Tuesday, February 7, 2023

Astro Raikan Pembukaan Antara Experience Store Perdana Yang Terbesar

Hi Korang,

Astro meraikan pembukaan perdana Astro Experience Store yang merupakan antara Experience Store terbesar bertempat di IOI City Mall, Putrajaya pada hari ini. Kedai baharu ini menawarkan para pelanggan pengalaman yang luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan Astro.

Euan Smith, bakal Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro berkata: “Kami amat bergembira dengan pembukaan Astro Experience Store yang kedua di Kuala Lumpur. Kami telah membuka kedai pertama kami di Pulau Pinang dan berjaya menarik minat di kalangan ramai pelanggan. Kami berhasrat untuk menguatkan lagi pengalaman Astro di kalangan para pelanggan kami dan menunjukkan pelbagai tawaran terkini dan terbaik daripada Astro. Para pelanggan boleh menguji kesemua ciri Ultra Box termasuk keupayaan 4K UHD, menanyakan nilai hebat pek-pek TV kami, mengetahui dengan lebih lanjut tentang aplikasi Astro Fibre atau cara-cara untuk berhibur dengan aplikasi Astro GO secara ‘on the go’.”


Pembukaan secara besar-besaran ini dimeriahkan lagi dengan persembahan-persembahan hebat daripada Jaclyn Victor dan Datuk Syafinaz Selamat, penampilan maskot-maskot kesayangan, sesi bertemu peminat bersama para pelakon Projek: High Council serta banyak lagi aktiviti menarik. Para pelanggan berpeluang untuk membeli TV 4K atau komputer riba Levono hanya pada RM1 apabila mereka mendaftar atau menaik taraf untuk beberapa perkhidmatan Astro. Pada masa yang sama, para pelanggan Astro boleh menunjukkan aplikasi My Astro untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif di kedai kami.

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati pengalaman kandungan yang mengasyikkan menerusi tawaran-tawaran program yang menyeluruh dan produk terkini termasuk Ultra Box serta Astro GO, di mana anda boleh strim siri drama terkini Projek: High Council, siri animasi televisyen Transformers: EarthSpark dan acara bersiaran secara langsung seperti Liga Perdana Inggeris tanpa gangguan cuaca. Tambahan pula, anda tidak perlu risau mengenai siaran rancangan yang berulang kerana anda boleh mengakses pelbagai kandungan seperti adaptasi permainan video The Last of Us di HBO GO; drama polis tempatan Special Force Anarchy di Disney+ Hotstar; thriller sains fiksyen Jung E menerusi Netflix; Ligue 1, La Liga dan Australia Open Tennis di beIN SPORTS CONNECT; drama TVB Treasure of Destiny melalui TVBAnywhere+; C-drama Unchained Love di iQIYI serta The Great British Bake Off di BBC Player.

Astro Experience Store berada di tingkat tiga, IOI City Mall dan menyediakan ruang yang hebat untuk para pembeli mencuba kesemua produk dan perkhidmatan Astro untuk rumah mereka serta secara ‘on the go’. Tambahan pula, para pelanggan boleh bertanya mengenai promosi terkini, perkhidmatan, naik taraf pek atau Astro Box mereka dan banyak lagi. Antara kempen-kempen yang giat dijalankan adalah:

        Kempen WiFi Kencang + Pek Movies* yang menawarkan para pelanggan penjimatan RM29 apabila mereka melanggan WiFi Kencang 50Mbps dengan Pek Movies.

        Tawaran eksklusif* untuk para pelanggan menikmati diskaun sehingga 6 bulan untuk pembelian pek terpilih di Astro Experience Store.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astro.com.my.

*Tertakluk kepada terma & syarat.

No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!