Hi Korang,
Peraduan penghargaan jenama tahunan kegemaran Guardian kini kembali lagi dengan hadiah yang lebih hebat dan gempak untuk dimenangi.
Anugerah Guardian 2023 menjanjikan hadiah hebat bernilai lebih RM150,000 untuk dimenangi oleh para pengundi yang mengundi dalam EMPAT kategori utama iaitu; penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan kesihatan dan penjagaan diri dengan 96 sub-kategori.
Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata:
“Anugerah Guardian 2023 ialah anugerah paling berprestij dan muktamad dalam pasaran masa kini yang mengambil kira kedalaman dan keluasan produk, jenama dan kategori yang terlibat. Ia mungkin merupakan anugerah penghargaan jenama paling komprehensif di pasaran hari ini.
Ia menyediakan gambaran yang bebas dan adil terhadap jenama yang paling banyak menjangkau dan memberi impak kepada pelanggan kami. Jenama yang terlibat juga akan memperolehi pemahaman yang lebih mendalam tentang jenama pilihan pelanggan.”
Untuk tahun ini, 200 jenama mengambil bahagian dengan lebih 400 produk bersaing untuk merebut anugerah dalam empat kategori utama.
“Pelanggan kami adalah pakar dalam menentukan produk dan jenama kesihatan dan kecantikan yang berkesan untuk mereka dan lebih penting lagi, nilai yang mereka perolehi daripada pembelian mereka di Guardian.
Kami memberi suara kepada pelanggan untuk memilih jenama kesihatan dan kecantikan terbaik yang ditawarkan di semua stor kami menerusi sudut pandang mereka sendiri yang tidak berat sebelah,” tambah Angela.
Penyertaan untuk peraduan ini adalah PERCUMA, tiada pembelian diperlukan dan ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas yang memiliki alamat emel serta akaun Facebook atau Google yang sah. Pengundi dikehendaki untuk mengundi sekurang-kurangnya TIGA sub-kategori untuk mendapatkan token untuk bermain MESIN CLAW, dan peluang untuk menyertai Cabutan Bertuah bagi memenangi Hadiah Utama.
Lebih banyak token yang anda perolehi, lebih banyak peluang anda untuk menyertai Cabutan Bertuah.
Tiada penyertaan undian maksimum harian ditetapkan, tetapi peserta hanya boleh bermain mesin claw sebanyak EMPAT kali sehari dan undian hanya akan dikira untuk penyertaan dengan serahan undian yang lengkap.
Oleh itu, pengundi digalakkan untuk menyertai laman undian untuk mengundi setiap hari kerana lebih banyak token yang mereka menangi, lebih besar peluang mereka untuk memenangi hadiah-hadiah utama.
Undian dibuka mulai sekarang hingga 2 Ogos 2023, dimana semua undian dikendalikan secara maya. Pelanggan hanya perlu mendaftar di http://awards2023.guardian.com.my/ dan mula mengundi.
Semua pelanggan yang mengundi berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 15,185 hadiah yang bernilai lebih RM150,000, termasuk Hadiah Utama berupa Sony PlayStation 5 Disc Edition bernilai RM2,499.
Hadiah-hadiah lain termasuk Marshall Action III Bluetooth Speaker bernilai RM1,599, sebuah Apple Watch SE (2nd Generation) bernilai RM1,199, dua Apple AirPods (2nd Generation) bernilai RM629 setiap satu, 100 Baucar Tunai Guardian RM50, 15,000 E-Baucar Guardian RM8, dan 80 Hamper Kategori Eksklusif bernilai RM300 setiap satu.
“Di samping semua hadiah menarik ini, kami juga menawarkan promosi menarik untuk pelanggan sepanjang tempoh peraduan anugerah jenama ini dengan diskaun sehingga 50% untuk pelbagai produk.
“Anugerah Guardian 2023 ialah sebuah platform undian pelanggan yang benar-benar unik dan ia lebih relevan pada masa kini kerana Guardian didorong untuk berhubung, terlibat secara aktif dan memahami keperluan gaya hidup, pilihan serta tabiat pelanggan yang sentiasa berubah dan berkembang. Inilah komitmen kami untuk membantu pelanggan menikmati gaya hidup kecantikan sihat idaman mereka.
“Jadi kepada semua pelanggan di luar sana, buat undian anda supaya suara dan pilihan anda didengari dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menakjubkan ini,” jelas Angela.
Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat penuh Anugerah Guardian 2023 dan undian, sila layari http://awards2023.guardian.com.my/ atau mana-mana platform media sosial Guardian.
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!