Tuesday, March 21, 2023

ELEGANT COSMETICS MELANTIK HANNAH DELISHA SEBAGAI DUTA DAN MELANCARKAN PRODUK SERUM INOVASI TERBAHARU IAITU "ELEGANT AGE DEFIANCE SERUM"

Hi Korang,

Elegant Cosmetics yang merupakan antara jenama yang menjadi sebutan dan pilihan ramai rakyat Malaysia saban hari kini telah melantik Hannah Delisha secara rasmi sebagai Duta Elegant Cosmetics diwakili oleh pengasas Dato' Al Amin serta pengasas bersama Tuan Fitri Khai yang juga merupakan penaja utama Drama Hangat karya novel Siti Rosmizah yang dilakonkan juga oleh Hannah Delisha sebagai watak utama drama tersebut di Hotel Tenera, Bangi, Selangor. 


Pemilihan Hannah Delisha sebagai Duta jenama Elegant Cosmetics juga adalah seiring dengan kualiti visi dan misi jenama tersebut yang sangat teliti dari setiap aspek. 

Visi - Jenama Elegant Cosmetics lebih meluas di pasaran Asia dengan kualiti produk dan potensi jenama setaraf antarabangsa. 

Misi - Melahirkan lebih ramai wanita mahupun lelaki yang mempunyai kulit cantik semulajadi tanpa beralas mekap dengan keyakinan diri yang lebih tinggi. 


Berikutan juga seperti yang kita sedia maklum Hannah Delisha juga merupakan antara selebriti yang sangat mengambil berat tentang setiap aspek bahan-bahan serta kualiti persembahan produk yang perlu dinilai oleh dirinya sendiri sebelum bersetuju untuk menjadi Duta selaras juga dengan setiap penghasilan produk-produk Elegant Cosmetics yang kesemuanya mempunyai dokumen lengkap berhubung keselamatan produk untuk penggunanya. Elegant Cosmetics juga kini telah berada di pasaran 4 buah negara iaitu Malaysai, Brunei, Singapore dan Indonesia.


Elegant Cosmetics yang juga telah melancarkan inovasi serum oilet produk terbaharu mereka iaitu "Elegant Age Defiance Oilet Serum" atau lebih dikenali sebagai EADOS Serum. EADOS Serum yang diformulasikan khas untuk menganjalkan kulit, memudarkan kesan parut serta mengecutkan jerawat dari hasil gabungan formulasi utama yang berkesan iaitu bahan " Adenosine" dan "Hibiscus Sabdariffa Fruit Extract" atau Ekstrak Bunga Roselle untuk hasilkan lebih banyak kolagen yang sihat dalam kulit kita. Inovasi terbaharu "Oilet Bubble" atau "Oil-Infused Water" dengan 3 warna yang berbeza iaitu "Pink- Ekstrak Bunga Roselle, Biru- Adenosine dan Kuning-Vitamin C" yang terdapat dalam EADOS Serum ini yang memberi penyerapan yang lebih mendalam untuk memberikan impak yang maksima kepada kulit. 

Jarang kita dengar tapi inilah Elegant Cosmetics yang menjadi pemula dalam inovasi baharu ini dalam industri pembuatan serum di Asia demi melahirkan ramai yang boleh mendapatkan kulit awet muda walau semakin berusia.


Sehubungan dengan itu, menjadi satu kejayaan baharu lagi buat pihak Elegant Cosmetics yang sejurus menyambut ulang tahun kelahiran jenama Elegant Cosmetics yang ke-3 tahun di pasaran semalam disambut baik yang dirasmikan oleh Pengasas Dato' Al Amin dan Pengasas bersama Tuan Fitri Khai semalam. Berikut juga yang menunjukkan jenama ini diterima baik oleh penggunanya diseluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia sepanjang 3 tahun dipasaran yang bertahan sehingga kini malah lebih maju kedepan apabila pada tahun 2023 ini menjadi permulaan yang baik bagi mereka. Pada tahun 2023 ini Elegant Cosmetics juga menjadi penaja utama rancangan Final Konsert Famili Duo 2023 dan turut bersiaran khas di stesen siaran radio nombor satu Malaysia iaitu Radio Era.


Pihak Elegant Cosmetics berharap agar jenama ini terus mendapan sokongan dan sambutan baik oleh semua rakyat Malaysia terutamanya selain dapat lebih meluas di seluruh Asia. Besar harapan pihak Elegant Cosmetics untuk menjadi antara salah satu jenama yang mempunyai identiti besar yang mendapat kepercayaan untuk berada setaraf jenama-jenama besar diperingkat antarabangsa yang terkenal dengan produk yang mempunyai kualiti terbaik untuk penggunanya dalam industri kecantikan.

Semua rangkaian produk Elegant Cosmetics boleh didapati di 


atau 

boleh juga dapatkan dengan agen-agen terdekat diseluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia.


No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!