Friday, July 26, 2024

All You Can Eat Seafood Galore di Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Hi Korang,

Seafood dan ahkak memang tak dapat di pisahkan tau.


Harini kalau korang tak tau nak makan malam di mana dan korang suka makan seafood dan nak makan sepuasnya (All You Can Eat - Seafood Galore), korang boleh datang ke Makan Kitchen di DoubleTree by Hilton Johor Bahru.

Kebetulan semasa kak lily berstaycation kat sini minggu lepas, sempat jugaklah kak lily merasai sendiri keenakan buffet seafood dinner ni tau.






Setiap Jumaat dan Sabtu ‘Makan Kitchen’ mengadakan Bufet Makanan Laut segar dengan lebih dari 200 hidangan dari pelbagai masakan dari dapur Makan Kitchen.

Terdapat banyak pilihan sehingga kak lily tak boleh nak decide mana satu nak makan dulu kerana semuanya sangat menyelerakan dan kak lily sememangnya seafood lover so haruslah tidak mungkin dapat di pisahkan.






Di antara menu yang bakal menambat hati korang adalah pilihan oyster yang boleh di makan begitu Sahaja mahupun di masak ringkas bersama cheese mahupun bersama sos-sos yang lain. Terdapat juga menu shellout yang boleh di cicah dengan wantan, cold cut yang ada sashimi salmon, tuna dan ikan cod. Pilihan udang dan siput yang pelbagai lagi



Untuk Weekend Seafood Buffet ini, dalam satu pembelian baucer, korang layak mendapat satu (1) baucer Welcome Platter King of Crustaceans - Green Lobster!! Memang puashati dapat makan Lobster sebesar size pinggan! Aduimak sangat-sangat berbaloi sebab ianya sedap dan portionnya agak besar jugak.

Ktorang duduk melepak di Makan Kitchen tuh sampai buffet tutuplah sebab really enjoy dengan pilihan buffet yang dihidangkan, sampai tersandar-sandar makan hah.



𝐖𝐞𝐞𝐤𝐞𝐧𝐝 𝐒𝐞𝐚𝐟𝐨𝐨𝐝 𝐁𝐮𝐟𝐟𝐞𝐭
Fridays & Saturdays | 6:30pm - 10pm
RM188 nett per adult | RM108 nett per child

For bookings or more information:
🔗 https://bit.ly/WeekendSeafoodBuffetSavings-DTJB
☎️ +607 268 6868
📧 JohorBahru.FB@hilton.com


Wednesday, July 24, 2024

Nikmati Beans Mania, Pilihan Makanan Versatil bagi Ibu-Ibu Pintar

Hi Korang,

Adakah keluarga anda mendapat serat yang diperlukan bagi mencapai kadar kesihatan yang optimum? Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023[1], sebanyak 95.1% rakyat Malaysia tidak mengambil sayur dan buah-buah yang mencukupi setiap hari.


Adakah anda ketahui bahawa kacang panggang, satu pilihan makanan yang biasanya boleh didapati di dapur, merupakan sumber serat yang baik dan mengandungi protein tumbuhan? Ibu-ibu pintar, inilah masanya untuk menikmati mania kekacang (beans mania) dengan menambahkan kacang panggang dalam diet keluarga anda kerana ia merupakan satu makanan super yang kaya dengan nutrien, memberi manfaat kesihatan dan kesejahteraan, berharga berpatutan, memberikan keseronokan dan sedia untuk dimakan terus daripada tin!

Kacang panggang didatangkan dalam sos tomato yang enak, satu kombinasi yang kaya dengan nutrisi. Ayam Brand™ menghasilkan salah satu kacang panggang kegemaran rakyat Malaysia dengan menggunakan kacang haricot utara terbaik yang diimport dari Amerika Syarikat.

Pada kebiasaannya rakyat Malaysia mengaitkan kacang panggang dengan hidangan sarapan tetapi ia merupakan satu ramuan enak yang versatil dan boleh dimanfaatkan secara kreatif dan menyeronokkan dalam pelbagai hidangan utama dan snek, daripada kari ke sos pasta, sup, telur dadar, mufin kacang (!) dan banyak lagi.


Kacang Panggang Ayam Brand™ didatangkan dalam dua saiz - saiz keluarga 425g dan 230g, serta tiga varian berkhasiat yang enak. Anda boleh mendapatkan pilihan klasik Kacang Panggang Ayam Brand™ dalam Sos Tomato atau Kacang Panggang Ayam Brand™ dalam Sos Tomato bersama Keju yang diperkayakan oleh keju parmesan sebenar yang enak yang menambahkan lagi keseronokan rasa berkrim dan protein. Bagi mereka yang menginginkan rasa hebat seperti pilihan klasik tetapi dengan kandungan gula yang lebih rendah, Kacang Panggang Ayam Brand™ dalam Sos Tomato Light yang diformulasikan dengan 48% lebih rendah kandungan gula adalah pilihan anda.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa Kacang Panggang dalam Sos Tomato Ayam Brand™ perlu berada dalam senarai 10 makanan super dan versatil ibu-ibu pintar:

Kesemua varian Kacang Panggang Ayam Brand™ adalah sumber serat yang baik. Kandungan serat yang tinggi dalam kacang panggang membantu mengurangkan penyerapan gula dalam darah, mengenyangkan dan memberikan tenaga sepanjang hari[2]. Satu tin Kacang Panggang Ayam Brand™ mampu menceriakan hari anda!

