Hi Korang,
Negeri Selangor menyambut Hari Pelancongan Sedunia 2024 dengan mengetengahkan tema pada tahun ini, "Pelancongan dan Keamanan" melalui dua tonggak penting: kemampanan dalam pelancongan dan pemerkasaan komuniti.
Bidang tumpuan yang strategik ini bukan sahaja penting kepada usaha Negeri Selangor tetapi juga mencerminkan komitmen negeri yang lebih luas terhadap kesejahteraan ekonomi, alam sekitar dan sosial jangka panjang.
Yang Berhormat Dato’ Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, dalam satu kenyataan berkata, kelestarian bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan. Pendekatan Negeri Selangor ke arah memperkasakan komuniti tempatan dan menekankan pelancongan mampan, dapat memastikan daya tahan jangka panjang dan kemakmuran industri pelancongan, di samping mengekalkan warisan yang unik dan keindahan alam semula jadi di Negeri ini.
Bagi mengukuhkan kedudukan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan terkemuka di Malaysia, kedua- dua tonggak ini menyumbang kepada pertumbuhan industri yang mampan, dengan menggabungkan kemajuan ekonomi dan penjagaan alam sekitar. Dengan warisan budaya yang pelbagai, sumber semula jadi yang banyak dan komuniti yang berkembang maju di 9 daerah, Negeri Selangor menawarkan pelbagai pengalaman kepada pengunjung domestik dan antarabangsa.
Komitmen terhadap Kelestarian
Didorong oleh Tonggak Ketiga Rancangan Pertama Selangor (RS-1), Negeri Selangor berada di barisan hadapan dalam pembangunan pelancongan mampan. Salah satu contoh terbesar adalam Projek Gombak-Hulu Langat Geopark (GHLGp), iaitu sebuah inisiatif ekopelancongan utama Negeri Selangor. Terkenal dengan kepentingan geologinya dalam landskap bandar, GHLGp adalah penting dalam memelihara geologi dan biodiversiti sambil melindungi warisan semula jadi Negeri Selangor. Di samping usaha melindungi alam sekitar, ia juga berfungsi sebagai wadah untuk penglibatan komuniti, dengan memperkasakan masyarakat tempatan sebagai pemandu pelancong, dengan memupuk rasa bangga dan tanggungjawab dalam kalangan komuniti setempat. Sebagai Geopark Kebangsaan yang pertama di Negeri Selangor, merangkumi 20 geotapak di Gombak dan Hulu Langat, GHLGp menyasarkan untuk mencapai pengiktirafan Geopark Global UNESCO menjelang tahun 2028.
Di samping usaha memulihara alam sekitar, tumpuan Negeri Selangor terhadap pelancongan berasaskan komuniti juga terus berkembang. Sejak tahun 2018, Negeri Selangor telah melantik 51 Hos Komuniti Selangor yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman melancong di kawasan tempatan dengan menawarkan pelancong budaya yang asli dan pelancongan berpengalaman. Hos Komunitu Selangor ini bertindak sebagai duta komuniti mereka, dengan perkongsian pengetahuan mereka yang kaya tentang adat, makanan, sejarah dan tarikan tempatan. Dengan rancangan untuk mengembangkan inisiatif ini, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, disokong oleh Tourism Selangor, akan memperkasakan lebih ramai individu melalui latihan profesional dan pensijilan Red Batch, dengan mewujudkan pelan baharu bagi mengukur kualiti dan profesionalisme dalam perkhidmatan Hos Komuniti Selangor.
Agropelancongan dan Lain- lain
Kerjasama Negeri Selangor dengan industri pertanian adalah satu lagi bukti usaha terhadap kelestarian. Agropelancongan, iaitu segmen pelancongan yang semakin berkembang di negeri ini, telah memberi manfaat yang banyak kepada alam sekitar dan ekonomi tempatan dengan mempromosikan amalan pertanian yang mampan dan memupuk pelancongan berpengalaman, yang disokong oleh komuniti tempatan. Komitmen Negeri Selangor terhadap segmen ini sejajar dengan dorongan negeri yang lebih kukuh untuk amalan hijau dan pertanian pintar yang semakin popular di kalangan pengunjung.
Dengan sektor pelancongan utama seperti ekopelancongan, agropelancongan, gastronomi, pelancongan perubatan dan MICE (Meetings, Insentif, Persidangan dan Pameran) menjadi teras strategi pelancongan di Negeri Selangor, negeri ini berada pada kedudukan yang baik untuk menawarkan pengalaman yang pelbagai dan mendalam serta memenuhi pelbagai permintaan oleh para pelancongan yang terdiri daripada pelbagai segmen.
Tahun Melawat Selangor 2025: Horizon Baru
Menjelang Tahun Melawat Selangor 2025, Tourism Selangor sedang mempergiat usahanya untuk menjadi pemain utama dalam industri pelancongan yang mampan, bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat global, dengan memastikan keindahan alam semula jadi dan kekayaan budayanya terus terpelihara untuk generasi akan datang. Ketika tumpuan dunia beralih ke arah pelancongan yang lebih mampan dan mementingkan alam sekitar, Negeri Selangor menerima cabaran ini dengan menyepadukan inovasi, pemuliharaan dan pelancongan, yang dipacu oleh komuniti setempat untuk mewujudkan keseimbangan yang harmoni antara alam semula jadi, budaya dan ekonomi.
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!