Hi Korang,
Sesi persekolahan dan Ramadan tiba pada waktu sama tahun ini. Adakah anda bersedia untuk menghadapinya?
Ibu bapa, khasnya si emak, mempercayai kombinasi sempurna pes dan santan Ayam Brand™ bagi mendepani bulan yang mulia tetapi sibuk ini dengan memastikan makanan dan persiapan sekolah atau kerja anak-anak atau dewasa lain dapat disempurnakan tanpa tekanan dan pada masa sama, hidangan yang disediakan enak untuk dinikmati.
Sebelum musim kesibukan bermula, teliti perbelanjaan, kemahiran dan pantri anda. Adakah anda mahu menghabiskan wang dengan membeli makanan luar sebanyak dua kali sehari selama hampir 30 hari, atau adakah ia lebih menjimat dan menyihatkan jika anda menyediakan makanan sendiri? Adakah anda mempunyai masa yang mencukupi dan kemampuan untuk memasak hidangan sahur dan buka puasa, daripada peringkat menyediakan bahan sehingga hidang, untuk anda dan keluarga?
Bagi pilihan yang lebih menjimatkan, sihat dan enak untuk anda seisi keluarga, pes tempatan baharu Ayam Brand™ yang termasuk Kari Ikan, Masak Merah, Kurma dan Masak Lemak Cili Padi mampu mengurangkan masa penyediaan anda.
Menerusi pes terbaharu ini, anda mampu menjimatkan kira-kira 20 minit kerja-kerja memotong, mengisar atau menggoreng kering rempah dan herba, membebaskan lebih banyak masa untuk menyempurnakan perkara penting di sebelah pagi mahupun untuk berbuka puasa.
Tambahkan satu pek santan Ayam Brand™ untuk rasa berkrim dan kenakan hidangan yang seimbang untuk seisi keluarga tanpa perlu berbelanja lebih. Fikirkanlah saat-saat indah dan tradisi yang akan dibentuk bersama insan tersayang!
Pes baharu ini merupakan tambahan kepada koleksi istimewa pes Ayam Brand™ yang telah diuji, dirasai dan memenuhi selera: Pes Kari Ayam, Sambal Tumis, Asam Pedas dan Rendang.
Kesemua lapan varian pes tempatan Ayam Brand™ dijamin mempunyai rasa asli dan mudah disediakan sekiranya anda mematuhi arahan yang tertera pada pek pembungkusannya dan tidak leka ketika memasak.
Setiap pek Pes Ayam Brand™ 180g, ditambah dengan 500 hingga 600g ayam, daging, ikan atau makanan laut pilihan anda boleh disediakan dalam masa 30 minit atau lebih awal. Ia juga boleh mengenyangkan sebuah keluarga dengan empat atau lima orang ahli pada hanya RM5 setiap pek Pes Masakan Ayam Brand™ dan RM3 bagi satu kotak Santan Ayam Brand™.
Jangan risau, Pes dan Santan Ayam Brand™ bebas daripada bahan awet, MSG tambahan dan bahan tambah. Ia juga menerima pensijilan HALAL oleh JAKIM.
Pes tempatan Ayam Brand™ berpadanan dengan Santan Ayam Brand™, yang diperah daripada kelapa terpilih secara bersih dan kemudian dimasukkan dan ditutup rapi dalam pek tetra mudah menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT) yang membantu dalam mengekalkan kesegaran santan, seperti ia baru diperah.
Kualiti, kepekatan dan kuantiti standard dalam setiap pek santan menyingkirkan keperluan untuk mengagak-agak sama ada santan cukup atau tidak. Santan Ayam Brand™ mempunyai kepekatan santan yang tepat seperti santan sebenar yang sesuai untuk setiap resipi.
Jadikan kembali-ke-sekolah, Ramadan dan musim Raya ini lebih berharga dengan menyertai Peraduan Masak dan Menang Ayam Brand™ yang menawarkan hadiah mingguan dan utama bernilai RM30,000. Peraduan berlangsung dari 11 Mac hingga 10 April 2024. Untuk menyertainya, beli Pes dan/atau Santan Ayam Brand™. Untuk terma dan syarat lengkap, sila layari www.ayambrand.com.my/raya2024 .
Di mana boleh kita mula untuk menikmati ganjaran keenakan kombo pes tempatan dan Santan Ayam Brand™?
Di bawah ada beberapa contoh apa yang boleh dimasak dengan arahan lengkap.
Tambahkan sentuhan rasa anda tersendiri dalam resipi-resipi ini dan cipta tradisi asli untuk keluarga anda bersama Ayam Brand™. Buat sementara waktu, ikuti arahan mudah untuk menghasilkan dan menjamu hidangan asli kegemaran Malaysia:
Kurma Ayam
Sementara kanak-kanak mungkin merasakan kari ayam pedas, namun kurma ayam dengan rasa yang kurang pedas dengan rasa ketumbar yang menenangkan amat digemari ramai dan tidak memberikan kesan yang kurang menyenangkan pada perut si kecil yang baru mencuba puasa buat kali pertama. Daripada membeli di kedai mamak terdekat, cubalah untuk menyediakan hidangan ini sendiri.
