kualiti."

Dibangunkan daripada warisan kulinari yang diasaskan oleh Puan Kwan Swee Lian, jenama ini berkembang daripada sebuah restoran kepada jenama tempatan terkenal dengan 20 cawangan di seluruh negara serta perancangan untuk mengembangkan perniagaan ini di masa hadapan. Di bawah kepimpinan anak lelaki dan pengasas jenama ini, Datuk Rudy Foo dan isterinya, Datin Maureen Ooi, Madam Kwan's terus menerima perubahan gaya hidup pengguna menerusi perkhidmatan penghantaran makanan dan pengembangan rangkaian peruncitan yang merangkumi pes makanan istimewa, snek dan minuman segera pra campuran, sekali gus membawakan keenakan rasa sajian Madam Kwan's ke rumah di seluruh Malaysia.


Ooi menambah, "Sejak awal lagi, Madam Kwan’s percaya bahawa makanan yang baik akan menyatukan kita semua. Menu kami menggambarkan khazanah warisan kulinari rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, resipinya disediakan dari hati dan disajikan dengan penuh keikhlasan. Meskipun kami terus berkembang, matlamat kami tetap tidak berubah – untuk memelihara rasa asli yang digemari oleh rakyat Malaysia dan mewujudkan ruang makan yang selesa di mana setiap orang boleh datang berkunjung untuk menikmati sajian makanan Malaysia yang sebenar."

Sudah semestinya kak lily berpeluang merasai sendiri Nasi Bojari yang terkenal dengan keenakkannya yang tersendiri merupakan hidangan khas ciptaan Madam Kwan’s yang diinspirasikan daripada resipi gaya diraja (royal-style recipe). Ia terkenal dengan nasi tiga warna yang dihidangkan bersama ayam goreng, rendang daging, udang asam dan telur rebus dan ianya adalah hidangan berinspirasikan masakan diraja Melayu/Nusantara yang telah dipopularkan oleh Madam Kwan's

Bagi meraikan dua pencapaian penting ini, Madam Kwan's turut melancarkan promosi makan di restoran yang memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000. Selama tiga bulan bermula pada September ini, orang ramai boleh mengunjungi mana-mana cawangan Madam Kwan's di Semenanjung Malaysia untuk menyertai promosi ini sambil menikmati hidangan kegemaran istimewa rakyat Malaysia di restoran ini.

Oh ya, kini korang boleh dapatkan pelbagai produk keluaran Madam Kwan’s di setiap restoran Madam Kwan’s dan juga secara online di platform Shoppee.




Di antara produk-produknya seperti Curry Paste, Rendang Paste, Curry Laksa Paste, Char Kway Teow Sauce, Sambal Belacan Paste, Keropok Ubi Kayu, Otak-Otak Crackers, Instant White Coffee. Instant Teh Tarik, Instant Black Coffee dan pelbagai lagik.

Madam Kwan’s ialah pilihan yang dipercayai untuk menikmati masakan Malaysia autentik, menawarkan hidangan yang lazat, kualiti yang konsisten, tahap kebersihan yang tinggi serta suasana yang mesra dan selesa pada setiap kunjungan.


Nanti jangan lupa follow social media Madam Kwan’s tau..


Facebook : madamkwans
Instagram : madamkwans
Tiktok : madamkwansmy
Youtube : mymadamkwans
XiaoHongShu (RedNote) : 关夫人 Madam Kwans
Kedai Rasmi Shopee: madamkwans


Friday, August 14, 2026

Giant Destina Putrajaya Kini di Buka di Putrajaya Sentral

Hi Semua,

GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. terus memperkukuh kehadirannya dengan pembukaan Giant di Destina Putrajaya, sebuah pasaraya moden yang menggabungkan kemudahan membeli-belah harian, pilihan makanan dan minuman serta perkhidmatan farmasi dan produk kecantikan di satu lokasi strategik yang dihubungkan terus dengan stesen MRT Putrajaya dan KLIA Transit.



