Wednesday, May 1, 2024

Jadilah Wanita Yang Mahal - Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana 'Buaya'

Hi Korang,

Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri menitip pesan buat semua wanita agar menjaga darjat serta nilai diri masing-masing dan jangan bergaduh hanya disebabkan seekor 'buaya'.


Beliau berkongsi perkara itu ketika sesi langsung yang diadakan di laman sosial TikTok miliknya @thalia.baiduri malam tadi ketika bersembang bersama pengikutnya.

Pelakon drama Cinta Dalam Hati bergandingan bersama dengan Remy Ishak itu berharap golongan wanita menjaga maruah mereka dalam setiap tindakan yang dibuat.

"Sebagai orang yang pernah dalam industri dan saya juga seorang wanita saya harap tak payah kita bergaduh untuk satu buaya atau kumbang. Wanita kena jaga value awak, awak semua cantik, kenape kita nak gaduh sesama kita wanita dan buka aib sana buka aib sini. Macam rendah sangat darjat kita, kita wanita kena jadi mahal, bukan berlumba-lumba buka aib sesama kita, Astaghfirullah takut saya" katanya dalam sesi langsung itu.

Sini kak lily kongsikan untuk korang lihat yer..


Kata-kata Thalia itu turut mendapat persetujuan dari netizen yang menyokong bahawa wanita perlu ada nilai dan harga diri tersendiri.

"Setuju Tin (Datin), kita (wanita) ada nilai," kata Sim Ahza.

Thalia yang juga pengusaha produk makanan tambahan untuk kecantikan Dolly Milk dan jenama fesyen Talia berkata, industri hiburan Malaysia juga kecil dan tidak perlu bergaduh sesama artis.

"Industri kita kecil, pusing -pusing akan jumpa muka yang sama, lebih baik berhenti bercakap yang bukan-bukan," katanya.

Thalia mengakui cinta juga akan membuat seseorang itu buta dan membuat tindakan yang tidak sepatutnya namun penyesalan pasti akan dirasai di kemudian hari.

"Memang cinta itu buta, kita semua dan saya pun pernah muda, contoh macam mak kita halang jangan keluar dengan orang itu, kita nak juga sebab darah muda yang dihalang itulah yang dibuat. Percayalah cakap saya nanti kemudian sesalan akan datang dan kita tahu kenapa mak kita halang," katanya.

Ibu kepada empat cahaya mata itu juga berharap netizen dan pihak lain tidak menghangatkan isu ini.


"Saya berharap semua pihak jangan menambah-nambah dalam isu ini yang memalukan dan dibaca oleh semua peringkat umur. Saya sendiri seorang ibu yang ada anak perempuan dan anak lelaki, memang takut bila baca pendedahan yang dibuat. Saya selalu berdoa dan beringat jangan seronok melihat aib orang kerana bimbang boleh terkena kepada kita, doa yang baik-baik," katanya.


Thalia berkata demikian berhubung isu hangat yang sedang diperkatakan membabitkan pendedahan seorang wanita dari Singapura dalam episod curang pelakon Aliff Aziz.

Wanita itu turut mengaitkan beberapa nama selebriti lain termasuk Ruhainies, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Beberapa penggiat seni termasuk Erma Fatima dan Zed Zaidi turut berang dengan isu yang disifatkan memalukan dan memburukkan nama industri hiburan tempatan.


Friday, April 26, 2024

Peraduan ‘Gaji Seumur Hidup’ Nestlé Malaysia Kembali pada 2024 untuk Tiup Semangat Rakyat Malaysia dan Bantu Golongan Memerlukan

Hi Korang,

Mencerminkan komitmen berterusan untuk menambah baik kualiti hidup rakyat Malaysia dan menabur bakti kepada masyarakat tempatan, Nestlé Malaysia hari ini mengumumkan kembalinya Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, iaitu kempen mengubah kehidupan yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencapai impian masing-masing sambil menghulurkan bantuan kewangan kepada badan amal dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang layak.


Usaha membawa kesan positif kepada masyarakat yang menjadi matlamat penting kepada Nestlé sepanjang kehadirannya selama 112 tahun di Malaysia. Dilancarkan buat kali pertama pada 2020 apabila perintah kawalan pergerakan COVID-19 bermula, Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup menawarkan hadiah wang tunai berjumlah lebih daripada RM4 juta, yang membawa manfaat kepada 850 rakyat Malaysia pada masa yang sukar dengan 2 pemenang hadiah utama dipilih dalam kalangan 17 peserta akhir, untuk membawa pulang “Gaji Seumur Hidup” sebanyak RM3,000 sebulan. 

Nestlé Malaysia turut menyumbangkan sejumlah RM684,000 kepada 17 badan amal yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini, masing-masing dipilih oleh 17 peserta akhir.

