Hi Korang,
QSR Trading, penggerak di sebalik KFC dan Pizza Hut Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran barisan produk kepingan keju jenama LACTIMA. Empat varian baharu - Cheddar Yellow, Toast, Mozzarella, dan Creamy akan diperkenalkan di pasaran Malaysia mulai hari ini.
LACTIMA ialah jenama pengeluar keju berusia 33 tahun dari negara Poland, yang juga merupakan negara pengeluar keju ke-6 terbaik di dunia. Dengan slogan “Manfaat Kesihatan Dalam Setiap Kepingan”, setiap kepingan keju LACTIMA kaya dengan protein dan kalsium, berkualiti tinggi, tidak mengandungi bahan pengawet, tiada organisma ubah suai genetik ‘GMO’, dan menggunakan pewarna semula jadi (karotena daripada lobak merah).
Selain itu, setiap kepingan dibungkus secara berasingan dan dibalut secara bersih, menjadikan setiap kepingan benar-benar segar. Rangkaian keju LACTIMA adalah halal dan diiktiraf oleh JAKIM.
“Penerimaan keju di Malaysia semakin popular sejak 3 tahun lalu. Berdasarkan perkembangan terkini, keju semakin banyak digunakan dalam pelbagai hidangan di pasaran perkhidmatan makanan, terutama sekali di restoran makanan segera & restoran makanan Korea. Ini telah mempengaruhi dan menggalakkan lebih ramai pengguna untuk menggunakan keju dalam masakan di rumah, seperti piza keju, roti bakar berkeju, malah sesuai sebagai topping untuk pelbagai jenis hidangan. Tanpa ragu-ragu, keju semakin diterima dan popular di kalangan rakyat Malaysia” kata Encik Chan Chong Thye, Pengurus Besar, QSR Trading Sdn Bhd.
“Kami amat berbesar hati untuk memperkenalkan rangkaian kepingan keju LACTIMA, menambahkan lebih variasi kepada rangkaian luas yang sedia ada di pasaran Malaysia. Menurut kajian penyelidikan (Harga Jualan Runcit Euromonitor 2019), produk tenusu dilaporkan sebagai kategori makanan nombor dua teratas di Malaysia. Selain itu, dari segi saiz pasaran, keju mendahului senarai pertumbuhan nilai +51.4% dalam kategori Tenusu pada Ogos 2022 di Semenanjung Malaysia (Nielsen YTD Ogos 2020). Oleh yang demikian, kita dapat melihat bahawa permintaan kian meningkat untuk produk keju. Justeru itu, QSR Trading ingin mengambil peluang ini untuk memperkenalkan jenama keju yang terkenal ini untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia,” tambahnya.
Harga jualan yang disyorkan untuk LACTIMA Cheddar Yellow (200g) dan Toast (200g) ialah RM10.80 sepeket, manakala LACTIMA Mozzarella (200g) ialah RM11.25 sepeket. LACTIMA Creamy (130g) pula dijual pada harga RM7.16 sepeket.
Produk keju LACTIMA (Cheddar Yellow 200g, Toast 200g, Mozzarella 200g, Creamy 130g) akan tersedia di rak pasaraya-pasaraya besar & pasaraya utama (di Semenanjung Malaysia) bermula bulan Julai dan juga di kedai khusus produk-produk QSRT melalui aplikasi FoodPanda, Grab dan HappyFresh dari bulan September seterusnya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web QSRT di www.qsrtrading.com.my
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!