Monday, June 10, 2024

Cinnabon Membuka Bakeri Baharu di The Exchange TRX, Kuala Lumpur

Hi Korang,

Penggemar jamuan manis kini boleh bergembira! Cinnabon, jenama yang ikonik dengan roti gulung kayu manis dan juga minuman yang menyegarkan badan kini kembali ke Malaysia.

The world-famous Cinnabon is now available in Malaysia under a new franchisee, AC Hesed Group. Pictured is the Roll-on-the-Go, made from the gooey centre of the classic Cinnabon, for a quick pick-me-up while you’re on the move.

Bermula dengan bakeri di The Exchange TRX di Kuala Lumpur, Cinnabon Malaysia kini dimiliki dan dioperasi oleh pemegang francais baharu, AC Hesed Group.

(From left to right) Noémi Chaw, Strategic Director of AC Hesed Group, delivering her speech at the grand opening alongside Steven D. Yang, SVP and Managing Director APAC at Go To Foods International, and Andy Chaw, Chairman of AC Hesed Group. 

“Tarikan Cinnabon adalah ‘cinta dan ajaib’“, kata Noémi Chaw, Pengarah Strategik AC Hesed Group. “Kami teruja untuk berkongsi bersama rakyat Malaysia roti gulung kayu manis terbaik di dunia. Dibakar segar setiap hari, ianya digulung dengan tangan dan tampil bersama aroma kayu manis yang pasti memikat jiwa. Roti gulung kami sesuai untuk setiap waktu, ataupun pada ketika anda menginginkan sesuatu yang manis untuk mencuit hati.”

Cinnabon menggunakan Makara® Cinnamon yang exklusisif untuk Cinnabon. 

Diimport dari Indonesia, Makara® Cinnamon memberikan setiap roti gulung kesedapan dan rasa yang tiada bandingan. Dengan inti kayu manis yang menggoda, Cinnabon bersedia untuk menangkap hati rakyat Malaysia dengan rasanya yang unik dan lazat, membenarkan setiap rakyat Malaysia mencari citirasa unik mereka sendiri.

Di bakeri baharu ini, para tetamu boleh menikmati aroma roti gulung yang baru dibakar dan juga aroma Makara® Cinnamon, di samping juga hidangan lain yang menambat hati, termasuklah Cinnabon Cinnamon Rolls® yang terkenal di dunia, lengkap dengan frosting keju krim. Roti gulung kayu manis ini hadir dalam dua saiz: Cinnabon asli dan juga Minibon yang lebih kecil. Tiga rasa boleh dinikmati oleh pelanggan: Classic, Caramel Pecanbon dan Chocobon. Bagi mereka yang rasa satu tidak mencukupi, mereka juga boleh membawa pulang CinnaPacks. Setiap CinnaPack didatangi sama ada dengan dua Cinnabon Classic ataupun Minibon dengan kiraan 4 atau 9 dalam setiap kotak.

Cinnabon’s original-sized offerings are made with the exclusively-sourced Makara cinnamon for a perfect bite every time. 

Mereka yang menginginkan kelainan boleh menjamah Roll-on-the-Go (yang diperbuat daripada bahagian tengah Cinnabon Classic) bersama dengan pelbagai minuman, termasuklah kopi espresso panas atau sejuk, Classic Lemonade yang baru diperah ataupun minuman Chillattas®.

Sebagai sambutan pembukaan, Cinnabon Malaysia akan menawarkan tiga promosi eksklusif dari 6 sehingga 14 Jun 2024 yang memberi ganjaran kepada peminat-peminat Cinnabon untuk menikmati hidangan kegemaran mereka:

Menangi bekalan Cinnabon untuk setahun!

Cinnabon akan menawarkan seorang pelanggan bertuah untuk memenangi hadiah utama iaitu bekalan Cinnabon untuk setahun. Pemenang tempat kedua dan ketiga akan menerima hadiah bekalan Cinnabon untuk 6-bulan dan 3-bulan. Penyertaan adalah mudah – pelanggan hanya perlu membuat mana-mana pembelian di Cinnabon dari 6 sehingga 14 Jun 2024, imbas kod QR untuk mengisi borang penyertaan, dan memuat-naik gambar resit mereka. Pemenang akan dipilih secara rawak, dan akan diumumkan di laman-laman sosial CInnabon Malaysia.

Kembali untuk lebih banyak Cinnabon

Dengan setiap pembelian nly 14 Jun 2024, pelanggan akan menerima sebuah baucar untuk menebus Classic Minibon secara percuma apabila mereka melawat Cinnabon sekali lagi.

Hadiah dengan setiap pembelian

Cinnabon’s delicious offerings include the Minibon in three flavours: Classic, Caramel Pecanbon, and Chocobon.

100 pelanggan pertama setiap hari dari 6 sehingga 14 Jun 2024 akan menerima Classic Minibon secara percuma dengan setiap pembelian. Pelanggan-pelanggan seterusnya akan menerima sebuah pek pelekat terhad dan eksklusif yangmenampilkan gambaran Cinnabon yang berbeza. Pek pelekat ini telah direka-bentuk dengan seorang artis dari Asia Tenggara, yang menunjukkan dedikasi Cinnabon terhadap seni dan komuniti tempatan, dan dicipta untuk memupuk semangat kekitaan dan komuniti antara Cinnabon dan peminat mereka.

Noémi Chaw, Strategic Director of AC Hesed Group; Steven D. Yang, SVP and Managing Director APAC at Go To Foods International; Christina Chaw, Co-Founder of AC Hesed Group; Andy Chaw, Chairman of AC Hesed Group, posing with AC Hesed Group's Cinnabon Team at the grand opening of Cinnabon’s new outlet at The Exchange TRX.

Cinnabon’s first outlet at The Exchange TRX, captured during its official relaunch under AC Hesed Group. 

Lawati kedai baharu di The Exchange TRX semasa waktu operasinya dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam, atau ketahui lebih lanjut di laman Instagram Cinnabon @cinnabon.my atau halaman Facebook mereka, Cinnabon Malaysia.

Akhir sekali, AC Hesed Group juga teruja untuk mengumumkan pembukaan cawangan kedua Cinnabon Malaysia di IOI City Mall, Putrajaya pada hujung bulan ini.

No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!