Hi Korang,
Hampir semua rakyat Malaysia menggemari mi segera. Kita tidak sekali-kali dapat menolak keinginan untuk menikmati satu hidangan besar mi segera, tidak mengira masa. Untuk membawa perisa ikonik ini ke tahap yang lebih unggul, mi goreng nombor satu di Malaysia, Mi SedaapTM telah memperkenalkan perisa baharu Mi Goreng: MI SEDAAP™ Mi Goreng Ayam Bakar Limau.
Perisa yang inovatif ini diinspirasikan oleh sajian ayam bakar yang wangi dengan sambal pedas-pedas masamnya, yang tersedia di dalam bentuk mi segera.
“Ayam bakar merupakan sajian tempatan paling popular yang ditemukan di seluruh kepulauan Melayu, yang merupakan syurga kepada pelbagai sajian tradisional. Apa yang menarik tentang ayam bakar kami ialah resipi ini menggabungkan adunan rempah ratus yang membangkitkan aroma limau yang segar, digandingkan dengan sambal pedas masam yang memikat cita rasa dan selera anda. Kami berbesar hati untuk memperkenalkan interpretasi inovatif ini sebagai penambahan terkini kepada senarai perisa kami yang membangkitkan selera. Mi SedaapTM Mi Goreng Ayam Bakar Limau juga dilengkapi Kriuk- Kriuk® Daun Limau kami yang terkenal, yang disalut dengan rasa limau yang segar, untuk ditaburkan sebagai hiasan,” jelas Kam Ai Nee, Ketua Pemasaran Gentle Supreme Sdn Bhd.
Sebagai salah satu jenama terkemuka dalam pasaran mi segera selama lebih 19 tahun, visi kami adalah untuk menghasilkan produk berkualiti kerana kami percaya bahawa perkara yang terbaik dalam kehidupan boleh dinikmati oleh semua. Dengan memperkenalkan MI SEDAAP™ Mi Goreng Ayam Bakar Limau, rakyat Malaysia lebih mudah untuk menikmati sajian legenda ini.
Kilang Mi Sedaap diperakukan dengan Pensijilan ISO 22000 bagi Piawaian Antarabangsa untuk Pengurusan Keselamatan Makanan dan Pensijilan ISO 9001 bagi Piawaian Antarabangsa untuk Sistem Pengurusan Kualiti. Kami mempunyai pelbagai produk yang telah dinikmati oleh ramai pengguna di lebih 30 buah negara termasuklah Malaysia, selama lebih dari sedekad. Kesemua produk kami memenuhi tahap piawaian pengeluaran yang dikawal rapi, dan dihasilkan dibawah piawaian pengeluaran dan penyeliaan yang ketat, selain memenuhi piawaian keselamatan makanan di sepanjang rantaian bekalan. Oleh itu, produk MI SEDAAP™ adalah selamat dan sentiasa sedaap!
MI SEDAAP™ Mi Goreng Ayam Bakar Limau kini tersedia dalam paket 89g x 5 di semua pasar raya terkemuka di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!