Tuesday, June 25, 2024

Meraikan Detik Istimewa Setiap Hari dengan Happy Bunch

Hi Korang,

Kak lily ni bukanlah fan sangat dengan bunga, walaupun ramai orang cakap orang perempuan ni kalau di berikan bunga diorang akan suka kan hehehhee but sekali sekala tak per kan apa salahnya. Mungkin dengan sedikit penghargaan ini buatkan hari seseorang yang kecewa atau sedang sedih menjadi kembali gembira.


Tapi bunga yang satu ni ‘Purple Carnations’ memang cukup-cukup istimewa kerana ianya lain daripada yang lain.

Purple Carnation mempunyai beberapa makna yang berbeza-beza. Lazimnya, ia melambangkan sifat berubah-ubah, atau tidak dapat diramalkan, yang rasanya sesuai untuk dihadiahkan orang tersayang yang mana beliau sukakan cabaran, dan mempunyai semangat bebas. Makna lain ianya di kaitkan dengan kejayaan dan kekayaan


Koleksi cantik rekaan bunga yang sederhana tapi bagi impak yang besar pada penerima. Bunga Purple Carnations dipadankan sempurna dengan daun Eucalyptus segar untuk sentuhan keindahan semula jadi. Dalam jambangan minimalis disalut dengan balutan sarang lebah mesra alam, menjadikannya bukan sahaja cantik, tetapi juga baik kepada Bumi.

Jadi tak perlu nak beli yang plastik atau juga yang banyak cukup sekadar sederhana tapi bermakna. Tapi kalau ada budget lebih tak salah beli saiz yang besar sikit kerana ada dekorasi dengan 12 kuntum dan juga 18 kuntum bunga bermula dengan harga RM58 sahaja.

Nak beli bunga ni hanya buat dalam talian sahaja dan mereka akan hantar pada hari yang sama kepada penerima untuk mengekalkan kesegaran. Tapi bunga ini tahan lama seminggu pun masih belum layu tau. Tempahan dan penghantaran mereka buat setiap hari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. 


Kat mana nak tempah layari laman sesawang Happy Bunch dan korang boleh cari bahagian Purple Carnations.

Jadi lepas ni tiada alasan lagi kita tak sempat nak bagi surprise atau hadiah kepada yang tersayang.


Nak buat sebagai jambangan bunga untuk ulangtahun perkahwinan, atau juga jambangan bunga untuk hari bermakna, atau juga nak wish congratulation pun boleh hadiahkan bunga seperti ini. Banyak lagi bunga lain tapi semua bunga segar dan berkualiti dari Happy Bunch.



No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!