Hi Korang,
Pusat gim dan kecergasan Star Fitness telah menganjurkan satu sesi yoga “Star Fitness International Yoga Day 2022” bertempat di Centro Mall Klang pada 25 Jun 2022, Sabtu lepas. Sesi yoga ini telah dikendalikan oleh selebriti terkenal Atilia Haron.
Objektif utama penganjuran Star Fitness International Yoga Day 2022 adalah bersempena sambutan Hari Yoga Sedunia 2022 pada 21 Jun 2022 selain mempromosikan yoga sebagai salah satu senaman yang merangkumi kesihatan jiwa dan fizikal. “Ada pelbagai gaya dalam yoga yang mana ia mampu mendidik jiwa berada dalam keadaan positif sekaligus menjadikan diri dan tubuh anda lebih sihat,” kata Encik Syed Shaddad, Pengarah Urusan Star Fitness.
Perkataan yoga berasal daripada sanskrit kuno “Yuj” yang membawa maksud menyatukan, menyambungkan atau menggabungkan. Ia adalah sejenis senaman berasaskan tiga perkara iaitu pergerakan, pernafasan dan meditasi. Dengan mengamalkan yoga secara konsisten, ianya dapat membantu menangani stress, mengurangkan berat badan, meningkatkan kekuatan, kestabilan dan fleksibiliti termasuk tidur yang lebih berkualiti.
Sesi yoga selama dua jam yang bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi ini telah dibahagi kepada dua bahagian iaitu Sesi 1 bersama Atilia Haron dan Sesi 2 bersama Harrison Jub. Setiap sesi berlangsung selama satu jam dan telah disertai seramai hampir 80 orang terdiri dari ahli kelab Star Fitness dan orang awam. Selain itu, kehadiran selebriti terkenal tanah air dan pempengaruh seperti Raden Zaharatul, Saidah Kamarudin, influencer Chan Khye serta finalis Mr World Malaysia 2022, El-Umar, Jack Kho, Parvin, Zaim dan Raja Irshad turut memeriahkan sesi tersebut.
Ditubuhkan pada Mac 2020, Star Fitness yakin penganjuran program kesihatan seperti ini akan dapat diteruskan di masa hadapan dan Star Fitness akan terus berusaha memberikan pengalaman kecergasan berkualiti tinggi, terbaik dan menyeronokkan. Selain mempunyai 4 kelab beroperasi di lokasi seperti Aeon Big Subang Jaya, Aeon Big Wangsa Maju, Viva Shopping Mall dan Centro Mall Klang, orang ramai khususnya warga Pulau Pinang boleh menjangkakan beberapa kelab bakal dibuka tidak lama lagi di Aeon Big Seberang Jaya, Prai Penang dan Aeon Big Bukit Minyak Pulau Pinang.
Selain Star Fitness, penganjuran Star Fitness International Yoga Day 2022 ini turut ditaja Under Armour, Yogood, Gramps Asia dan AA Naturals. Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari www.starfitness.com.my .
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!