Hi Korang,
Dalam menyambut keindahan bulan Ramadan dan keriangan Hari Raya yang bakal tiba, Pavilion Bukit Jalil mengukuhkan identitinya sebagai ikon kesinambungan dengan penganjuran sambutan Meriah Raya, acara dan sesi buka puasa bersama kepelbagaian komuniti yang terdiri dari pengunjung pusat beli belah, komuniti B40, agensi kerajaan, pelajar dan keluarga yang menetap sekitar kejiranan Bukit Jalil.
Sejak dilancarkan pada 25 Mac 2023, sambutan Meriah Raya yang telah diadakan selama sebulan memperlihatkan komitmen berterusan pusat beli belah ini dalam merapatkan hubungan bersama penduduk setempat.
Pavilion Bukit Jalil menyambut Hari Origami Malaysia pada 15 April 2023 yang dilancarkan oleh En Tsukamoto Norihisa, Pengarah Japan Foundation Kuala Lumpur, En Kenneth Ch’ng, Pengasas Origami Academy Malaysia dan Puan Kung Suan Ai, Pengarah Pemasaran, Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd.
Secara eksklusif dan pertama kali di Malaysia, para pengunjung boleh menyaksikan pameran Origami Modular dan deretan pameran Hari Origami Malaysia yang bertempat di Tokyo Town, aras 2, Pavilion Bukit Jalil. Turut menampilkan Arca Gerakan Origami Malaysia setinggi 12 kaki, arca ini membawa hasrat jitu para pencipta origami di Malaysia. Arca seni modular makro ini merupakan arca terbesar dan pertama di Malaysia, dibina dengan penyatuan grid bercorak berlian yang merupakan elemen seni bina bangunan yang sering digunapakai termasuk di Pavilion Bukit Jalil.
Mempamerkan kekuatan hubungan dua hala dan sanjungan pertukaran budaya diantara Jepun dan Malaysia, pertunjukan Hari Origami Malaysia ini menjemput para pengunjung menyaksikan seni lipatan origami menampilkan tokoh sejarawan Malaysia, ikon budaya, makanan, aktifak, flora dan fauna. Sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba, para pengunjung boleh menebus bengkel origami Raya eksklusif pada 21, 22, 23, 24, 29 dan 30 April 2023 yang menampilkan bengkel penghasilan origami Wau Bulan, Wau Merak, ketupat dan sarung ketupat telefon bimbit istimewa.
Pada 16 April 2023 lalu, pusat beli belah ini juga telah menyantuni komuniti B40 dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil Fasa 1 dan 2 dengan menyumbangkan 500 beg barangan keperluan Meriah Raya. Projek Perumahan Rakyat (PPR) merupakan initiatif kerajaan dalam membantu golongan rakyat atau keluarga berpendapatan rendah (komuniti B40) yang dipacu oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Sebagai tambahan, Pavilion Bukit Jalil turut menyumbangkan 150 beg barangan Meriah Raya kepada para petugas barisan hadapan termasuk penunggang penghantaran makanan seperti Airasia Drivers dan Riders, GrabFood, ShopeeFood serta FoodPanda demi menghargai jasa baik dan keringat mereka sepanjang bulan Ramadan ini.
Pavilion Bukit Jalil bersama YB Tuan Ng Sze Han dari Kerajaan Tempatan Selangor telah menjemput 100 wakil masyarakat dari Kinrara untuk sesi berbuka puasa di Sushi Koi, Pavilion Bukit Jalil pada 17 April 2023 lalu.
Sambutan Meriah Raya diteruskan dengan kehadiran lebih 100 wakil dari Majlis Sukan Negara, Pejabat Parlimen Seputeh dan Bukit Jalil serta komuniti sekitar Bukit Jalil untuk masjlis buka puasa Meriah Raya yang pertama kali diadakan di Centre Court, Aras 2, Pavilion Bukit Jalil.
Para tetamu diraikan dengan persembahan muzikal oleh Ferris Music dan Malaysian Buskers sambil dijamu selera juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Grandmama’s.
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!