Thursday, March 7, 2024

SENSODYNE perkenal Formula Tiga Tindakan BAHARU: 'Sensitiviti Gusi & Enamel' Sempena Hari Kesihatan Pergigian Sedunia

Hi Korang,

Pada Hari Kesihatan Pergigian Sedunia ini, Sensodyne, jenama Ubat Gigi Sensitiviti #1 di Malaysia*, melancarkan Sensodyne Sensitiviti Gusi & Enamel, sebuah inovasi terbaharu yang terbukti secara klinikal dengan formula tiga mod tindakan khusus yang memberikan kelegaan sensitiviti yang berpanjangan, membantu memulihkan kesihatan gusi dan menguatkan enamel dalam tempoh dua minggu. 

Teknologi Micro Foamnya yang inovatif berkesan dengan bahan aktif (Fluorida Stannous) ke kawasan yang sukar dicapai di antara gigi dan di sepanjang garis gusi.


Sensodyne introduces NEW Triple Action Formula: ‘Sensitivity Gum & Enamel'

From left to right:
· Professor Dr Aida Nur Ashikin Abd Rahman, Dean of Faculty of Dentistry, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
· Associate Professor Dr Mas Suryalis Ahmad, President of Malaysian Dental Association (MDA)
· Dr Alia Binti Mohammed Ghazali, President of Section Concerning Dental Officers and Specialists (MDA-SCODOS)
· Bryan Wong, General Manager, Malaysia, Singapore, Brunei (MSB), Haleon
· Carrol Tan, Head of Trading, Watsons Thoren Tan, Online Business Director, Watsons

Masalah kesihatan gigi dianggap sebahagian besarnya boleh dicegah melalui kebersihan mulut yang berkesan, namun angka kekerapan masalah ini masih tinggi. Di Malaysia, 94% orang dewasa Malaysia mengalami masalah gusi, 71% menderita sensitiviti gigi, dan hampir 46% mengalami gigi kuning, yang mungkin disebabkan oleh kehilangan enamel, menurut kajian Kantar 2021. Penemuan ini menyerlahkan kepentingan pengguna yang ketara terhadap penyelesaian dalam menangani pelbagai masalah kesihatan gigi di Malaysia.

Panel discussion on the state of oral hygiene in Malaysia and steps taken to improve it.


Sensitiviti pada gigi disebabkan terutamanya oleh masalah gusi dan hakisan enamel. Enamel ialah lapisan pelindung paling luar gigi yang mungkin lemah mengikut peredaran masa akibat asid dalam makanan dan minuman biasa, manakala masalah gusi berpunca daripada pengumpulan bakteria plak.

Opening speech by Mr Bryan Wong, General Manager, Malaysia, Singapore, and Brunei (MSB) of Haleon

“Walaupun ramai rakyat Malaysia menghadapi sensitiviti gigi, masalah gusi dan isu enamel, penyelesaian tetap wujud”, kata Bryan Wong, Pengurus Besar, Malaysia, Singapura dan Brunei (MSB), Haleon. Tambahnya, "Sembilan daripada sepuluh orang dewasa berisiko kehilangan enamel akibat makanan berasid, namun begitu ramai yang tidak menyedari kesannya terhadap gigi kita. Di Haleon, kami percaya bahawa gigi yang sihat tidak seharusnya menjadi keistimewaan eksklusif. Melalui pengenalan Sensodyne Sensitivity Gum & Enamel dan kempen #BetterOralCareNation, kami berhasrat untuk memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengutamakan kesihatan mulut mereka dengan menyampaikan penyelesaian yang boleh diakses.”

Sensodyne meneruskan gerakan #BetterOralCareNation untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mulut di seluruh Malaysia dan mendorong rakyat Malaysia mengutamakan kesihatan mulut mereka untuk gusi dan gigi yang lebih sihat. Kempen ini termasuk iklan televisyen yang memikat hati, pengiklanan luar yang menarik perhatian, aktiviti di lapangan yang menarik dan kandungan bermaklumat di seluruh laman web Sensodyne Malaysia, saluran media sosial dan platform media tradisional. Melalui kolaborasi dengan profesional penjagaan kesihatan, pencipta dan pempengaruh media sosial, Sensodyne menyasarkan matlamat untuk menyampaikan maklumat boleh dipercayai berkaitan dengan saluran.

Sensodyne is proud to carry forward its Better Oral Care Nation movement, uniting Malaysians in the pursuit of improved oral hygiene

Kempen ini dilancarkan secara rasmi pada 1 Mac, dengan acara pertama berlangsung pada 7 Mac di Sunway Velocity Mall di Kuala Lumpur, dengan pemeriksaan pergigian percuma (ujian sensitiviti, gusi dan enamel). Sebagai sebahagian daripada aktiviti penglibatan, lagu popular #BetterOralCareNation dibawa semula di media sosial bagi menginspirasikan rakyat Malaysia untuk meningkatkan kesedaran dan amalan kesihatan mulut mereka.

Ubat gigi Sensodyne Sensitivity Gum & Enamel boleh didapati di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh Malaysia.

Untuk mengetahui selanjutnya kempen tersebut, layari www.sensodyne.com.my atau ikuti akaun Facebook dan Instagram Sensodyne Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!