Pada tahun ini, kempen yang diadakan dari 1 Mei hingga 30 Jun 2024 ini akan berusaha mengubah kehidupan insan dengan menawarkan hadiah bernilai lebih daripada RM4 juta untuk dimenangi sekali lagi. Antaranya termasuk hadiah utama berupa ‘Gaji Seumur Hidup’ untuk 2 rakyat Malaysia yang bertuah dan juga hadiah sagu hati, mingguan dan harian yang menarik di samping sumbangan Syarikat kepada 17 badan amal yang dipilih oleh peserta akhir peraduan.


En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup benar-benar mencerminkan matlamat kami untuk menambah baik kualiti kehidupan, menyediakan platform untuk rakyat Malaysia merebut peluang mencapai impian masing-masing, sambil memberikan sokongan kewangan kepada badan-badan amal untuk menambah baik kehidupan golongan memerlukan. Menerusi kempen ini dan pelbagai lagi inisiatif yang kami laksanakan, kami komited untuk memacu perubahan positif bagi rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat."

Turut hadir di majlis pelancaran edisi terbaharu Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup adalah salah seorang daripada pemenang hadiah utama pada 2020, Encik Amirrul Hafiz Bin Razak, 36 tahun, dari Temerloh, Pahang.


Semasa berkongsi kisah bagaimana peraduan ini mengubah kehidupannya, Encik Amirrul mengulas, “Sebelum menyertai pusingan akhir peraduan pada 2020, hidup saya penuh dengan cabaran, lebih-lebih lagi ketika itu saya dan isteri sedang menantikan kelahiran anak sulung kami. Kemenangan ini merupakan rezeki yang tidak diduga, dan telah mengubah kehidupan saya. Dengan hadiah wang tunai ini, saya kini mampu menyara hidup kedua ibu bapa, menjamin masa depan anak, membeli rumah impian serta terus menyokong pertubuhan amal yang menjalankan kerja-kerja murni. Saya juga sukacita untuk memilih Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI), sebuah badan amal yang membantu membekalkan makanan kepada golongan miskin bandar dan gelandangan yang menghadapi cabaran di kemuncak pandemik, sebagai penerima sumbangan Nestle.”


Untuk menyertai Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, rakyat Malaysia hanya perlu membeli produk Nestlé yang terpilih bernilai RM20 dalam satu resit. Pelanggan juga boleh menghantar lebih daripada satu resit dengan syarat memenuhi pembelian minimum yang ditetapkan sebagai bukti sahih untuk merebut peluang sekali seumur hidup ini. Gambar resit hendaklah dihantar menerusi Whatsapp berserta nama penuh dan nombor pengenalan, atau menerusi borang web yang boleh didapati di dearnestle.com.my/borang-peraduan-gaji-seumur-hidup-2024 dan juga di kod QR yang dipamerkan di kebanyakan kedai.

Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat mengenai Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, sila layari www.dearnestle.com.my/gaji-seumur-hidup-2024.


Wednesday, April 24, 2024

HOTEL ROYAL SIGNATURE: PERMATA BARU KUALA LUMPUR, DI MANA SETIAP BILIK MENGGEMAKAN INTIPATI KEDIAMAN

Hi Korang,

Hotel Royal Signature, penambahan terbaharu kepada suasana hospitaliti yang meriah di bandar ini, dengan bangganya mengumumkan pembukaannya. Terletak di tengah Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang meriah, hotel ini bersedia untuk meningkatkan taraf layanan mewah sambil menawarkan pengalaman percutian seisi keluarga.


Berlokasi strategik di tengah bandaraya yang pesat, ianya menjamin akses yang tiada tandingan ke suasana dinamik Kuala Lumpur. Dikelilingi oleh gedung membeli-belah yang terkenal, ikon budaya dan hab hiburan seperti Pavilion KL, Lot 10, Plaza Low Yat, LaLaPort Bukit Bintang, Jalan Alor Food Street, Hotel Royal Signature memainkan peranan sebagai pangkalan yang ideal untuk tetamu yang menjanjikan kemeriahan suasana Kuala Lumpur.

Hotel Royal Signature menjemput tetamu untuk mendalami pengalaman Malaysia yang asli, meraikan pesona tempatan pada setiap masa. Setiap perincian, daripada mesin taip vintaj kepada motif Melayu tradisional yang diukir kemas di tangga besar lobi dan reka bentuk Peranakan yang dilukis tangan di sepanjang koridor bilik tetamu, mengambarkan kekayaan budaya di negara kita. Corak rotan menghiasi bilik tetamu dengan cantik, mewarisi warisan dan ketukangan tempatan Malaysia. Setiap ruang di dalam hotel mencerminkan keaslian dan daya tarikan disekitar kejiranannya, menjemput tetamu untuk meneroka dan menghayati intipati bersemangat Malaysia.