Dalam pan bersaiz sederhana yang diletakkan di atas api sederhana, masukkan satu pek pes Kurma Ayam Brand™, tumis sehingga naik bau. Kemudian, tambah 160g ubi kentang yang telah dipotong dadu dan 600g ketulan daging ayam, gaul sehingga separa masak. Masukkan 400ml air, tutup pan berkenaan dengan penutup dan biarkan ia mereneh sehingga ayam dan ubi masak. Tambah dua biji bawang merah yang telah dikerat, 160 Santan Ayam Brand™ dan masak sehingga mendidih. Untuk menyempurnakan hidangan, hiaskan sajian anda dengan daun ketumbar dan hirisan cili merah. Hidangkan bersama nasi.
Tempoh penyediaan: 10 minit, tempoh memasak: 20 minit, saiz hidangan: 4 hingga 5 orang
Daging Masak Merah
Satu sajian Melayu klasik yang menjadi kegemaran apabila anda teringinkan rasa umami pedas. Jangan beli bungkus kerana lebih mudah, enak dan cepat jika dimasak sendiri.
Dalam sebuah kuali, panaskan satu sudu besar minyak masak dan goreng 600g hirisan daging batang. Kemudian, keluarkan daging dan minyak. Hiris bulat dua biji bawang merah dan potong dadu sebiji lada benggala. Tumiskan kedua-duanya dalam kuali yang sama sebelum dimasukkan pes Masak Merah Ayam Brand™ dan kacau sempurna. Tambahkan semula daging ke dalam kuali, dan gaul rapi, biarkan ia mereneh seketika bagi membolehkan daging menyerap rasa. Setelah siap, hidangkan dan hias dengan Kacang Pea Ayam Brand™. Hidangkan bersama nasi panas.
Tempoh penyediaan: 5 minit, tempoh memasak: 15 minit, saiz hidangan: 4 hingga 5 orang
Udang Masak Lemak Pucuk Ubi
Antara masakan Kampung yang paling menenangkan adalah masak lemak yang mempunyai rasa pedas-pedas masam berkrim umpama satu pelukan. Dapatkan kesan kulinari ini di rumah anda dengan Pes Masak Lemak Cili Padi Ayam Brand™.
Reneh 800ml air, Pes Masak Lemak Cili Padi Ayam Brand™ dan tiga batang serai yang telah diketuk dalam sebuah periuk. Tambah 600g udang, biarkan mendidih sehingga udang masa. Tambah 600g pucuk ubi, 800ml Santan Ayam Brand™ dan 6 daun kunyit yang telah dicarik halus. Masak sehingga kuah pekat. Hidang bersama nasi.
Tempoh penyediaan:5 minutes, tempoh memasak:15 minutes, saiz hidangan:4 hingga 5 orang
Kari Ikan
Jika anda rindu hidangan kari ikan tradisional yang biasannya dihidangkan bersama Nasi Dagang, dapatkan Pes Kari Ikan Ayam Brand™ dan jadikan sajian Pantai Timur ini satu realiti.
Dalam sebuah kuali, panaskan Pes Kari Ikan Ayam Brand™ sehingga naik bau, selama kira-kira 3 minit. Tambah 600ml air dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan 600g ikan tonggol atau lebih mudah, gunakan dua tin 300g Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™, tambah 400ml Santan Ayam Brand™, tutup kuali dengan penutup dan biarkan reneh di atas api perlahan sehingga ikan masak. Tambah daun kari dan biarkan ia mereneh selama 3 minit lagi. Hidangkan bersama nasi putih atau untuk rasa lebih asli, nasi dagang.
Tempoh penyediaan: 5 minit, Tempoh memasak: 30 minit, saiz hidanga: 4 hingga 5 orang
Nikmati pes asli tempatan yang menjimatkan masa dan kos serta enak daripada Ayam Brand™ untuk merasai pengalaman kulinari Malaysia dengan bermulanya sesi persekolahan dan bulan Ramadan ini.
Produk-produk Ayam brand boleh didapati di kedai-kedai runcit berhampiran anda, termasuk rangkaian, Aeon, Aeonbig, Econsave, Giant, Hero terpilih, Jaya Grocer, Lotuss, Mydin, Village Grocer, OTK, Checkers, Matahari, NSK, Pasaraya Econjaya, Sabasun, Pantai Timor, Billion, Sunshine, Nirwana, Tunas Manja, Pasaraya Hwa Thai, Maslee, Target, CS Brothers dan Family Store. Produk Ayam Brand™ juga boleh didapati di laman Ayam Brand™ Official di Shopee dan Lazada.
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!