Hi Korang,
Lama betul tak join beauty workshop ni lah.
Bukan apa bengkel kecantikan seperti ini banyak mengajar betapa pentingnya penjagaan kulit muka. Penjagaan wajah memang sangat penting dan perlu dijadikan amalan setiap hari Apabila kulit wajah sihat dan berseri-seri, kita tidak lagi bergantung kepada keajaiban mekap ataupun filter yang didatangkan dalam fungsi telefon pintar yang ada pada hari ini.
Baru-baru ini kak lily telah menyertai Bengkel Kecantikan Tanpa Mekap Bersama Jenama Skeyndor (No-Makeup Beauty Workshop) untuk mengetahui cara yang betul penjagaan wajah.
Pelbagai tips cara penjagaan wajah dapat kak lily pelajari sepanjang bengkel.
Apa yang menarik, bengkel ini juga memerlukan setiap peserta melakukan sendiri dari langkah pertama pembersihan wajah sehinggalah ke penjagaan akhir iaitu memakai krim pelindung matahari.
Menggunakan produk-produk hebat Skeyndor seperti:-
Expert Cleanse Pro
siri penjagaan wajah yang mempunyai 3 fasa mudah. Ianya dapat membersih secara mendalam (deep cleansing) agar wajah benar-benar bersih.
Multimask Power Ritual
Terdapat 3 jenis mask waajah iaitu +Luminosa (bright), +Hidratada (moisturised) dan +Purificada (Purified).
Intensive Beauty Ritual
7 unik concentrate untuk 7 hari.
Hyaluron Filler Base
Di jadikan asas permulaan makeup
Protection Cream (Protection Solar)
Ianya berfungsi untuk melindungi wajah dari cahaya matahari.
Selepas ikuti semua langkah dan menggunakan produk-produk Skeyndor memang kita akan rasa kelainan pada wajah. Kesannya juga agak pantas dan ketara. Kulit rasa lebih bersih, cerah dan anjal.
Banyak juga tips dari perkongsian yang diberikan oleh pakar kecantikan Skeyndor . Antaranya sangat penting dalam penjagaan wajah kita perlu lakukan dengan penuh rasa kasih dan lembut. Wajah perlu dibelai-belai dan dimanja-manjakan.
Selepas bengkel ada juga sesi cabutan bertuah. pemenang giveaway dan penyampaian sijil pernyertaan kepada semua peserta. Jamuan ringkas disediakan oleh Grind & Ground Cafe dan semua makanan yang dihidangkan memang sedap-sedap.
Terima kasih Skeyndor atas penganjuran bengkel kecantikan yang cukup menyeronokkan.
Sedikit Info Tentang Skeyndor
SKEYNDOR bermula pada tahun 1966 dengan misi menghasilkan produk inovasi berterusan. Sentiasa konsisten mendapatkan penemuan baharu selaras dengan konsep "Sains Mencipta Kecantikan". Apa yang pasti hasil penemuan adalah terbukti secara saintifik terbaik menerusi kajian keberkesanan.
Skeyndor ialah jenama penjagaan kulit No. 1 di Sepanyol dan diiktiraf sebagai lima belas jenama kosmetik profesional terbaik di dunia. Jenama ini telah memasuki di lebih 55 negara. SKEYNDOR juga mempunyai pasukan pakar teknikal dan jabatan R+D+I sendiri serta bekerjasama dengan Majlis Penyelidikan Saintifik Kebangsaan (CSIC) bagi penemuan bahan aktif baharu.
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!