Thursday, July 18, 2024

Menginap di AEROTEL KLIA2, Mudah Lagi Selesa

Hi Korang,

Kan minggu lepas ahkak ko berjimba-jimba ke Singapore sekadar nak minum kopi jer so bersusah payahlah ahkak ko ni plan nak ke Airport sebab 1st flight ke Johor Bahru. Pandai tak aku berjimat turun JB then baru masuk Singapore hehehehehe


Memulanya adalah orang nak tolong hantar sebelum subuh tuh eh tup-tup tak jadik plak dan kebetulan jumaat pagi tuh Mr Big tak boleh masuk lambat so ahkak plan kita tidur kat airport jelah macam hantar awal dalam kul 11 malam cam tuh then aku just hang around jelah kat airport sampai pagi.


Ishk giler berani plak ko nak duduk2 kat airport tuh sengsorang kang jadi ape2 tak ke payah. Tup-tup one my fren SY suggest so suruh stay kat AEROTEL KLIA2 ni, boleh check in hourly. La baru tau kan, so google jap Aerotel website then terus buat booking, yang best tuh boleh buat booking and hour below nak check in sebab bilik sentiasa ade, yelah orang keluar masuk kan lagipun biliknya banyak.



So mr Big pun hantar ke airport dalam kul 10 malam cam tuh, then kita masuklah sendiri kan. Rupanya AEROTEL di KLIA2 ni terletak di level 2M berhadapan dengan Premium Plaza Lounge, dekat dengan escalator so senang je nak cari signboard pun beso hah



Proses check in senang je sebab semua dah ada dalam system, tinggal kak lily kene sign jer dan fill up contact detailsnyer. Amik access card then terus masuk, don’t worry pintunyer senantiasa locked.

Kak lily book bilik Solo Plus hah sebab yang Solo Room fully book plak.





Luas jugak biliknya untuk sorang kan, siap ada ruangan letak beg. Ada juga tv dan writing table dan tempat gantung baju dan cermin besar. Yang best tuh bilik air sangat-sangat luas dan selesa.




Terus selesakan diri, charge phone dan powerbank dan kuar kejap lah untuk cari kopi

Bersantai di Flight Club


Ada plak kedai kopi comel di sebelah Aerotel ini iaitu Flight Club Grab n Go.


Kedai kopi yang comel ini menyajikan pelbagai jenis minuman termasuk kopi, teh, jus dan lain-lain lagi. Terdapat juga pastry dan kek sebagai kudap-kudapan hah.


So sempatlah lepak sebelum masuk tido hah, sambil cuci-cuci mata hehehehhe… but kak lily suka cafĂ© simple cam nie as long as ade tempat yang selesa nak duduk sambil minum kopi then that’s it.



Kak lily check out pukul 6.00pagi cam tuh sebab nak check in luggage and flight pun kul 8pagi kan, jalan pun tak jauh naik satu tingkat terus dah sampai kaunter beg. Itulah betapa senangnya menginap di Aerotel ni kan, tak yah nak pening-pening kepala nak gerak pepagi buta hah.

Pendek kata,

Aerotel ni amat sesuai bagi para penumpang yang transit lama di airport ataupun ada kes seperti kak lily ni. Dengan lokasinya terletak betul-betul di hadapan Dewan Berlepas Antarabangsa di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (hanya 1 minit berjalan kaki), Aerotel Kuala Lumpur menawarkan bilik yang selesa, tempahan setiap jam yang fleksibel, pilihan tempat makan dalam bilik terpilih, hot shower yang kuat dan perkhidmatan yang penuh perhatian dengan matlamat untuk menyediakan semua keselesaan rumah di lapangan terbang untuk pengembara. Hotel ini mempamerkan 95 bilik tamu yang bersebelahan dengan Plaza Premium Lounge dan menyediakan ruang pelbagai fungsi untuk mesyuarat dan makan malam peribadi.

Jom check it out ke

Aerotel,
Level 2M
KLIA Terminal 2


No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!