Pembukaan ini meneruskan legasi Giant, sebuah nama yang telah lama sinonim dengan pengalaman membeli-belah rakyat Malaysia, dengan komitmen menawarkan nilai melalui strategi “Harga Rendah, Lebih Lama” bagi barangan keperluan harian termasuk hasil segar tempatan dan barangan asas dapur, di samping memperluaskan pengalaman membeli-belah menerusi pilihan sajian dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pengguna moden.


Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., En. Cheah Yong Hock berkata, Giant Destina Putrajaya mencerminkan usaha syarikat untuk terus berkembang seiring dengan perubahan keperluan pelanggan. “Giant Destina Putrajaya menggabungkan nilai yang sinonim dengan Giant dengan pengalaman membeli-belah yang lebih moden dan lengkap. Dengan akses terus kepada rangkaian pengangkutan awam, kami berharap cawangan ini dapat memberikan lebih kemudahan kepada penduduk, penjawat awam, warga kerja serta komuniti komuter di Putrajaya,” katanya.

Majlis pelancaran Giant Destina Putrajaya telah disempurnakan oleh En. Cheah Yong Hock, Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd, Pn. Linda Phang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd, En. Ikhwan Hamzah Azizan, Senior General Manager, KLCC Holdings Group Commercial & Development dan Encik Pardon bin Munawar, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam.



Antara tarikan di Giant Destina Putrajaya ialah pilihan sajian menerusi Uncle Jack Fried Chicken, Sudut Nasi Campur dan Kyojin Sushi, selain Mercato Café & Bakery yang menawarkan kopi, roti sourdough yang dibakar segar serta pilihan pastri. Pelanggan turut mempunyai akses kepada produk kesihatan, penjagaan diri dan kecantikan menerusi MY CHEMIST Hub


Pembukaan Giant Destina Putrajaya turut diraikan bagi menerusi aktiviti bersama pelanggan dan pengguna komuter, penduduk Putrajaya dan warga kerja sekitar Putrajaya melalui pesta “Jalan Jalan Cari Jajan” dari 13 - 31 Ogos 2026 yang menampilkan pelbagai jenis snek kudapan dan minuman yang sering mendapat permintaan tinggi daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Sebagai sebahagian daripada penawaran istimewa Giant kepada pelanggan, Giant juga memperkenalkan penghargaan khusus buat penjawat awam dan pesara bagi rangkaian makanan mereka iaitu Uncle Jack, Mercato Café dan Kyojin Sushi. Inisiatif ini memperlihatkan komitmen Giant dalam menyediakan pengalaman membeli yang lebih bernilai dan menyeluruh kepada pelanggan.

Giant Destina Putrajaya mencerminkan komitmen GCH Retail untuk terus menyediakan pengalaman membeli yang lebih mudah, lengkap dan bernilai kepada pelanggan, selaras dengan keperluan gaya hidup moden kepada penduduk Putrajaya.

Wednesday, August 12, 2026

NASTIA PROJECT: SOUL JOURNEY SATUKAN NASTIA, FYNN JAMAL & AMIR JAHARI

Hi Semua,

Satu Malam, Tiga Jiwa Muzik: Nastia, Fynn Jamal & Amir Jahari Bakal Bersatu di Zepp KLAda konsert yang datang sekadar untuk menghiburkan, tetapi ada juga yang membawa penonton menyelami emosi, kenangan dan kisah kehidupan melalui muzik.

NASTIA PROJECT: SOUL JOURNEY

Bakal berlangsung pada 16 Oktober 2026 di Zepp Kuala Lumpur, Nastia Project: Soul Journey dijangka menjadi sebuah persembahan istimewa buat peminat muzik tempatan apabila kumpulan alternatif rock Nastia tampil bersama dua nama yang cukup sinonim dengan karya penuh jiwa, Fynn Jamal dan Amir Jahari.

