Hi Korang,
Cetaphil®, jenama penjagaan kulit dermatologi No.1 di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan kerjasama penting dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia. Jenama ini berasa teruja untuk memperkenalkan wajah terbaharu Cetaphil® tahun 2024, iaitu pelakon dan usahawan Malaysia serba boleh, Mira Filzah, dilantik sebagai Duta Jenama yang dihormati.
Bukan sekadar pelakon terkenal, Mira Filzah melambangkan semangat seorang ibu moden di bandar yang bekerja, sekali gus mewakili wanita yang pelbagai dan dinamik pada hari ini. Peranan beliau sebagai seorang profesional dengan pelbagai bakat dan ibu yang berdedikasi menggambarkan inti pati wanita kontemporari yang tetap mengutamakan kesihatan kulit di sebalik gaya hidup mereka yang sibuk. Cetaphil® dengan bangganya mengiktiraf Mira sebagai mercu tanda inspirasi, mempamerkan bagaimana seseorang dapat mengimbangi jadual yang mencabar sambil tetap mementingkan kesihatan kulit. Perwakilan beliau terhadap inti pati jenama Cetaphil mencerminkan sikap yang mudah didekati, sederhana dan pendekatan yang bijak terhadap penjagaan kulit. Keserasian Mira dengan etos jenama "We Do Skin, You Do You" menyerlahkan ciri yang mentakrifkan Cetaphil®.
Keserasian Mira dengan Cetaphil® melampaui permukaan, selaras dengan misi jenama untuk menggalakkan penjagaan kulit secara holistik sebagai komponen penting gaya hidup sihat. Sebagai Duta Jenama, beliau tidak hanya akan mewakili jenama tetapi juga berperanan sebagai figura yang memberikan inspirasi, mendorong wanita daripada pelbagai peringkat umur untuk menerima rutin penjagaan kulit yang mencerminkan komitmen Cetaphil dalam menangani masalah kulit dan mencapai kulit yang sihat.
Mira Filzah, Duta Jenama Cetaphil Malaysia, meluahkan keterujaannya dengan berkata, "Bergabung dengan Cetaphil® bukan sekadar kerjasama, sebaliknya ia melambangkan tindakan kasih kepada diri sendiri. Sebagai seorang ibu yang bekerja, saya memahami betapa mencabarnya menjalani kehidupan yang sibuk, tetapi penjagaan kulit ialah rutin harian penting untuk mengekalkan kesihatan kulit. Saya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada Cetaphil®, sekali gus memberikan inspirasi kepada insan lain untuk melakukan perkara yang sama."
Jenama Cetaphil menjangkakan satu siri inisiatif yang menarik, acara eksklusif, kempen media sosial dan promosi, semuanya menjurus ke arah meningkatkan pengalaman penjagaan kulit untuk rakyat Malaysia.
Cindy Tiu, Pengurus Negara Galderma Malaysia berkata, "Kami sangat gembira untuk menyambut Mira Filzah ke dalam keluarga Cetaphil sebagai Duta Jenama kami untuk tahun ini. Dengan sejarah Cetaphil yang kaya berteraskan kepakaran dermatologi, kami melihat Mira sebagai kewujudan yang ideal bagi tujuan jenama kami."
Kerjasama ini dijadualkan bermula dengan kedatangan musim Ramadan, ditandai dengan kempen "30 Hari Kulit Sihat Raya Berseri" oleh Cetaphil. Inisiatif ini bertujuan mendekati sebanyak mungkin rakyat Malaysia untuk memperjuangkan kesihatan kulit sepanjang tempoh 30 hari Ramadan. Selain bekerjasama dengan Mira Filzah, kempen ini meluaskan jangkauannya dari sfera digital ke aktiviti di tapak, termasuk sebuah van kombi direka khas yang akan mengembara ke pelbagai lokasi.
"Matlamat kami adalah untuk menyusun naratif yang bermakna sepanjang kempen ini, menjadikannya sebagai perjalanan yang bermatlamat bagi semua orang semasa Ramadan. Melalui aktiviti dan kerjasama strategik dengan individu berpengaruh seperti Mira Filzah, kami menetapkan sasaran untuk menyentuh kehidupan rakyat Malaysia dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan kulit. Walaupun fokus utama Ramadan adalah pada perkembangan rohani, disiplin diri, dan pembinaan empati, kami mengakui bahawa konsep penjagaan diri adalah sama penting pada bulan yang mulia ini," tambahnya.
Inti pati kempen ini terletak pada dorongan kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan rutin tiga langkah yang mudah tetapi berkesan dengan menggunakan rangkaian Cetaphil® CORE - Bersihkan dengan Cetaphil® Gentle Skin Cleanser atau Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser, Lembapkan dengan Cetaphil® Moisturising Cream atau Cetaphil Moisturising Lotion, dan Lindungi dengan Cetaphil® Sun SPF 50+ Light Gel. Rutin penjagaan kulit ini bertujuan memperkasakan individu untuk mencapai kulit yang berseri-seri menjelang Hari Raya Aidilfitri, menekankan betapa pentingnya amalan penjagaan kulit yang konsisten namun mudah pada bulan yang mulia ini.
Menambahkan kemeriahan perayaan, Cetaphil® memperkenalkan kempen Beli & Menang di seluruh negara, menawarkan peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM48,000 kepada pembeli. Hadiah termasuk pengubahsuaian IKEA, penginapan 2H1N di hotel pilihan mereka, dan baucar minyak petrol.
Selain itu, mulai 1 Mac – 30 April 2024, pembeli berpeluang memenangi tudung eksklusif Mira Filzah apabila membelanjakan minimum RM100 untuk produk Cetaphil® Bright Healthy Radiance dalam satu resit.
Untuk meraikan perayaan Aidilfitri, Cetaphil® juga bekerjasama dengan jenama tempatan Malaysia dalam kempen POWA Kampung Pink mereka, yang memberikan tumpuan pada rangkaian Cetaphil® Bright Healthy Radiance mereka untuk mencapai kulit yang cerah, sihat dan berseri sepantas 14 hari. Menampilkan jenama tempatan seperti Mira Filzah Shawls, Petit Moi, So.lek dan banyak lagi, pembeli boleh menebus kod promosi eksklusif di laman web Cetaphil atau berpeluang memenangi sampel produk Cetaphil® Bright Healthy Radiance, seterusnya menyediakan mereka untuk perayaan yang akan datang daripada penjagaan kulit, kecantikan dan keperluan fesyen.
Untuk butiran lanjut mengenai 30 Hari Kulit Sihat Raya Berseri dan Kampung Pink Powa, sila layari www.cetaphil.com.my atau cari kami di Instagram dan Facebook.
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!