Tuesday, April 4, 2023

Set Menu Hidang Selera Warisan Di MICASA All Suite Hotel Kuala Lumpur

Hi Korang,

Di musim Ramadan ini, MiCasa All Suite Hotel Kuala Lumpur menawarkan promosi istimewa Set Hidang Selera Warisan bertemakan Masakan Tradisional.


Mengamit nostalgia seperti masakkan dirumah, dengan keunikan rasa rempah ratus dan aroma, Ramadan tahun ini mempersembahkan Chef Adrian Lai dan Chef Mustaza Sulaiman. Shiso Dining menyediakan Set hidangan kampung kegemaran ramai. Menu istimewa seperti, Rendang Daging, Sate, Ayam Bakar Bersama Sos Percik dan Asam Pedas Ekor.











Aroma sate bakar mengimbau kembali memori zaman dahulu. Pelbagai kenangan dan memori indah masa zaman kanak -kanak pastinya tidak dapat dilupai.

Set A

Set B

Keenakan citarasa bukan saja dipengaruhi oleh rasa malahan ianya juga dipengaruhi oleh persekitaran, pengalaman dan makanan yang disediakan dengan penuh kasih-sayang.

Raikan bulan Ramadan ini dengan penuh keriangan dan kegembiraan berbuka bersama orang yang tersayang. Eratkan hubungan disamping menikmati makanan berbuka yang enak dengan harga yang berpatutan.



Terdapat dua set pilihan menu ditawarkan pada harga RM148nett untuk dua org dewasa. Promosi bermula dari 23 Mac 2023 hingga 21 April 2023.

Tempahan awal perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh tempahan.

Untuk tempahan sila hubungi +03 2179 8000 / WhatsApp +6017 219 6126 atau e-mel kepada fnbkul@micasahotel.com

Micasa All Suite Hotel KL
368-B, Jalan tun Razak,
Kuala Lumpur

General Line : 03-2179 8000



No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!