Sunday, October 1, 2023

Kemampanan Di Atas Pinggan Inisiatif Hijau Di Makan Kitchen DoubleTree By Hilton Kuala Lumpur

Hi Korang,

Kita sambung lagi citer makan-makan dan kali ni kak lily nak bawak korang ke buffet makan malam di Double Tree by Hilton Kuala Lumpur sempena kempen Sustainability On a Plate.


Nak mendidik kita yang banyak makanan ini tidak mudah untuk membazir dan dalam masa sama dapat mengurangkan sisa makanan. Yelah kerana negara kita paling banyak bahan buangan adalah sisa makanan yang tidak habis. Jadi bufet kali ini bukan sahaja dapat nikmati makanan yang enak-enak dan sedap-sedap tapi dalam masa sama kita membantu dari segi pembaziran dan menyelamatkan dunia.



Bufet makanan malam kali ini telah bermula sejak 3 Okt hingga 31 Okt 2023 bermula jam 6.30pm hingga 10.00pm. Kak lily amat sukakan masakan makanan kat sini kerana kalau masakan Melayu atau masakan tradisional meraka memang terasa segalanya. Kalau kuah lemak memang terasa lemaknya, kalau masak kari memang pekat karinya, kalau masak sambal tu cukup pedasnya tiada yang kurang.






Kali ini memang pilihan makanan untuk makan malam meraka cukup banyak dan juga pelbagai jenis. Station makanan Melayu kat situ ada Masak Kari Ikan, juga Masak Sambal Udang, Ayam Goreng Sambal Kelulut Madu, Masak Ketam Bunga Sambal Minang dan juga macam-macam lagi. Pilihan makanan laut segar dan saiz besar yang dihidang atas ais sangat menyelerakan dan membuat kita rasa nak ambil semua tapi ingat jangan membazir.




Ada pula station untuk masakan India yang menyediakan Roti Prata dan juga Roti Naan. Juga ada kuah Dhal yang sedap dan juga pelbagai kuah-kuah lain bersama Ayam Tandori yang memang ramai orang suka. Kat station untuk masakan Cina pula ada pelbagai sup dan juga nasi goreng dan juga masakan panas.

Jadi memang kena cuba sebab dah lama tak ada konsep bufet yang macam ni. 

Dapatkan tambahan 500 mata bonus Hilton Honors apabila anda menjamu selera di Makan Kitchen sebagai ahli Hilton Honors.

Korang mesti nak tahu harga berapakan bagi kak lily ia berbaloi lah makan kat hotel bertaraf 5 bintang dan juga pada ketinggian dengan pemandangan menarik sekita Kuala Lumpur. Harga bufet makan malam untuk hari Selasa hingga Khamis hanya RM118 nett untuk seorang dewasa dan RM59 nett untuk seorang kanak-kanak. Manakala harga untuk hari minggu iaitu Jumaat dan Sabtu adalah RM148 nett dan RM74 nett. Harga tertakluk kepada 6% semasa Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST).


Jadi mungkin boleh kot bawa satu keluarga atau bawa kekasih nak dating makan yang enak-enak dan mewah di DoubleTree By Hilton Kuala Lumpur ni. 


Sambil kita makan kita juga turut menyokong inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh Hilton iaitu:-

Hasil Tempatan Dan Resipi Untuk Perubahan
Mengambil sumber makanan tempatan dalam radius 50 batu, menghadkan penggunaan plastik merentasi operasi dan menu yang disusun dengan teliti yang mengurangkan kesan karbon masakan dengan ketara

Sumber Yang Mampan
Kemajuan tambahan dalam mendapatkan sumber daripada perikanan dan telur yang diperakui MSC dan ASC yang dibeli daripada sumber tanpa sangkar.

Mengurangkan Pembaziran
Bekerjasama dengan kumpulan kebajikan haiwan terbiar dalam inisiatif pemberian makanan amal dan membuat kompos sisa bufet untuk digunakan sebagai baja organik tempatan.


Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :-
Tel : +603- 2172 7272
Email : KULDT_FBRiservations@hilton.com
WhatsApp : +6012 290 1655

No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!