Sunday, July 24, 2022

Rangkaian Acne Solution Kit Daripada FANBO, Khas Untuk Mereka Yang Mengalami Masalah Jerawat

Hi Korang,

Keadaan cuaca sekarang ni di negara kita merupakan asbab kepada masalah kulit muka cepat berpeluh, berminyak dan melekit seterusnya jerawat semakin menjadi-jadi keluarnya.

Bukan korang je mengalaminya even kak lily pun sama, walaupun dah masuk umur 40an ni tapi jerawat tetap juga keluar atas faktor-faktor di sebutkan tadi.

Kebetulan Kosmetik Fanbo yang telah bertapak sejak 1968 di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan kulit muka dan tatarias wajah kini menawarkan rangkaian produk anti jerawat iaitu Fanbo Acne Solution Series

Kalau korang nak tau yang Fanbo terkenal kerana kualiti, ketahanan, kesesuaian untuk semua jenis kulit tempatan, dan semestinya nilainya yang berbaloi, Fanbo kini menawarkan Rangkaian Penyelesaian Jerawat Fanbo yang diformulasi khusus bagi kulit muka berjerawat dengan motto Beauty Without Worry.


Dilengkapi dengan bahan semulajadi dan aktif seperti Tea Tree Oil, Hydragenic Solution, Silver Active dan pro Vitamin B, set ini adalah sesuai bagi memulakan langkah untuk mendapatkan kulit muka yang sihat, segar, berseri dan menawan melalui lima langkah rutin penjagaan kulit muka.


Lima Langkah Rutin Penjagaan Kulit Muka Rangkaian Penyelesaian Jerawat Fanbo

Sekiranya kita mempunyai masalah kulit muka berjerawat, minyak berlebihan dan pori kulit yang besar, boleh mencuba lima langkah ini ye:

1. Fanbo Acne Solution Facial Foam - membersihkan minyak dan kulit muka yang mudah berjerawat dengan berkesan;

2. Fanbo Acne Solution Toner - menyegarkan dan menyingkirkan lebihan kotoran, minyak dan sebum;

3. Fanbo Acne Solution Moisturizer Gel - mengawal lebihan minyak dan melembutkan kulit muka;

4. Fanbo Acne Solution Acne Gel - mengurangkan bengkak dan kemerahan jerawat; dan

5. Fanbo Acne Solution Loose Powder - bedak non-comedogenic dan mengawal sebum.


Fanbo Acne Solution Facial Foam

Pembersih muka dengan buih lembut boleh membantu mencegah pertumbuhan jerawat dengan tiga langkah mudah iaitu:

1. menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan dengan lembut

2. membersihkan kulit tanpa mengeringkannya, melembapkan dan melembutkan kulit muka

3. menyegarkan dan membantu mengawal minyak berlebihan pada kulit muka dan membuatkan kulit lebih segar dan berseri.


Fanbo Acne Solution Toner

Selepas menggunakan pembersih muka, teruskan rutin penjagaan kulit muka dengan menggunakan toner yang berfungsi bagi:

1. menyegarkan dan membuang sisa kotoran, minyak dan sebum bagi mendapatkan kulit muka yang bersih

2. membantu mengawal minyak berlebihan dan memastikan liang pori kulit wajah bersih

3. membantu mencegah pertumbuhan jerawat dan mengecilkan liang pori.


Fanbo Acne Solution Moisturizer Gel

Pelembap merupakan satu perkara penting di dalam rutin penjagaan kulit wajah. Fanbo Acne Solution Moisturizer Gel yang dibuat berasaskan air menjadikan tekstur pelembap ini mudah meresap ke dalam kulit muka di mana ianya:

1. membantu menjaga kelembapan kulit

2. meyegarkan dan membantu mengawal minyak berlebihan di wajah sehingga kulit terasa lembut

3. membantu memudarkan bekas jerawat sehingga kulit nampak lebih berseri.


Fanbo Acne Solution Acne Gel

Gel lembut yang diformulasikan agar mudah menyerap tetapi tidak melekit ini:

1. membantu merawat kulit berjerawat

2. menjaga kulit agar tetap bersih dan segar

3. mengurangkan bengkak dan kemerahan jerawat

4. membantu penyembuhan secara semulajadi tanpa membuatkan kulit menjadi kering.


Fanbo Acne Solution Loose Powder

Fanbo Acne Solution Loose Powder merupakan langkah terakhir untuk melengkapkan rutin perawatan dan penjagaan wajah di dalam siri Rangkaian Penyelesaian Jerawat Fanbo.

Bedak muka ini adalah:

1. non-comedogenic dan mengawal sebum

2. membantu menyerap minyak berlebihan pada kulit

3. tidak menyumbat liang pori dan memberikan padanan tona sekata dengan kulit muka.

Bedak muka ini diformulasikan agar ia terasa ringan dan lembut pada kulit wajah.



Keistimewaan Produk Fanbo

Formula unik Fanbo dihasilkan supaya ia dapat:

1. membantu menyihatkan dan melindungi kulit kita;

2. membantu melembapkan kulit dan melindunginya daripada anasir luar supaya kulit kita mempunyai kanvas yang bersih untuk menyerlahkan kecantikan menerusi daya cipta sendiri;

3. mesra wuduk. Ini memang awesome sangat sebab kita tidak perlu memperbaharui solekan selepas membersihkan muka;

4. formulasi yang tahan lama, ringan dan mudah diserap memastikan keselesaan dan perlindungan berjam-jam lamanya; dan

5. memfokuskan pada penyediaan dan asas yang berkualiti supaya kita dapat menyerlahkan gaya semula jadi diri sendiri.


Produk-produk Fanbo boleh didapati di Malaysia secara eksklusif di gedung dalam talian berikut:

LAZADA

SHOPEE

PG MALL


Untuk maklumat lanjut tentang produk Fanbo, korang boleh layari:







1 comment:

  1. Masih ada lagi ekk jenama Fanbo ni, kalau nak beli kena ke kedai Jamu.. dulu waktu sekolah guna jenama ni..

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!