Protein tumbuhan dalam kacang panggang membantu pertumbuhan otot, meningkatkan kekuatan serta pengembalian tenaga selepas bersenam[3]. Ia merupakan sajian snek ideal untuk kanak-kanak, wanita hamil dan individu yang bertumpukan kecergasan, terutamanya selepas bersenam.


Disebabkan kandugan protein, kacang panggang juga boleh dijadikan sajian alternatif untuk daging bagi golongan vegetarian. Secawan kacang panggang (240g) mengandungi 10g protein yang bersamaan dengan kandungan protein dalam 50g stik.

Kacang Panggang Ayam Brand™ adalah rendah lemak - satu cara enak dalam mengurangkan risiko penyakit jantung.


Kacang panggang dalam sos tomato juga kaya dengan zat besi[4]. Ia merupakan sajian ideal untuk vegetarian, vegan dan wanita yang mengalami aras zat besi yang rendah. Zat besi membantu tubuh kita menghasilkan darah yang lebih sihat. Kekurangan zat besi boleh membawa kepada rasa penat, kurang fokus serta aras tenaga yang rendah. Bagi kes-kes yang lebih teruk, zat besi yang rendah boleh menyebabkan anemia. Ibu-ibu pintar sedar bahawa penambahan kacang panggang dalam pemakanan keluarga mereka akan mampu memberikan pelbagai manfaat.


Ia kaya dengan likopen - sejenis antioksida yang diekstrask daripada tomato. Likopen[5] berupaya mengurangkan kerosakan sel menerusi manfaat antioksidannya. Bagi bakal ibu-ibu pintar yang sedang merancang kehamilan mereka, penambahan kacang panggang dalam diet anda tiga bulan sebelum penghamilan boleh menambah folat[6] yang boleh membantu meningkatkan aras Vitamin B secara semulajadi. Folat telah menunjukkan bahawa ia mampu mengurangkan kemungkinan kecacatan tiub saraf dalam kalangan bayi.

Sertai Permainan Mania Kekacang di laman Instagram Ayam Brand™ @ayambrandmy untuk memenangi hadiah menarik antara 17 hingga 30 Julai 2024. 

Nikmati penjimatan dengan membeli sebarang produk Ayam Brand™ bernilai RM40 ke atas daripada laman Ayam Brand Shopee atau Ayam Brand Lazada untuk menikmati penghantaran secara percuma. Tambahkan varian Kacang Panggang dalam Sos Tomato Ayam Brand™ pilihan anda pada harga hanya RM4.60 bagi tin besar 425g atau RM3.35 untuk tin 230g.

Cadangan hidangan

Kacang Panggang Ayam Brand™ adalah snek mudah yang boleh dinikmati terus daripada tin. Bagi hidangan versatil dan mudah disediakan, tiada yang lebih ringkas berbanding kombinasi telur dan kacang panggang. Tambahkan Kacang Panggang Ayam Brand™ sebagai asas sos pasta, sup kacang ala minestrone segera mahupun kari!

Produk-produk Ayam Brand boleh didapati di kedai-kedai runcit berhampiran anda, termasuk rangkaian, Aeon, Aeonbig, Econsave, Giant, Hero terpilih, Jaya Grocer, Lotuss, Mydin, Village Grocer, OTK, Checkers, Matahari, NSK, Pasaraya Econjaya, Sabasun, Pantai Timor, Billion, Sunshine, Nirwana, Tunas Manja, Pasaraya Hwa Thai, Maslee, Target, CS Brothers dan Family Store. Produk Ayam Brand™ juga boleh didapati di laman Ayam Brand™ Official di Shopee dan Lazada.






[3] https://www.healthline.com/nutrition/26-muscle-building-foods#foods-to-avoid

[4] https://www.livescience.com/eight-sources-of-iron-to-include-in-your-diet

[5] https://www.checkyourfood.com/micronutrients/micronutrient/61/lycopene

[6] https://www.healthline.com/nutrition/foods-high-in-folate-folic-acid

Tuesday, July 23, 2024

3 Hari 2 Malam Di DoubleTree by Hilton Johor Bahru Hotel

Hi Korang,

Walaupun dah lama tinggalkan Johor Bahru sebab pindah tapi tetap di hati hehhehe


So memang setiap beberapa bulan sekali, kak lily akan ke Jb untuk melawat sanak saudara dan rakan-rakan dan setiap kali itulah kak lily akan menginap di hotel-hotel sekitar Johor Bahru.