Keselesaan Yang Ditingkatkan

Hotel ini menyediakan 428 bilik tetamu yang direkakan khas dan menawarkan 8 jenis penginapan yang berbeza, setiap satu diselitkan dengan keanggunan kontemporari dan pengalaman yang mengasyikkan. Setiap bilik adalah bukti kepada gaya, keselesaan dan kelengkapan perabot yang canggih, menggabungkan unsur-unsur tempatan, serta kemudahan mesra kanak-kanak untuk memberikan pengalaman yang sebenar “Every Room A Home”.


Hidangan Masakan Ditakrifkan Semula

Hotel Royal Signature menawarkan pengalaman menjamu selera yang sangat menyelerakan. Di Restoran Asian Pot, tetamu bakal menikmati pengalaman menjamu selera sepanjang hari yang menggabungkan citarasa Timur dan Barat yang unik, bakal mengundang tetamu ke pengembaraan kulinari yang menggiurkan. Untuk percutian yang lebih menarik, Cabana Pool Bar menawarkan percutian yang menarik dengan pemandangan Menara Merdeka 118 yang ikonik. Selain itu, Brew & Bond Café, yang terletak di lobi, menjamu tetamu untuk menikmati kopi yang disediakan khas oleh pakar dan pastri yang menyelerakan dalam suasana yang selesa dan aman.


Relaksasi dan Ikatan Keluargaan

Kemudahan hotel di Aras 4 merangkumi intipati resort bandar, menjemput tetamu untuk berehat dan menyegarkan diri. Antara ciri-ciri yang menarik adalah termasuk kolam renang luar yang luas dan menawarkan pemandangan Menara Merdeka 118 yang ikonik. Selain itu, untuk pengemar aktiviti kesihatan, Pusat Kecergasan dibuka untuk 24 jam bagi memenuhi keperluan mereka, manakala Spa Wellness yang akan dibuka tidak lama lagi bakal menjanjikan relaksasi tambahan. Direka bentuk dengan motif kekeluargaan, Bintang Playhouse menyediakan ruang yang selamat dan interaktif di mana kanak-kanak boleh bermain dan belajar. Bintang Playhouse memperkenalkan Bilik Multi-Sensory yang direka khas dan yang pertama kalinya di Malaysia. Ruang inovatif ini direka dengan teliti untuk menyokong perkembangan deria kanak-kanak. Selain itu, persekitaran yang dibina khas ini berfungsi sebagai ruang terapeutik untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang memerlukan pendedahan khas, memupuk pengalaman deria mereka untuk pembangunan holistik.


Mesyuarat dan Acara Inovasi

Bilik Ballroom Signature di Hotel Royal Signature, yang boleh memuatkan sehingga 500 tetamu, tampil sebagai tempat yang ideal untuk pelbagai majlis, daripada acara korporat hingga ke majlis perkahwinan. Dilengkapi dengan bilik majlis serba lengkap yang boleh disesuaikan untuk pelbagai acara, hotel ini memenuhi keperluan mesyuarat, bengkel dan acara korporat yang memuatkan sehingga 150 peserta, menyediakan tetapan yang disesuaikan bagi memenuhi kehendak mood atau keperluan semasa.


Komitmen terhadap Kelestarian Alam

Komited terhadap kelestarian alam, Hotel Royal Signature menyepadukan amalan mementingkan alam sekitar ke dalam operasi hariannya. Setiap bilik mempunyai penapis air minuman , memastikan tetamu mendapat akses kepada pilihan air minuman yang bersih. Selain itu, hotel ini dengan bangganya melaksanakan kemudahan bilik mandi terbiodegradasi untuk mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar. Selain itu, ia juga menganjurkan kebun kecil dan menawarkan hasil tanaman yang segar dan untuk pengalaman kulinari yang menarik dari ladang ke meja (farm-to-table). Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan penawaran masakan tetapi juga menekankan dedikasi untuk menyediakan tetamu dengan pengalaman menjamu selera yang prihatin terhadap alam sekitar dan bersumberkan tempatan.

"Di Hotel Royal Signature, tujuan utama kami adalah untuk memupuk persekitaran yang mengamit pengalaman setiap tetamu dalam merasakan keselesaan seperti berada di dalam rumah. Janji jenama kami, "Every Room A Home" merangkumi komitmen kami untuk memastikan bahawa setiap tetamu yang melangkah masuk, mereka akan merasakan lebih banyak pengalaman daripada hanya sebuah hotel – ia adalah tempat selesa di mana kebiasaan rumah berkait harmoni dengan kemudahan penginapan hotel," kata May Cheong, Pengurus Besar, Hotel Royal Signature.

Tempahan kini dibuka untuk penginapan di Hotel Royal Signature. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang www.hotelroyalsignature.com