Hi Korang,
Seafood dan ahkak memang tak dapat di pisahkan tau.
Harini kalau korang tak tau nak makan malam di mana dan korang suka makan seafood dan nak makan sepuasnya (All You Can Eat - Seafood Galore), korang boleh datang ke Makan Kitchen di DoubleTree by Hilton Johor Bahru.
Kebetulan semasa kak lily berstaycation kat sini minggu lepas, sempat jugaklah kak lily merasai sendiri keenakan buffet seafood dinner ni tau.
Setiap Jumaat dan Sabtu ‘Makan Kitchen’ mengadakan Bufet Makanan Laut segar dengan lebih dari 200 hidangan dari pelbagai masakan dari dapur Makan Kitchen.
Terdapat banyak pilihan sehingga kak lily tak boleh nak decide mana satu nak makan dulu kerana semuanya sangat menyelerakan dan kak lily sememangnya seafood lover so haruslah tidak mungkin dapat di pisahkan.
Di antara menu yang bakal menambat hati korang adalah pilihan oyster yang boleh di makan begitu Sahaja mahupun di masak ringkas bersama cheese mahupun bersama sos-sos yang lain. Terdapat juga menu shellout yang boleh di cicah dengan wantan, cold cut yang ada sashimi salmon, tuna dan ikan cod. Pilihan udang dan siput yang pelbagai lagi
Untuk Weekend Seafood Buffet ini, dalam satu pembelian baucer, korang layak mendapat satu (1) baucer Welcome Platter King of Crustaceans - Green Lobster!! Memang puashati dapat makan Lobster sebesar size pinggan! Aduimak sangat-sangat berbaloi sebab ianya sedap dan portionnya agak besar jugak.
Ktorang duduk melepak di Makan Kitchen tuh sampai buffet tutuplah sebab really enjoy dengan pilihan buffet yang dihidangkan, sampai tersandar-sandar makan hah.
𝐖𝐞𝐞𝐤𝐞𝐧𝐝 𝐒𝐞𝐚𝐟𝐨𝐨𝐝 𝐁𝐮𝐟𝐟𝐞𝐭
Fridays & Saturdays | 6:30pm - 10pm
RM188 nett per adult | RM108 nett per child
For bookings or more information:
🔗 https://bit.ly/WeekendSeafoodBuffetSavings-DTJB
☎️ +607 268 6868
📧 JohorBahru.FB@hilton.com
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!