Di sebabkan salah sorang daripada kawan kak lily adiknye kawin so ktorang beramai-ramailah meraikan. Makan-makan jatuh no. 2, reunion dengan kengkawan tuh yang lebih sebenarnya sebab lama tak jumpe.


Untuk trip 3 hari 2 malam ini, kak lily menginap di DoubleTree by Hilton Johor Bahru yang terletak betul-betul di Bandaraya Johor Bahru. Lokasinya sangat strategik dan hanya walking distance saja dengan Komtar JBCC dan City Square. Hotel DoubleTree by Hilton juga penginapan yang sesuai sekiranya untuk bercuti ke Singapore. Terletak kurang lima kilometer dari Johor-Singapore Immigration Checkpoint dan 25 kilomeer dari Senai International Airport.

Hotel ini dibuka pada tahun 2014 dan bertaraf 5 Bintang. 



Lokasinya sangat stategik dan memudahkan semua perkara ketika bercuti ke sini. Ruang lobby dan check-innya sungguh luas dan amat selesa. Proses check-in dilakukan dengan cepat dan ditambahkan pula kemesraan petugas di sini. 


Sebaik sahaja proses check-in selesai, kak lily dapat cookies panas yang dibuat khas untuk semua pelanggan DoubleTree by Hilton. Sedap wei makan panas-panas kalau ade kopi lagi sedap masa tuh.











Hotel ini menawarkan 335 bilik termasuk 52 suite equipped with the signature Sweet dreams by Double Tree, in-room work space, 40" LCD TV and walk-in rain shower. Toiletteries pula dari CITRON Honey & Coriander by Crabtree & Evelyn.

This is my room, king bed size. Luas dan amat selesa. Nampak katil jer terus baring sebab nampak macam memanggil-manggil je kan, sangat-sangat empuk nau.

Wifi ada di mana-mana, just log in then terus je di sambungkan internetnya even sampai ke swimming pool tau. Oh ye tetamu yang menyewa excutive rooms and suites diberi kelebihan untuk akses Executive Lounge where complimentary breakfast dan evening drinks

Sarapan Di Makan Kitchen


The all-day dining restaurant yang menyediakan makanan tempatan yang popular. Boleh tengok mereka masak secara live lagi tau.


Makan Kitchen adalah tempatnya untuk sarapan pagi, makan tengahari dan juga malam di DoubleTree by Hilton. Terletak di ground floor, lokasinya sangat mudah untuk dicari dan menyajikan pelbagai jenis makanan Melayu, Indian, Chinese dan juga barat.















Untuk sarapan pagi, ianya dibuka seawal jam 6.30pagi sehingga 10.00pagi. 

Terlalu banyak pilihan makanan di sini sehingga semuanya pun nampak sedap. Diantara yang menjadi pilihan saya untuk sarapan pagi adalah nasi lemak dengan rendang ayam yang sedap. Selain itu, kaunter masakan makanan India juga amat berbeza kerana menggunakan Chef dari India. Sampai ke menu roti canai pun korang boleh dapat makan kat sini.

Lama jugaklah ktorang lepak kat Makan Kitchen ni, sebab banyak sangat menu sarapan enak-enak belaka.

Kemudahan Lain di DoubleTree By Hilton Johor Bahru


Kalau korang nak tau yang Swimming pool terletak di tingkat 13 dan berkonsepkan terbuka dan ada kolam untuk kanak-kanak dan juga dewasa. 


Swimming poolnya sangat bersih dan selesa. Memang sangat santai dan rileks je petang-petang dapat rehat kat sini. Bersebelahan dengan swimming pool pula terdapat kemudahan Gym.





Untuk Gimnasium pula, hanya mereka yang menginap sahaja boleh menggunakan facilities di sini. 





Ada juga jakuzi dan sauna yang di asingkan lelaki dan perempuan, ermm rasa rugi pula tak berkesempatan untuk menggunakan semua kemudahan ini, mungkin kak lily akan datang lagi ke sini.



Memang seronok bila menginap di hotel yang menyediakan segala-segalanya daripada keperluan sehingga kehendak para tetamunya. Sudah pasti kak lily akan kemari lagi ke sini. 


Semua pekerjanya sangat membantu dan sepanjang kak lily menginap di sini tiada sebarang masalah dari segi bilik ataupun perkhidmatan. Kesemua pekerja di sini seolah-olah berlumba untuk membantu tetamu dan memberikan bantuan yang cepat.


DoubleTree By Hilton Johor Bahru
12, Jalan Ngee Heng,
80000 Johor Bahru.
Phone: +60-7-268 6868