NASTIA PROJECT : SOUL JOURNEY

PERJALANAN YANG MENGHUBUNGKAN MUZIK 

Selepas lebih sedekad mewarnai industri muzik tanah air, Nastia memilih konsep Soul Journeysebagai satu perjalanan yang menghubungkan muzik dengan pelbagai sisi kehidupan – daripada harapan dan cinta sehinggalah kehilangan serta kenangan.

Lebih daripada sekadar konsert, persembahan ini direka untuk membawa penonton menyelami setiap cerita yang disampaikan menerusi lagu, susunan muzik dan visual yang dipersembahkan sepanjang malam.

NASTIA, FYNN JAMAL & AMIR JAHARI DALAM SATU PENTAS 

Kehadiran Fynn Jamal dan Amir Jahari menjadi antara tarikan utama Nastia Project: Soul Journey.

Ketiga-tiga nama ini mempunyai identiti muzik tersendiri dan dikenali menerusi karya yang dekat dengan emosi serta pengalaman pendengar. Gabungan mereka di atas satu pentas dijangka memberikan warna berbeza kepada keseluruhan persembahan.

NASTIA PROJECT : SOUL JOURNEY

Peminat juga berpeluang menikmati seleksi lagu-lagu popular Nastia yang telah menemani perjalanan seni kumpulan tersebut, dengan susunan muzik baharu yang disediakan khusus untuk konsep Soul Journey.

Bukan itu sahaja, elemen visual dan produksi turut diberi perhatian bagi mewujudkan pengalaman yang lebih menyeluruh kepada penonton.

SEBUAH PERJALANAN MUZIK YANG SARAT DENGAN EMOSI 

Konsep Soul Journey membawa mesej bahawa setiap lagu mempunyai cerita tersendiri. Menurut pihak penganjur, konsert ini dihasilkan sebagai penghargaan kepada peminat yang terus memberikan sokongan kepada Nastia sejak awal perjalanan mereka dalam industri muzik.

“Soul Journey bukan sekadar sebuah konsert. Ia adalah perjalanan yang menghubungkan muzik dengan jiwa. Setiap lagu membawa kisah, setiap melodi menyimpan kenangan, dan setiap penonton akan menjadi sebahagian daripada perjalanan itu.”

NASTIA PROJECT : SOUL JOURNEY

Pendekatan tersebut menjadikan konsert ini bukan sekadar persembahan pentas, sebaliknya satu pengalaman yang diharapkan mampu mencetuskan kembali memori dan emosi dalam kalangan peminat.

NASTIA PROJECT : SOUL JOURNEY BAKAL JADI KONSERT DINANTIKAN 2026 

Dengan gabungan Nastia, Fynn Jamal dan Amir Jahari, Nastia Project: Soul Journey berpotensi menjadi antara acara muzik yang dinantikan peminat muzik tempatan pada Oktober ini.

NASTIA PROJECT : SOUL JOURNEY

Peminat boleh menjangkakan sebuah malam yang menggabungkan muzik, emosi dan persembahan visual dalam suasana intim di Zepp Kuala Lumpur.

Bagi mereka yang sudah lama mengikuti perjalanan Nastia, konsert ini juga menjadi peluang untuk melihat kembali evolusi muzik kumpulan tersebut dalam sebuah persembahan yang disusun khas.

MAKLUMAT NASTIA PROJECT : SOUL JOURNEY

🎤 Konsert: Nastia Project: Soul Journey
📅 Tarikh: 16 Oktober 2026
📍 Lokasi: Zepp Kuala Lumpur
🎶 Artis: Nastia, Fynn Jamal & Amir Jahari
🎟️ Tiket: Ticket2U

NASTIA PROJECT : SOUL JOURNEY

Peminat yang ingin menyaksikan Nastia Project: Soul Journey disarankan mendapatkan tiket lebih awal menerusi platform rasmi Ticket2U, tertakluk kepada ketersediaan.